Take a fresh look at your lifestyle.

Petua Kempiskan Perut Cara Kampung.

0 36

Alamak…perut buncit laa!

Pasti ramai yang ada masalah ini kan? Perut buncit atau boroi.

Nak tah petua kempiskan perut?

Tapi korang kena rajin dan konsisten tau amalkan petua ni. Kalau tak, tak menjadi lah target korang nak kempiskan perut buncit tu.

Tak mau cakap panjang lebar dah, ini saya kongsikan petua cara tradisional untuk kempiskan perut. Dan yang paling penting mudah dan selamat.

Alaa…guna bahan-bahan dapur korang je.

6 Petua Kempiskan Perut Cara Kampung

#1-Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh didalam segelas air panas. Biarkan semalaman.

Minum air bancuhan asam jawa tadi pada keesokan harinya. Simpan dalam peti sejuk.

Amalkan minum selepas makan tengahari atau makan malam setiap hari.

Tubuh korang akan bertambah segar dan langsing selepas minum air bancuhan asam jawa.

#2-Limu nipis dan kapur sirih

Sediakan limau nipis dan kapur sirih.

Perah air limau ke dalam satu bekas, dan campurkan dengan kapur sirih. Gaul sebati.

Kemudian lumur pada perut dan balut perut dengan bengkung.

Lakukan setiap malam sebelum tidur.

#3-Limau nipis dan air

sumber:unsplash.com

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi.

Kemudian perah airnya kedalam gelas yang berisi air. simpan dalam peti sejuk.

Jadikan air minuman setiap kali selepas korang makan tengahari dan makan malam.

#4-Teh cina dan limau nipis

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.

Tapis kemudian campurkan dengan air perahan limau nipis tadi.

Amalkan minum 2kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

#5-Halia, bawang putih, lada hitam dan halba

sumber:unsplash.com

Sediakan 3cm halia, 4 ulas bawang putih, 15biji lada hitam dan 3 sudu halba.

Rendam halba terlebih dahulu bagi memudahkan korang nak tumbuk nanti.

Setelah itu toskan halba tadi. Kemudian masukkan kesemua bahan tadi dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.

Setelah lumat gentel bulat kecil-kecil dan simpan dalam satu bekas. Masukkan dalam peti sejuk.

Cara makan 2biji pagi dan 2 biji malam.

Amalkan berterusan untuk perut kempis dan buang angin dalam badan.

#6-Halia, madu dan lemon

sediakan 2inci halia, 3cawan air, 1 sudu besar lemon jus, 2 sudu besar madu.

Parut atau hiris nipis halia. kemudiaan masukkan air dan parutan halia tadi dalam periuk.

Tutup dan jerang selama 1-2 minit. sejukkan sebentar.

Dan masukkan jus lemon dan madu ikut kesesuaian korang. gaul sebati dan sedia untuk diminum.

amalkan minum 10-15 minit sebelum makan, 2kali sehari.

Harap petua kempiskan perut ini dapat membantu korang.

selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.