Take a fresh look at your lifestyle.

Tips Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin Dengan Cepat.

0 72

Korang tahu tak, sebenarnya selepas bersalin korang boleh turunkan berat badan dengan cepat.

Mesti ramai ibu-ibu di luar sana masih pening dan tercari-cari bagaimana cara turunkan berat selepas bersalin.

Semasa hamil, hal ini tidak menjadi isu sama sekali kerana kebanyakannya berharap dapat turunkan berat badan selepas bersalin nanti.

Tenang ye, jangan panik.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan beberapa tips untuk turunkan berat badan dengan cepat.

Nasihat saya adalah korang harus banyak bersabar dan jangan terburu-buru untuk dapatkan bentuk badan idaman korang sehingga mengabaikan kesihatan korang dan si manja.

Tips Turunkan Berat Badan

1. Bengkung

Orang lama mengamalkan pemakaian bengkung bagi tujuan untuk menyokong otot bahagian perut yang telah kendur selain berfungsi sebagai membuang angin dalam badan. Hal ini secara tidak langsung akan membantu para ibu turunkan berat.

Cara pakai bengkung, pastikan bengkung dipakai dengan betul dan ketat untuk kesan yang lebih optimum. Hanya pakai untuk beberapa jam sahaja pada waktu pagi dan malam selepas mandi. Sebaiknya sebelum mengambil makanan.

Bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan tidak digalakkan menggunakan bengkung tradisional. Disarankan memakai bengkung moden.

Jika risau tentang luka pembedahan, guna sekeping tuala wanita yang bersih dan alaskan dikawasan luka sebelum memakai bengkung.

2. Bertungku

Amalan bertungku selepas bersalin juga merupakan salah satu cara untuk turunkan berat.

Bagaimana?

Ketika bertungku herba digunakan untuk membantu mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan. Selepas bertungku korang akan lebih rasa segar dan ringan.

Amalan ini juga dapat membantu proses penyembuhan luka pembedahan dengan lebih mudah.

3. Menyusukan Bayi

Jika korang pernah mendengar mitos ini “menyusukan bayi akan menyukarkan anda menurunkan berat badan”, abaikan sahaja. Sebenarnya menyusukan bayi mempunyai 1001 manfaat kepada ibu dan juga bayi. Jika korang menyusukan bayi dengan kerap, ia dapat membantu turunkan berat badan.

Bayi akan menyedut lemak ibunya melalui proses penyusuan.

4. Pengambilan Makanan Seimbang

Pengambilan makanan yang kaya dengan nutrisi dan zat dapat membekalkan tenaga yang cukup pada ibu selepas bersalin.

Ia juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.

Kurangkan pengambilan gula dan garam.

Elakkan pengambilan makanan yang manis, kerepek, fast food, minuman bergas serta makanan berminyak.

Perbanyakkan pengambilan buah-buahan, sayuran, ikan, ayam, kekacang. Kesemua makanan ini baik untuk ibu dan juga bayi, terutama bagi ibu yang menyusukan bayi.

5. Banyakkan Minum Air

Jangan biarkan badan kurang air. Pastikan korang mengambil air secukupnya untuk mengelakkan badan korang kekurangan air dalam badan.

Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu korang meningkatkan kadar metabolisme tubuh, selain dapat mengurangkan rasa lapar.

Dan secara tidak langsung akan membantu korang turunkan berat badan. Air sangat penting untuk kesihatan tubuh kita lebih-lebih lagi ketika menyusukan bayi, so jangan culas minum air.

#6. Bergerak Aktif

Jangan risau ibu-ibu, korang masih boleh melakukan senaman yang ringan ataupun senaman kardio ketika dalam berpantang. Senaman ini akan membantu korang mengekalkan stamina tubuh, mengeluarkan peluh dan membantu korang untuk turunkan berat badan.

Jika tidak mampu untuk melakukan senaman kardio, dengan berjalan disekeliling halaman rumah selama 10-30 minit juga sudah memadai.

walau bagaimanapun korang dinasihatkan perlu mengetahui tahap kesihatan dan ketahanan badan korang sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.

Semoga tips ini dapat membantu korang turunkan berat badan dengan cepat.

InshaAllah, kalau boleh pastikan korang konsisten dan disiplinkan diri ketika mengamalkan tips ini.

Cantik dapat, Sihat pun dapat.

Kena ingat nak turunkan berat badan bukan semata-mata untuk suami, tapi untuk diri sendiri. Niatkan untuk senang beribadah.

p/s : Biar Sihat Untuk Beribadah

Leave A Reply

Your email address will not be published.