Wanita Bersalin Perlu Pakai Bengkung Sebab utamanya.
Amalan berbengkung selepas bersalin sudah diamalkan sejak turun temurun bagi masyarakat Melayu Malaysia. Ibu lepas bersalin perlu pakai bengkung bukan saja untuk cantik dan langsing, tetapi untuk mengelakkan diserang sebarang penyakit selepas bersalin.
Korang sepatutnya tidak mengabaikan amalan berbekung ini selepas bersalin.
Ini kerana pemakaian bekung banyak beri manfaat kepada ibu selepas bersalin.
Kini terdapat banyak jenis bengkung dipasaran dan pilihlah yang sesuai untuk berpantang dan pratikaliti untuk korang.
Jenis-Jenis Bengkung
#1-Bengkung lilit jawa
Kain lebar sepanjang 15 meter. Bengkung jenis ini boleh pakai dengan cara diikat atau dibalut pada tubuh. Lebih ketat, kemas dan cepat mengembalikan bentuk tubuh. Tapi susah nak buka jika ingin ke tandas.
#2-Bengkung zig-zag / beroda
Pemakaian menggunakan kain lebar yang diikat dengan tali secara berselang-seli (zig-zag).
Dipakai seperti bengkung jawa.
Lebih mudah dibuka dengan hanya longgarkan ikatan zig-zag.
#3-Bengkung jenis barut
Bengkung ini seperti bengkung yang dipakai oleh bayi baru lahir.
Terdapat banyak tali dikiri dan kanan kain. Perlu diikat ketat.
Cara pemakaian lebih praktikal dan boleh dipakai sendiri.
#4-Bengkung moden
Bengkung jenis ini seakan korset ( cangkuk, zip, zap-on, dan tiub). Pemakaian yang lebih mudah dan sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.
Antara manfaat pemakaian bengkung bersalian adalah:
- Bengkung dapat mengampu bahagian perut.
Memudahkan ibu bergerak selepas bersalin - Mengelakkan perut menggeleber dan akan mengempis lama-kelamaan.
- Dapat mengelakkan perut dimasuki angin. Yang boleh menyebabkan meroyan.
- menggalakkan pengecutan rahim
- Dapat memecahkan lemak
- Membantu meletakkan kembali batu merian
- Melancarkan pengeluaran darah nifas
- Dapat memudarkan parut regangan pada perut
- Membantu ibu perbaiki postur badan
- Dapat elakkan sakit belakang dalam jangka masa panjang.
Bila perlu pakai bengkung?
Pemakaian bagi ibu bersalin normal dilakukan 3 hari selepas ibu bersalin. Dan bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, dilakukan 2 minggu selepas bersalin. Dengan melonggarkan pada bahagian atas perut bedah.
Ibu bersalin ketika berada di dalam wad perlu pakai bekung lembut jenis berpelekat. Ini bagi mengelakkan perut menggeleber dan bantu ibu lebih selesa.
Pemakaian bengkung dilakukan selepas selesai mandi herba, berurut, dan bertungku. Ibu biasanya akan diberi jamu kencur untuk pemulihan dalaman.
Disaran memakai bengkung yang berdiameter panjang bagi memberi sokongan penuh pada rahim. Elakkan memakai bengkung yang pendek. Bengkung yang pendek mudah terangkat dan akan menjejaskan kedudukan rahim.