Take a fresh look at your lifestyle.

Rasa Sakit Perut? Legakan Dengan Petua Orang Lama Ini.

0 62

Dalam waktu kecemasan, petua sakit perut amatlah diperlukan sebagai ikthiar untuk melegakan sakit perut dengan segera.

Betapa azabnya sakit perut sehingga boleh melemahkan sistem imunisasi badan. Jika ianya berlaku pada tengah malam dan sukar dapatkan rawatan klinik dengan segera.

Mujur terdapat petua legakan sakit perut tanpa pergi ke klinik.

Petua Legakan Sakit Perut Cara Tradisional

#1- Daun jambu batu

sumber:unsplash.com

Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu. Bersihkan kemudian kisar untuk dapatkan jusnya.

Tapis dan campur sedikit gula dan bersedia untuk diminum.

#2-Cuka epal

Cuka epal bersifat alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid dalam perut.

Masukkan 1 sudu besar cuka kedalam secawan air.

Tambah 1 sudu besar madu.

Minum air ini 2-3 kali sehari untuk kelegaan segera.

#3-Halia

Halia merupakan ejen pembuang angin yang berkesan.

Halia bersifat panas dan mampu menekan angin yang terperangkap dalam perut untuk keluar. Sama ada melalui sendawa ataupun kentut.

Makan berlebihan atau tidak terkawal akan membuatkan angin terperangkap dalam perut. Jika korang mengalami rasa kurang enak pada perut, cepat-cepat minum segelas air halia.

#4-Teh herba chamomile

sumber:unsplash.com

Bahan pelega sakit perut yang sudah lama diamalkan.

Teh herba ini bersifat sejuk dan beralkali. Serta dapat membantu mengawal keasidan dalam perut.

#5-Daun cermai

Ambil 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas.

cuci bersih daun cermai. Kemudian keringkan dan tumbuk halus setelah kering.

Selepas itu rendam didalam setengah gelas air panas.

Gaul sebati dan minum sekali gus dengan hempasnya.

#6-Bawang merah

Ambil seulas bawang merah dan ramas-ramaskan pada bahagian pusat.

Lakukan berulang kali sehingga berasa lega sendiri.

Rasa sakit perut akan hilang.

#7-Buah kapulaga

Sediakan 5 butir bauh kapulaga dan 3 gelas air.

Rebus buah kapulaga bersama 3 gelas air sehingga mendidih.

Setelah mendidih tutup api, sejukkan dan makan buahnya.

#8-Jintan hitam

Bahan yang terdapat dari jintan hitam dapat kurangkan masalah angin dalam perut dan rasa loya.

Cara makan jintan hitam;

  • telan jintam hitam
  • hancurkan jintan hitam dan campurkan kedalam air. Minum seperti teh.
  • kunyah jintan hitam terus.

#9-Serbuk penaik

Serbuk penaik atau soda bikarbonat dapat membantu melegakan sakit perut dengan pantas. Soda bikarbonat bersifat antasid.

Selain dapat turunkan asid dalam perut dan bantu elakkan rasa pedih ulu hati.

Mudah larut dalam air. Tambahkan jus lemon jika tidak suka dengan rasa larutan soda bikarbonat.

#10-Elakkan berbaring

Elakkan berbaring selama beberapa jam sehingga sakit berkurang.

Asid perut akan bergerak ke belakang dan keatas menyebabkan tindak balas pedih ulu hati atau sakit perut. Gerakkan ini dapat merawat kembung perut sekali gus melancarkan penghadaman.

Lakukan gerakkan merangkak diatas katil atau sofa selama 10 saat.

kemudian tarik hembus nafas dalam keadaan terkawal, kepala turunkan sedikit.

Jika kesemua petua diatas tidak dapat membantu korang legakan sakit perut. Saya sarankan sila berjumpa dengan doktor. Ia mungkin disebabkan oleh yang lain.

Saya doakan korang dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan.

Selamat mencuba, terima kasih.

Leave A Reply

Your email address will not be published.