Take a fresh look at your lifestyle.

Berlapar Untuk Kurus – Ada Kesan Bahaya Untuk Kesihatan.

0 33

Korang nak kurus? Dan korang lebih memilih berlapar untuk kurus?

Salah tu korang. Nak kurus macam mana pun jangan lah tahan lapar. Tabiat ini tak baik untuk kesihatan korang.

Berlapar tak akan buatkan korang kurus pun. Malah buatkan berat badan korang bertambah ada lah. Trust me!

Selain itu berlapar untuk kurus ini juga boleh memberi kesan buruk pada kesihatan korang.

Kesan bahaya jika korang berlapar untuk kurus;

#1-Fikiran Lesu Dan keliru

Yes korang, berlapar boleh menyebabkan fikiran korang jadi lesu dan keliru. Apabila glukosa dalam badan rendah, fikiran korang akan jadi tak betul dan kurang fokus. Serta moody.

sumber: unsplash.com

#2-Cepat Marah

Ehmm…yang ini semua tahu. Lapar akan buat mood kita jadi tak menentu.

Cepat melenting.

Hormon jadi kacau bilau akibat stress kerana menahan lapar.

#3-Kuat Makan

Kajian mendapati seseorang akan lebih cenderung makan lebih banyak jika tak makan ikut masa.

Selain itu, korang juga akan cenderung untuk mengambil makanan yang berkalori tinggi.

sumber:unsplash.com

#4-Tinggalkan Senaman

Ketika berlapar, tubuh akan jadi tidak bermaya. Dan bila dah lemah, nak buat senaman pun rasa tak larat. So, rosak lah diet korang. Sia-sia je korang berdiet jika tidak bersenam. Bersenam itu perlu tau kalau nak kurus.

Abaikan akak-akak, makcik-makcik jual produk untuk kurus tanpa senaman tu. Semua tu mengarut je. Jangan percaya jika korang masih nak guna lama badan korang.

Rajin-rajin lah senaman ye.

#5- Mulut Berbau

Apabila badan korang kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan bau. Katone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang.

#6-Seluar Lebih Ketat.

Korang tahu tak berlapar itu tidak baik. Kerana dalam badan kita terdapat sejenis hormon yang akan mendorong pembentukan lemak jika korang berlapar. Jadi ini akan menyebabkan berat badan korang bertambah.

Jika korang ingin menurunkan berat badan jangan berdiet sehingga menahan lapar. Tabiat berlapar untuk kurus boleh memudaratkan kesihatan korang.

Ambil makanan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat. Pengambilan snek yang rendah kalori diantara setiap waktu makan akan mengenyangkan korang.

Jom…saya kongsikan berberapa tips untuk kurus yang korang boleh cuba amalkan;

  • Kurangkan pengambilan gula, kerana gula tidak mempunyai apa-apa nutrisi seperti vitamin dan serat.
  • Minum air kosong yang banyak dapat membantu bakar kalori.
  • Makan lebih banyak protein dan kurangkan pengambilan karbohidrat.
  • Bersenam atau bersukan.
  • Dapatkan tidur yang secukupnya.
  • Amalkan berpuasa seperti diet intermittent fasting (IF).
  • Jangan biarkan diri berlapar dan makan ikut waktu yang betul.

Semoga tips ini dapat membantu korang. Selamat mencuba!

Terima kasih kerana sudi membaca…

Leave A Reply

Your email address will not be published.