Take a fresh look at your lifestyle.

Makan Coklat Ketika Pantang – Boleh Ke?

0 110

Ahh… teringinnya nak makan coklat. Tapi boleh ke makan coklat ketika pantang?

Bosan dengan menu makanan pantang yang sama, korang pasti nak juga makan yang sedap-sedap kan? Ni tak, asyik makan menu yang sama je.

Biasanya persoalan ini muncul difikiran ketika rasa nak makan coklat tu muncul. Terutama bagi ibu yang gemar sekali dengan coklat. Kerana tidak semua ibu gemar makan makanan manis seperti coklat.

Sebenarnya, tiada kajian dari perubatan mahu pun kajian sainstifik membuktikan bahawa makanan pantang selepas bersalin dikalangan masyarakat melayu akan memudaratkan kesihatan dan perlu dielakkan.

Jesteru itu, selepas bersalin korang kena tahu tentang makanan dan nutrisi yang perlu diambil semasa berpantang. Ini bagi membantu proses penyembuhan luka selepas bersalin.

Elakkan makanan ini ketika berpantang

1. Coklat

Ha…mesti korang keliru pasal coklat ini kan? boleh ke tak makan masa pantang?

Korang sebenarnya boleh je makan coklat ketika berpantang. Tapi… korang jangan ambil milk chocolate atau cadburry. Coklat jenis ini mengandungi gula yang tinggi.

Sebaiknya korang ambil dark chocolate yang mengandungi tinggi anti-oksidan dan juga anti-stress. Paling best ia juga boleh bantu kuruskan badan.

Jika terasa nak masakan tu, boleh makan biskut oat dengan dark coklat ni.

2. Elakkan makanan berlemak.

Makanan berlemak dan berminyak bukan lah satu pilihan yang bijak bagi korang yang sedang berpantang.

Makanan yang tinggi kandungan lemak akan menggangu sistem pencernaan korang, serta lemak dalam badan semakin bertambah.

Dalam berpantang proses rawatan dan pemulihan sangat ditekankan.

Ibu dalam pantang boleh terus pakai gel sejuk berangin ni untuk buang angin dalam badan dan kempiskan perut.

3. Elakkan buah bersifat sitrus

Pegambilan serat dalam pemakanan adalah penting bagi mengelakkan sembelit, selain menjadi sumber utama mineral dan vitamin.

Namun, pakar laktasi berpendapat bahawa buah sitrus seperti nanas, buah lai, limau boleh menganggu penghadaman bayi.

Hentikan pengambilan buah ini jika bayi korang mengalami muntah, kembung perut dan tidak selesa selepas korang makan buah ini.

4. Kafein

Hindari pengambilan kafein kerana ini boleh menyebabkan tubuh korang dehidrasi, serta boleh menganggu kualiti tidur bayi dan membuatkan bayi meragam.

Pengambilan kafein yang banyak boleh menganggu proses penghasilan susu. Selain kopi dan teh, kafein juga terdapat dalam kebanyakkan coklat.

5. Jamu dan herba

Tidak semua jamu dan herba sesuai diamalkan ketika berpantang. Tapi korang boleh amalkan pemakaian param, pilis dan tapel untuk kekalkan kesihatan semasa berpantang.

Jamu dan herba juga boleh menyebabkan penyakit kuning (juandis) pada bayi.

Namun ada jamu yang sesuai dan boleh diamalkan oleh ibu berpantang seperti jamu Air Mancur ni. Jamu ni memang terkenal sejak turun temurun di Malaysia dan Indonesia.

6. Garam (Sodium)

Pengambilan garam yang terlalu banyak akan menyukarkan korang mengawal kandungan garam dalam badan. Garam banyak terdapat dalam kicap.

Baca juga cara kuruskan badan selepas bersalin di sini

Oleh itu, korang tidak digalakkan mengambil kicap secara berlebihan jika mempunyai penyakit tekanan darah tinggi.

So, saya berharap persoalan korang tentang makan coklat ketika pantang sudah pun terjawab. Sebenarnya, inti pati dalam berpantang adalah pengambilan makanan yang seimbang dan rawatan pemulihan sewaktu berpantang.

Sekiranya korang masih ragu, jangan malu bertanya dan dapatkan nasihat daripada doktor tentang pemakanan sepanjang tempoh berpantang.

Bak kata doktor pakar Gynae selagi tak membahayakan kesihatan, makan lah apa pun yang nak makan ketika berpantang.

Tapi dalam keadaan bersederhana. Pastikan amal pemakanan yang seimbang, cukup sumber protein, cukup garam galian dan zat.

Semua ini penting untuk proses pemulihan selepas bersalin. Apa sahaja makanan yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan yang penting adalah bersederhana.

Leave A Reply

Your email address will not be published.