Cara Kira Usia Kandungan – Ini Cara Yang Betul
Untuk mengetahui usia kandungan, biasanya korang kena berjumpa dengan doktor kan? Sebenarnya ada cara kira usia kandungan yang korang boleh buat sendiri.
Korang pasti tak sabar untuk tiba saat peluk bayi. Mesti korang rasa ingin tahu bila agaknya bayi korang akan dilahirkan. Sebenarnya kan, korang boleh je kira usia kandungan sendiri dirumah.
Saya akan kongsikan pada korang cara kira usia kandungan dan dengan ini akan mempersiapkan korang untuk hari yang dinanti-nantikan!
Cara Kira Usia Kandungan Yang Betul.
#1. Kiraan ketinggian fundus uterus
Fundus uterus adalah puncak rahim. Puncak rahim akan semakin kelihatan tinggi apabila janin berkembang.
Metode ini biasanya dilakukan oleh jururawat di Klinik Kesihatan untuk mengira usia kandungan secara manual.
Caranya adalah :
- Mula-mula rasa pada bahagian atas rahim yang menonjol pada bahagian rahim.
- Ukur jarak dari tulang rusuk ke bahagian atas uterus.
- Jika jarak 18 cm, maka usia kandungan adalah 18 minggu.
#2. Kalender
Sebelum menggunakkan kaedah cara kira usia kandugan ini, korang kena tahu tarikh pertama haid dan tarikh terakhir haid (HPHT) terlebih dahulu.
Kaedah ini biasanya digunakan untuk menghitung kitaran haid yang tetap, contohnya wanita dengan kitaran haid 28 hari atau 30 hari.
Cara pengiraan :
- Tarikh HPHT + 7
- Bulan HPHT – 3
- Tahun HPHT + 1
Contoh;
- HPHT 24 Jun 2022
- HPHT 24 + 7 = 31
- HPHT 6 – 3 = 3
- HPHT 2022 + 1= 2023
- Anggaran kelahiran adalah 31. mac. 2023
Bagi bulan HPHT yang tidak boleh dikurangkan, misalnya januari ( 1 – 3=?). Tukar HPHT korang dengan tambah 9 sahaja.
Contoh;
- HPHT 16 Januari 2022
- Tarikh HPHT 16 + 7 = 23
- Bulan HPHT 1 + 9 =10
- Tahun HPHT 2022 +1= 2023
- maka anggaran kelahiran adalah 23 oct 2023.
Tetapi ini adalah cara kira anggaran kelahiran.
Macam mana pula dengan usia kandungan?
Mudah je, korang cuma perlu tambah HPHT korang.
Jika HPHT korang 24 jun 2022, maka bulan pertama usia kandungan korang ialah 24 julai 2022.
#3. Aplikasi kiraan atau kalender – cara kira usia kandungan
Cara kira usia kandungan dengan menggunakan aplikasi dan kalkulator dalam talian adalah lebih mudah. Hanya perlu masukkan beberapa butiran mengenai haid. Kalkulator akan mengira usia kandungan korang dalam talian.
Caranya;
- Masukkan tarikh dan bulan, hari pertama hari terakhir korang (HPHT)
- Masukkan jumlah hari kitaran korang. 28 hari ataupun 30 hari
- Kalkulator kehamilan akan mengira dan memberi tahu usia kandungan korang.
#4. Pergerakan rahim
Korang boleh cuba guna cara kira usia kandungan dengan merasa pergerakan janin. Walapun kaedah ini tidak tepat 100%.
- Ibu hanya perlu rasakan pergerakan janin.
- Sekiranya korang dapat rasa janin mula bergerak maka usia kandungan dianggarkan sekitar 18 -20 minggu.
- Kaedah ini hanya berhasil pada ibu yang mengandung pada kali pertama.
- Untuk kandungan kali kedua dan seterusnya, pergerakan janin dapat dirasakan sekitar 16 -18 minggu.
#5. Imbasan ultrasound
Bagi korang yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur dan masih ragu dengan cara kira usia kandungan diatas. Korang jangan risau. Gunakan cara ini.
Dengan membuat imbasan ultrasound ini dapat memberitahu usia kandungan korang dengan tepat. Kaedah ini ada 2 cara imbasan iaitu imbasan transvaginal dan transabdominal.
- Transvaginal dilakukan pada awal kehamilan untuk melihat janin lebih dekat. Kaedah ini dilakukan melalui vagina.
- Transabdominal pula dilakukan setelah kandungan berusia lebih kurang 5-6 minggu. Imbasan dilakukan pada dinding perut.
Dengan itu, saya nasihatkan korang berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi melakukan pemeriksaan awal kandungan melalui imabasan transvaginal agar pengiraan seterusnya adalah tepat.
Walaupun ini adalah salah satu cara kira usia kandungan yang paling tepat, korang harus ingat bahawa ini adalah anggaran.
Sila dapatkan khidmat nasihat doktor untuk dapatkan tarikh bersalin yang tepat.