Isteri Hamil Cepat Emosi – Suami Kena Sabar, Buat 3 Perkara Ini.
Ya Allah, stressnya nak hadapi orang yang sedang hamil. Mesti ayat ini pernah terlintas difikiran korang kan, terutamanya para ENCIK SUAMI. Korang kena tahu isteri hamil cepat emosi dan terlalu sensitif sepanjang kehamilannya.
Adakalanya memang sukar untuk suami nak memahami isteri yang sedang hamil. Apapun, suami kena bertolak ansur agar tidak berlaku salah faham.
Tapi takkan nak hadap isteri hamil cepat emosi selama 9 bulan?
Sabar para suami sekalian, baca dulu apa yang saya nak terangkan. Jangan gelabah!
Macam ni, ibu hamil akan mengalami masalah perubahan hormon. Biasanya hal ini berlaku pada trimester pertama, antara minggu ke-6 hingga ke-10. Dan pada trimester ke-3 sebelum kelahiran bayi. Badan akan mulai lenguh-lenguh ketika kandungan memasuki usia 8 minggu.
Jadi, suami dan orang sekeliling harus peka terhadap perubahan emosi ibu hamil. terutama, bagi wanita yang pertama kali.
So, sepanjang tempoh ini saya berharap para suami banyakkan bersabar dan elakkan perkara yang menyebabkan isteri korang moody.
Tapi apa yang para suami harus kena buat?
Okay, senang saja. Korang boleh cuba buat 3 perkara mudah ini.
Isteri Hamil Cepat Emosi – Ini Yang Suami Kena Buat
#1- Luangkan masa bersama
Mengimbau kenangan di masa awal perkahwinan pun boleh membantu mengembalikan emosi seronok dan bahagia.
Bercerita dan bergelak tawa bersama, boleh mengurangkan kerisauan isteri tentang kehamilan.
Suami perlu cuba untuk buat isteri gembira dan tidak rasa tertekan dengan perubahan diri yang mendadak.
#2- Cuba Fahami
Salain itu, sebagai suami, korang kena banyakkan membaca info tentang ibu hamil.
Setidaknya, korang tahu apa yang mereka ceritakan tentang kehamilan. Dan jika terdapat masalah, suami tahu bagaimana cara mengatasi masalah tersebut.
Berikan tumpuan ketika isteri sedang bercerita tentang kandungannya.
Sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan tentang proses kehamilan, walaupun isteri korang bukan hamil untuk kali pertama. Banyakkan baca buku tetang proses kehamilan.
#3-Buat Pemeriksaan Bersama
Ada sesetengah para suami menganggap buat pemeriksaan berkala bersama-sama adalah hal yang tidak wajar. Tapi sebaliknya, apabila korang menemani mereka membuat pemeriksaan berkala akan membuat mereka senang hati.
Ini akan menunjukkan bahawa korang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang proses kehamilan mereka.
Dan sekali gus dapat mengetahui tahap kesihatan isteri dan perkembangan bayi.
#4-Berikan Penghargaan
Belai dan tunjukan rasa cinta korang pada isteri sebagai penghargaan memadai.
Sentiasa ada disaat-saat isteri memerlukan. Tidak perlu majlis yang besar, cukup jika melibatkan korang berdua sahaja.
Bagaimana pun korang kena ingat tidak semua isteri hamil cepat emosi melalui hal yang sama. Ia tergantung dengan perubahan hormon dalam badan isteri hamil.
Alaa…biasa lah tu, pembawakan budak.
Banyak-banyak bawa bersabar ye para suami sekalian.
Gembirakanlah hati isteri hamil agar rezeki para suami lancar dan berganda-ganda.