Komplikasi Melahirkan Anak Melalui Caesarean.
Secara amnya, proses melahirkan secara caesarean adalah satu prosedur persalinan yang cukup selamat tetapi tetap ada komplikasi caesarean.
Metode ini akan dijalankan jika terdapat kondisi tertentu yang tidak memungkinkan ibu hamil melahirkan secara normal.
Meski demikian, ibu hamil mahupun bayi akan berhadapan dengan risiko caesarean. Ini, membuatkan doktor tidak menyarankan bersalin secara caesarean untuk kebanyakkan kes.
Sekiranya korang ada niat nak melahirkan secara caesarean, dapatkan khidmat rundingan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Jom tengok apa risiko dan manfaat daripada proses persalinan ini.
Komplikasi Caesarean Terhadap Ibu Hamil
Berikut adalah beberapa komplikasi caesarean saat melahirkan:
#1- Komplikasi – Menyebabkan Infeksi
Salah satu risiko terbesar saat melahirkan secara ceasarean adalah infeksi pada luka pembedahan. Ini terjadi apabila kebersihan dikawasan luka tidak dijaga atau luka pembedahan tidak dirawat dengan betul.
Luka pembedahan yang mengalami infeksi akan terasa nyeri, bengkak, kemerahan, dan mengeluarkan nanah. Selain itu, infeksi ini boleh terjadi pada jaringan atau lapisan rahim (womb lining). Ini akan mengakibatkan nyeri pada perut, demam, keluar cairan keputihan yang tidak normal, atau pendarahan yang keluar dari faraj.
#2- Komplikasi – Menyebabkan pendarahan
Komplikasi ini boleh terjadi ketika melahirkan ceasarean. Kehilangan banyak darah saat pembedahan cenderung lebih besar jika dibandingkan dengan melahirkan secara normal. Namun, secara umumnya ia jarang berlaku.
#3- Komplikasi Caesarean Menyebabkan Pembekuaan Darah
Bersalin caesarean juga berisiko tinggi terjadinya darah beku (trombosis). Darah beku akan menyumbat pembuluh darah vena yang akan menyebabkan deep vein thrombosis. Simptom akan muncul seperti nyeri pada kaki, batuk, sesak nafas, sakit dada dan kaki terasa bengkak.
Korang boleh mengurangkan risiko ini dengan menggerakkan kaki sesekali atau menyangga kaki dengan bantal saat berbaring. Selain itu, doktor juga akan memberi suntikan untuk menngurangkan risiko gumpalan darah.
#4-Komplikasi Dari Kesan Ubat Bius
Saat melahikan secara caesarean, korang akan menjalani proses pembiusan secara anaesthetia atau epidural. Kesan samping ubat bius seperti pening, mual, dan mati rasa boleh terjadi.
Tapi keadaan ini akan hilang dengan sendirinya beberapa hari selepas bersalin. Atau kesan ubat bius akan beransur hilang.
#5-Komplikasi Caesarean Menyebabkan Kecederaan
Ketika proses pembedahan kemungkinan akan berlaku tidak sengaja, boleh terjadi meski jarang berlaku. Risiko berlaku kecederaan semakin besar jika korang pernah menjalani pembedahan ceasarean sebelum ini.
Selain itu, 2% bayi akan mengalami luka kecil semasa proses pembedahan dijalankan. Luka kecil pada bayi biasanya akibat daripada terkena pisau bedah.
#6-Komplikasi Caesarean Pada Risiko Kehamilan Seterusnya
Ramai yang tahu bahawa sekali kita dah bersalin caesarean, yang seterusnya pun kena bedah juga. Ini bertujuan untuk mengurangkan komplikasi kehamilan akan datang.
Pembedahan caesarean ini boleh meningkatkan risiko plasenta previa (uri di bawah) pada kehamilan yang akan datang. Selain itu, terdapat risiko kecil pada rahim atau koyakan uterin (uterien rupture)
Jarang berlaku tapi amat berbahaya.
Sekarang kita dah tahu terdapat banyak komplikasi caesarean saat melahirkan. Jadi jangan lah menganggap bersalin caesarean mudah.
Walau apapun cara bersalin yang korang lalui, tapi percaya lah korang adalah superwoman. Sanggup bermati-mati demi si kecil.