Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Mudah Bersalin – Buat 5 Perkara ini

0 54

Tarikh jangkaan bersalin semakin hampir akan membuat korang semakin gelisah, betul tak? Mesti korang tertanya-tanya adakah cara mudah bersalin?

Kita semua tahu, proses bersalin bukan lah satu hal yang mudah bagi seorang wanita.

Setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai pengalaman bersalin yang berlainan.

Ada yang cepat proses bukaan rahim sehingga prosedur bersalin berlaku dalam tempoh yang sekejap.

Namun, ada sesetengah wantia mengadung berdepan dengan proses bukaan rahim yang perlahan.

Jangan risau, ikuti sahaja topik ini dan amalkan beberapa tips yang akan saya kongsikan.

sumber: unsplash.com

5 Cara Mudah Bersalin

#1. Berjalan dan Bergerak

Proses bukaan rahim akan lebih cepat jika korang banyak berjalan dan bergerak.

Ini juga dapat membantu melancarkan aliran darah. Semakin banyak korang bergerak akan memberi tekanan pada rahim akibat berat bayi.

Menambah tekanan pada rahim akan mudahkan korang bersalin. Lakukan pergerakan mudah menggunakan katil atau kerusi.

Cara mudah bersalin selain banyakkan berjalan dan bergerak, korang juga boleh menari sambil melakukan pergerakan yang mudah.

#2. Squat dan Gym Ball

Senaman squat atau mencangkug dikatakan dapat memberikan tindak balas pada otot pelvik.

Selain itu penggunaan gym ball juga dikatakan salah satu cara mudah bersalin.

Duduk atas bola lakukan gerakan ke depan dan belakang secara berulang.

Aktiviti ini dapat membantu korang untuk luaskan otot pelvik dan memberi rasa tenang pada bahagian otot tersebut.

#3. Tenang dan Ketawa

Korang jangan bagi badan korang tertekan. Takut dan risau adalah musuh utama. Ini akan menyukarkan proses bukaan rahim.

Jadi, korang perlu tenang dan lakukan aktiviti seperti yoga atau teknik pernafasan untuk mengawal diri agar lebih bertenang.

Ketawa juga boleh membantu meringankan tekanan dan ketakutan ketika bersalin nanti.

Ajaklah pasangan korang bergurau senda atau menonton rancangan komedi yang boleh buat korang ketawa.

#4. Hubungan Intim

Cara mudah bersalin dengan melakukan bersenggama juga diakui berkesan.

Ini kerana ransangan seksual ketika bersama pasangan dapat membantu rembeskan hormon oxytocin. Hormon ini membantu proses kontraksi pada rahim.

Selain itu, hormon prostagladin yang terdapat pada air mani dapat membantu melembutkan rahim dan menggalakkan pembukaan rahim. Sekali gus akan membantu rahim lebih bersedia untuk bersalin.

#5. Evening Primrose Oil (EPO)

Tidak tahu sejauh mana EPO berkesan, tapi ramai yang telah buktikan hasilnya.

Boleh digunakan dengan dua cara iaitu masukkan ke vagina atau sapukan di vagina korang. EPO ini berfungsi untuk melembutkan serviks korang.

Tidak salah mencuba pelbagai tips cara mudah bersalin.

Tapi, elakkan daripada terlalu memaksa diri. Dan pastikan korang dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saya doakan semoga korang semua dimurahkan rezeki dan dipermudah untuk bersalin.

Terima kasih.

Leave A Reply

Your email address will not be published.