5 Cara Guna Pregnancy Test Dengan Betul dan Tepat.
Ada lagi tak yang pening bagaimana cara guna pregnancy test? Kalau ada, korang jangan risau kali ini saya akan kongsikan dengan korang cara penggunaan pregnancy test dengan betul dan tepat.
Terlebih dahulu korang kena tahu apa bagaimana alat ini berfungsi dengan betul.
Ok, pregnancy test adalah alat yang digunakan untuk memastikan sama ada korang hamil ataupun tidak.
Juga dikenali sebagai Urine Pregnancy Test (UPT), digunakan untuk mengesan kadar hormon hCG (human chorionic gonadotropin) melalui urin.
Terdapat 3 jenis alat pregnancy test dipasaran, pregnancy cassette test, test pack strip dan test pack digital.
Alat ini korang boleh dapatkan di Watson, Gurdian, ataupun farmasi terdekat.
Ketiga-tiga alat ini boleh dilakukan sendiri dirumah untuk mengesan awal kehamilan.
Cara Menggunakan Pregnancy Test Dengan Betul.
Kebanyakan alat pregnancy test tidak akan menunjukkan hasil yang sama dari segi ketepatan semasa ujian air kencing dilakukan.
Walaupun cara penggunaan dan proses adalah sama. Berikut, lima (5) cara guna pregnancy test dengan betul dan tepat.
#1. Baca cara penggunaan
Pastikan sebelum menggunakan kit pregnancy test, baca terlebih dahulu.
Amalkan budaya membaca, ikuti setiap step yang tertera di kotak kit pregnancy test untuk dapatkan keputusan yang tepat. S
etiap kit pregnancy test mempunyai cara penggunaan yang berlainan.
#2.Tunggu selepas haid pertama
Tunggu 1-2 minggu selepas haid pertama korang terlepas untuk dapatkan hasil yang tepat.
Kitaran haid yang tidak teratur atau tersalah pengiraan haid boleh menjejaskan uijan kehamilan korang.
#3. Test diawal pagi
Lakukan ujian kali pertama semasa korang membuang air kecil selepas bangun tidur diwaktu pagi. Kerana pada waktu pagi tahap hCG dalam air kencing sangat tinggi dan pekat.
Sekiranya korang tidak sempat melakukan pada awal pagi, korang boleh lakukan pada lewat hari .
Tapi disarankan tidak minum air yang banyak, kerana akan mempengaruhi tahap hCG korang. Boleh minum air tapi lakuakan ujian kehamilan 4 jam selepas korang minum air.
#4. Tunggu seketika
Untuk kebanyakan hasil ujian, korang hanya perlu tunggu 5-10 minit untuk mengtahui hasilnya. Selepas korang celup UPT atau titiskan urin pada alat pregnancy test.
#5. Keputusan ujian
Selepas 10 minit simbol akan keluar sama ada satu line atau dua line, simbol (+) atau (-) , ataupaun dengan perkataan “pregnant” atau “not pregnant”.
Jika tanda satu line, (-) atau “not pregnant” muncul pada pregnancy test korang ini menandakan tidak hamil.
Sekiranya tanda dua line, (+), “pregnant” muncul ini menandakan korang sedang hamil. Tahniah.
Jika keputusan korang samar-samar , lakukan semula ujian untuk dapatkan hasil yang tepat.
Melakukan pengesanan awal kehamilan sangat penting untuk ibu dan janin.
So, korang wajib tahu cara guna pregnancy test yang betul dan tepat.
Jika korang masih ragu dengan hasil ujian selepas menggunakan pregnancy test, saya sarankan korang berjumpa dengan doktor.
Semoga dengan tips ini dapat membantu korang.
Jangan lupa follow up ke doktor sekiranya korang sedang hamil. Demi kesihatan janin dan korang juga.