Take a fresh look at your lifestyle.

Step Penjagaan Muka Sebelum Tidur.

0 38

Rasanya ramai lagi diantara kita yang tidak tahu cara penjagaan muka sebelum tidur.

Rutin ini sama penting dengan penjagaan muka pada waktu siang. Pada wakut malam adalah masa yang sesuai bagi kulit untuk regenerasi kulit.

Proses ini dikenali sebagai pengantian sel-sel kulit mati kepada sel-sel kulit baru.

Regenerasi kulit ini akan membuat kulit muka jadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut dan bebas dari kedutan garis-garis halus penuaan.

Amalkan step ini untuk dapatkan kulit muka yang sihat.

#1-Bersihkan Sisa Mekap

Membersihkan segala sisa-sisa kotoran atau mekap pada muka sebelum tidur wajib dilakukan. Ini akan membantu kulit untuk bernafas dan tidak menghalang kulit untuk beregenerasi.

Pastikan tidak ada sebarang kotoran ataupun sisa mekap yang melekat dimuka.

Jika perlu, guna make up remover ataupun petroleum jelly. Gunakan kapas lembut, dan sapukan perlahan sehingga kotoran dan sisa-sisa mekap terhapus.

#2-Facial Cleanser

Kemudian bersihkan pula dengan pembersih muka, sama ada menggunakan cleanser atau facial foam. Korang boleh basuh muka dengan air suam terlebih dahulu, bagi membuka pori kulit.

Selepas itu, barulah cuci dengan cleanser sambil mengurut lembut pada wajah.

Biarkan seketika supaya segala kotoran pada wajah terhapus. Setelah itu bilas dengan air biasa sehingga bersih.

#3-Toner

Fungsi toner adalah sebagai penyegar. Titiskan toner pada kapas ataupun pada telapak tangan.

Kemudian sapu perlahan pada seluruh wajah dan leher.

Pastikan telapak tangan korang bersih.

#4-Krim Malam

Krim malam juga sangat penting. Krim malam dapat merawat serta melembapkan kulit wajah ketika tidur. Selain dapat menghilangkan bintik-bintik hitam serta kedutan.

Jangan salah pilih krim malam. Sebaiknya pilih krim yang mempunyai bahan aktif seperti centella asiatica.

#5-Serum

Pilih serum yang mengandungi zat anti penuaan seperti antioksidan dan zat pencerahan. Proses penyerapan serum juga lebih cepat. Ini kerana serum mempunyai molekul yang sangat kecil.

Hanya perlu 1-2 titis serum dan sapu rata ke seluruh wajah dan leher.

#6-Masker Muka

Pemakaian masker muka dapat membekalkan vitamin dan mineral ke wajah korang. Korang boleh gunakan bahan semulajadi seperti, oat, timun, tomato, kentang dan avacado.

Namun kini terdapat pelbagai brand masker yang korang boleh dapatkan dipasaran.

sumber:unsplash.com

#7-Face Oil

Kebanyakkan kita masih ramai yang tidak tahu kebaikan face oil dalam penjagaan wajah. Face oil berfungsi sebagai mengekalkan kelembapan kulit, meredakan iritasi jerawat, dan mencegah masalah kedutan pada kulit wajah.

Ini kerana face oil memiliki bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan mempunyai campuran antioksidan. Oleh itu, pemakaian face oil umpama perisai yang menghalang masalah kulit wajah.

#8-Krim Mata

Kulit disekitar mata sangat sensitif, oleh itu ia perlukan produk penjagaan khas.

Sapukan krim mata disekitar mata diikuti dengan urutan ringan. Bagi melancarkan peredaran darah dibahagian mata.

Rahsia untuk dapatkan kulit wajah yang sihat itu bermula dengan rutin penjagaan muka sebelum tidur. Namun ramai diantara kita yang lebih mengutamakan rutin penjagaan wajah pada waktu siang.

Lepas ini korang wajib jadikan penjagaan muka sebelum tidur sebagai rutin.

Dengan adanya step ini semoga dapat membantu korang yang inginkan kulit wajah sihat dan bersih.

Selamat mencuba ya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.