Take a fresh look at your lifestyle.

Jenis Urutan Bersalin Yang Wanita Kena Tau.

0 65

Urutan selepas bersalin adalah satu keutamaan bagi ibu yang baru lepas melahirkan anak. Urutan bersalin dapat memberi kelegaan dan menenangkan kembali emosi setelah berjam-jam di ruang bersalin.

Tentunya dapat membantu hilangkan kelelahan.

Setiap urutan mempunyai teknik dan arah urutan yang berbeza.

Urutan yang terbaik mampu melegakan kesakitan otot, kurangkan stress, lancarkan pengeluran susu badan dan mudahkan ibu tidur.

Terdapat 4 jenis urutan bersalin yang korang kena tahu;

#1- Urutan pulih badan

Urutan ini dilakukan 3 jam selepas bersalin.

Urutan ini bertujuan bantu elakkan meroyan, legakan otot selepas bersalin serta membantu lancarkan pengeluaran susu badan.

#2-Urutan selepas bersalin

Dilakukan selepas 72 jam selepas bersalin.

Tekanan lembut dan sederhana dapat bantu betulkan semula urat saraf.

Urutan ini juga dapat mudahkan ibu buang angin, buang air serta lancarkan nifas.

#3-Urutan penutut pantang

Urutan ini dilakukan pada hari 30 hari selepas bersalin.

Urutan ini bertujuan untuk betulkan kembali kedudukkan batu merian atau pangkal rahim.

Dengan urutan ini dapat bantu elakkan ibu mudah diserang bentan dan sakit pinggang yang berpanjangan selepas bersalin.

#4-Urutan pelepas pantang

Urutan pelepas pantang dilakukan selepas hari ke 44.

Ini bertujuan untuk beri persiapan pada ibu menjalani kehidupan alam rumahtangga yang lebih sibuk selepas mempunyai anak. Dan tidak mudah ibu diserang sakit sendi dan urat.

Walaupun dalam perubatan tidak menyarankan urutan bersalin dilakukan, namun kebanyakkannya menunjukkan hasil yang positif dan selamat.

Selain itu urutan bersalin juga memberi manfaat kepada ibu yang baru lepas bersalin. Antaranya adalah;

  • Dapat melancarkan aliran darah yang terperangkap dalam badan. Tekanan yang diberikan pada tubuh badan dapat membantu pulihkan aliran darah. Diberi penekanan pada bahagian rahim.
  • Dapat mengurangkan sakit badan selepas segala tenaga digunakan semasa melahirkan bayi. Badan yang masih dalam kesakitan selepas bersalin, buatkan korang tidak selesa sewaktu menyusukan bayi.
  • Dapat melancarkan pengeluaran susu badan dan mengurangkan rasa tidak selesa pada bahagian payudara.
  • Kulit akan lebih kelihatan berseri
  • Dapat melangsingkan kembali tubuh.
  • Bantu kurangkan tekanan selepas bersalin.

Jika korang ragu dengan urutan bersalian jangan segan untuk dapatkan khidmat nasihat dari nurse dan doktor.

Bagi yang melarikan secara pembedahan seeloknya dilakukan setelah luka pembedahan telah sembuh.

Pastikan korang dapatkan tukang urut yang bertauliah untuk mengelakkan sebarang risiko.

Badan nak kena pakai lama so, lakukanlah yang terbaik untuk kesihatan tubuh.

Saya doakan korang dan bayi dikurniakan kesihatan yang baik, serta kekal bertenagan selepas bersalin.

Sekian, terima kasih.

Leave A Reply

Your email address will not be published.