Rahim Jatuh – Jangan Pandang Ringan.
Pasti korang pernah terdengar atau terbaca mengenai rahim jatuh, atau dikenali sebagai “tombong”.
Persoalannya, apakah itu rahim jatuh? dan apa puncanya serta apakah tanda-tandanya? Mesti pertanyaan ini sering bermain difikiran korang, betul tak.
Apa Itu Rahim Jatuh?
Rahim jatuh atau uterine prolapse adalah dimana satu keadaan tisu sokongan diantara pundi kencing dan dinding rahim menjadi lemah. Ini mengakibatkan rahim terkeluar daripada kedudukan asalnya.
Berhati-hati jika korang rasa tidak selesa di bahagian bawah pusat dan mula rasa sakit belakang setiap kali lakukan kerja berat. Ada kemungkinan korang menghidap masalah ini.
Jangan biarkan kerana masalah rahim jatuh boleh membahayakan kesihatan korang.
Punca Rahim Jatuh
Apabila otot-otot pelvik lemah rahim korang boleh jatuh. Fungsi otot-otot ini adalah menyokong rahim dan struktur disekelilingnya daripada jatuh.
Terdapat beberapa punca yang boleh melemahkan struktur otot-otot dan menyebabkan terjadi situasi ini. Antara punca risikonya adalah;
#1-Kehamilan
Proses kehamilan menjadi kepada kelemahan otot-otot sokongan pelvik. Ini kerana kes rahim jatuh jarang dijumpai pada wanita yang tidak mengandung. Proses kehamilan yang menyebabkan pembesaran saiz rahim boleh menyebabkan otot-otot ini ditarik dan longgar.
#2-Bersalin Secara Normal
Proses kelahiran mengakibatkan otot dan tisu sokongan pelvik menjadi longgar. Ini disebabkan oleh interaksi hormon bagi memudahkan proses bersalin.
#3-Faktor Penuaan
Apabila usia meningkat, proses menopaus tidak dapat dielakkan. Ketika menopaus hormon estrogen akan berkurang dan tidak dapat lagi menyokong kolagen dalam tisu otot pelvis.
#4-Faktor Bayi Dan Instrumensi
Sesetengah ibu hamil mungkin akan memerlukan campur tangan alat khusus sewaktu proses kelahiran yang sukar. Sekiranya bayi dalam kandungan besar atau berat. Saiz bayi yang besar lahir secara normal akan menambahkan risiko kecederaan dan kelonggaran otot pelvis.
#5-Sejarah Pembedahan Pelvis
Bagi mereka yang pernah membuat pembedahan sekitar pelvis pastinya diberi amaran. Bahawa salah satu akibatnya adalah rahim akan jatuh. Seperti pembedahan pembunagan fibroid atau ketumbuhan. Pembedahan pada sekitar pelvis akan menyebabkan trauma dan kecederaan pada otot.
selain itu , ia mungkin akan menunjukkan simptom seperti berikut;
- Tidak selesa ketika batuk, bersin, mengcangkug dan mengangkat benda berat.
- Rasa tertekan pada pelvis dan rahim
- Rasa pundi kencing masih belum kosong walaupun selepas membuang air kecil
- Rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Rasa sakit pada bahagian bukaan faraj
Sekiranya korang risau dan mempunyai pertanyaan, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.
Apa Yang Boleh Dilakukan Jika Berlaku?
Korang perlu menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui jenis rawatan yang diperlukan.
#1-Pembedahan
Merawat melalui pembedahan adalah salah satu cara yang korang boleh lakukan. Tetapi ia tergantung dengan tahap kesihatan dan keputusan korang sendiri.
#2-Senaman Kegel
Sekiranya korang tidak mahu melakukan pembedahan. Korang boleh melakukan senaman kegel. Senaman ini korang boleh pelajar sendiri dirumah. Teknik senaman ini sangat popular untuk masalah ini dan masalah kencing tidak dapat ditahan.
#3-Penggunaan Pesari
Alat pesari berfungsi untuk menyokong fizikal struktur pelvis daripada jatuh. Sangat efektif dalam melegakan simptom yang dialami oleh banyak pesakit.
Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan awal dapat mengurangkan risiko untuk korang menghidap rahim jatuh. Ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil;
- Kurangkan berat badan sekiranya obesiti atau berat berlebihan
- berhenti merokok
- dapatkan rawatan bagi sembelit dan batuk berterusan
- elakkan daripada mengangkat objek berat terlalu kerap
Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dengan segera sekiranya mempunyai simptom seperti di atas.
Jangan ambil jalan pintas dengan mengambil jamu atau sebarang ubatan tanpa nasihat daripada doktor.
Sayangi lah diri, mencegah lebih baik daripada merawat.