Take a fresh look at your lifestyle.

9 Cara Penjagaan Miss V Yang Wanita Harus Tau.

0 76

Setiap wanita perlu tau cara penjagaan Miss V ni…

Serba tak kena dan tak selesa jika ‘Miss V’ mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apatah lagi diikuti rasa gatal-gatal dan berbau. Aduii…malunya.

Jika penjagaan Miss v diabaikan, faraj akan mengeluarkan bau jika ada jangkitan bakteria.

Sekiranya dibiarkan berterusan boleh menyebabkan masalah dalam perhubungan dan juga boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri.

Ketahui aspek penjagaan Miss v untuk mengekalkan tahap kesihatan faraj.

9 Cara Penjagaan Miss V

#1-Elakkan Douching Dan Sabun

Bahagian faraj ini mempunyai tahap pH yang sangat seimbang untuk melakukan tugas menjaga kebersihan faraj dengan baik. Tidak perlu menggosok bahagian dalam atau douching.

Sabun badan tidak sesuai untuk faraj kerana mempunyai pH yang tidak sesuai pada faraj. Cukup hanya membasuh menggunakan sabun khas faraj atau cuci menggunakan air daun siri.

Daun siri dipercayai dapat menghilangkan bau kurang menyenagkan pada faraj.

#2-Lakukan Pemeriksaan

Pastikan korang melakukan pemeriksaan kesihatan berjadual dan berjumpa dengan doktor untuk penjagaan rutin. Lakukan ujian PAP secara berkala seiring dengan usia korang.

#3-Tukar Pad Dengan Kerap

sumber:unsplash.com

Semasa haid, tuala wanita hendaklah ditukar sekerap mungkin.

Ini adalah untuk mencegah jangkitan yang jarang berlaku. Tukar pad setiap 6 -8 jam, mengikut banyak mana aliran haid.

#4-Pakai Seluar Dalam Yang Betul

Pakai seluar dalam yang bersih dan elakkan memakai seluar dalam yang lebih daripada 24 jam.

Pemakaian seluar dalam yang lama boleh sebabkan pengumpulan bakteria dan boleh menyebabkan jangkitan.

Elakkan pakai seluar dalam yang ketat kerana faraj perlu aliran udara dan ‘bernafas’.

#5-Cukur Atau Trim Bulu Pada Miss V

Pastikan cukur atau trim bulu pada kawasan Miss v secara kerap bagi mengelakkan bakteria membiak.

Kebersihan penting bukan saja untuk mengelakkan Miss v berbau. Tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti keputihan yang teruk.

#6-Yogurt Dan Nanas

Amalkan memakan yogurt dan nanas dengan kerap bagi mengelakkan faraj berbau. Memakan yogurt dan nanas dipercayai boleh menghilangkan bau faraj.

Ini kerana bahan yang terdapat dalam yogurt dan nanas mempunyai bakteria yang baik. Serta dapat mengekalkan keseimbangan pH dalam faraj.

#7-Lap Dengan Betul

Lap faraj dengan betul iaitu dari depan ke belakang sehingga benar-benar kering.

Jika tidak, bakteria akan mudah berkumpul pada kawasan lembap dan boleh menyebabkan jangkitan pada faraj.

#8-Kurangkan Gula

sumber:unsplash.com

Pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan penghasilan bakteria dalam badan dan jangkitan kulat yang menjadi punca faraj berbau.

Jadi elakkan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi tinggi gula.

#9-Senaman Kegel.

Dengan melakukan senaman kegel dapat membantu korang menguatkan otot lantai pelvis. Sekiranya rahim jatuh, kebocoran air kencing atau mengalami masalah lemah otot lantai pelvis.

Untuk penjagaan miss v secara amnya, kita perlu menjaga kesihatan diri secara keseluruhan. Amalkan diet pemaknan yang betul, kawal berat badan dan bersenam.

Ini bukan sahaja untuk kesihatan tubuh, tapi baik untuk kesihatan miss v juga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.