Cara Banyakkan Susu Badan – Melalui Kaedah Urutan
Bagi yang mencari cara banyakkan susu badan, boleh baca ni sampai habis ye
Risau susu badan tak cukup?
Bila pam susu keluar sikit. Dan anak pun tak puas nak menyusu?
Ini antara dilema yang sering dihadapi oleh para ibu-ibu yang menyusukan bayi.
Tidak semua ibu dapat menghasilkan susu badan yang banyak. Ada antara ibu yang menghasilkan susu badan yang sedikit sahaja.
Namun korang jangan risau, korang boleh cuba cara banyakkan susu badan ini melalui teknik urutan. Urutan ini dilakukan setiap kali sebelum korang mulakan sesi penyususan bayi.
Kaedah urutan untuk banyakkan susu badan
1. Urutan kasih sayang
Urutan ini juga dikenali sebagai urutan ‘Oksitocin’.
Teknik urutan ini dapat membantu korang rasa relax dan menghasilkan hormon gembira. Apabila korang gembira susu akan keluar banyak. Teknik ini perlukan bantuan suami ataupun ahli keluarga yang lain.
Caranya adalah;
- Dalam posisi keadaan duduk dikerusi dan menelengkup ditepi meja dengan sedikit membongkok. Duduk dalam keadaan yang tenang dan fikirkan hal-hal yang mengembirakan.
- Mulakan urutan dibahagian bahu dan leher dahulu untuk beberapa minit. Bertujuan sebagai ‘warming up’ dan bantu hilangkan rasa tegang pada badan.
- Kemudian gunakan kedua ibu jari. Urut di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang. Tekan sedikit badan si ibu dengan ibu jari dan lakukan urutan bulatan setempat beberapa saat. Lakukan urutan dari bahu hingga ke pinggul. Dan ulang step ini beberapa kali.
Note :- Jangan urut atas tulang belakang tau!
2. Urutan susu badan
Merupakan salah satu teknik yang bagus untuk banyakkan susu badan. Serta memecahkan ketulan susu yang tersumbat. Jika breast korang dalam keadaan bengkak, tuam suam pada breast terlebih dahulu. Kemudian baru mulakan teknik ini.
Caranya adalah;
- Lakukan pada sebelah kanan atau kiri dahulu. Tekan lembut pada sekeliling dan lakukan gerakkan 360 darjah.
- Selepas itu, letakkan 3 jari dibahagian atas breast dan gerakkan jari secara bulatan sehingga keputing breast. Urut keseluruhan breast, dimana ia bermula disitu lah ia berakhir.
- Setelah itu, tarik dari bahagian belakang breast bawa ke arah puting. Buat 360 darjah juga. Ulang step yang sama pada bahagian sebelah pula.
- Dah siap kedua-duanya. Gentel sedikit pada bahagian punting.
Pada saat ini korang akan rasa ‘letdown reflex’. Breast korang akan terasa panas, penuh sehingga susu menitik keluar. Segera lakukan sesi mengepam atau diberi terus pada bayi.
3. Urutan mampat
Urutan cara banyakkan susu badan melalui teknik ini juga boleh dipraktikan.
Caranya adalah;
- Pegang breast dalam bentuk ‘C’ , iaitu jari tangan berada dibahgian atas breast dan 4 jari lagi berada pada bahagian bawah breast.
- Kemudian, tekan breast dengan lembut supaya susu keluar. Seperti teknik marmet atau pam tangan.
- Tekan breast beberapa kali dan korang akan dapat lihat susu keluar dengan laju.
- Lepaskan tekanan apabila aliran susu mulai semakin perlahan.
- Ulangi teknik ini sehingga susu berhenti atau tiada keluar.
Note:- jika korang sedang pam susu, dinasihatkan jangan terlalu dekat dengan pam. Takut akan menggangu proses pengepaman.
Selepas ini korang boleh amalkan cara banyakkan susu badan ini, kerana terdapat banyak manfaatnya. Bukan sahaja baik untuk memberi nutrisi yang cukup pada bayi , tapi juga dapat mengelakkan daripada masalah meroyan.
Para suami digalakkan mempelajari teknik urutan oksitocin bagi membantu isteri menjayakan misi pengeluran susu badan.
Jadi, korang selamat mencuba!
Note :- Jangan lupa amalkan juga doa dan zikir ini;
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kehidupanku, banyakkan susuku untuk anakku, dan permudahkan lah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.