Bengkak Susu – Redakan Dengan Buat Perkara Ini.
Sakitnya bengkak susu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Dua-dua tak selesa baik ibu ataupun bayi. Masa ini, bayi mahu menyusu pun tak boleh. Sampai ibu nak demam dibuatnya.
Proses penyusuan bagi seorang ibu adalah hingga usia bayi 2 tahun atau lebih. Namun, ketika melakuakan penyusuan ibu akan menghadapi pelbagai masalah.
InshaAllah, setiap masalah pasti jalan ada penyelasaiannya. Sebelum itu kita fahami dahulu mengenai bengkak susu.
Bengkak susu terjadi apabila payudara mengeras tapi susu tidak mahu keluar atau keluar sedikit saja. Situasi ini seperti tidak seimbang. Kesannya payudara menjadi keras dan bengkak. Ini akan menyukarkan ibu menyusukan bayi.
Simptom Bengkak Susu
Terdapat beberapa simpton bengkak susu, antaranya;
- Payudara menjadi keras, ngilu, bengkak dan sakit
- Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh.
- Puting menjadi bengkak. Bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi menyusu
- Kelanjar dibawah ketiak mengalami bengkak dan sakit.
Masalah ini jarang berlaku pada kedua-dua bahagian payudara secara serentak. Ada masanya hanya bengkak pada areola atau kelenjar bahagian ketiak sahaja.
Apakah ada cara redakan bengkak susu?
Namun, bengkak susu ini boleh dirawat dirumah sahaja tanpa pergi ke hospital. Jika kes tidak berat. Ini antara langkah yang boleh korang cuba di rumah jika menghadapi masalah susu bengkak.
- Tuam payudara dengan air suam bagi melancar susu
- Mandi dengan air panas. Halakan air panas ke bahagian payudara sambil membuat urutan membulat.
- Lakukan penyusuan secara kerap, iaitu selama 2 atau 3 jam sekali. Jika bayi sedang tidur dan susu masih mengalir keluar, korang disarankan mengepam susu.
- Lakukuan urutan perlahan pada payudara bagi melancarkan susu dan mengurangkan rasa sakit bengkak susu.
- Elakkan mengepam susu terlalu kerap, jika korang beri penyusuan terus dari payudara.
- Korang juga boleh tuam payudara dengan ais batu sebelum dan selepas penyusuan bayi.
- Elakkan pemakaian baju dalam yang kecil dan berdawai bagi mengelakkan saluran tersumbat.
Sekiranya bengkak susu belum reda, korang boleh mengambil ubat yang bersesuaian. Pastikan korang mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
Elakkan Perkara ini ketika merawat bengkak susu
#1- Pam Susu
Elakkan mengepam susu jika payudara masih terlalu bengkak. Ini akan menyebabkan bengkak lambat surut dan membuat keadaan semakin melarat.
Gunakan tangan terlebih dahulu untuk merasai setiap satu saluran payudara. Ini dapat melancarkan aliran susu yang tersumbat.
#2-Daun Kubis
Ramai yang mengatakan daun kubis dapat meredakan sakit bengkak susu. Namun, ianya tidak sesuai kerana dalam kubis terdapat enzim yang boleh mengecutkan kilang penghasilan susu. Seterusnya mengakibatkan susu berkurang.
Bengkak susu bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Jika dibiarkan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu.
Dapatkan rawatan dan rundingan daripada doktor sekiranya semakin melarat. Jangan biarkan!