Surah Untuk Ibu Mengandung – Baca Setiap Hari
Untuk bakal ibu, amalkan baca surah untuk ibu mengandung ini…
Perasaan bercampur baur menyelubungi diri, perasaan gembira, resah, bimbang, takut dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang pertama kali akan bakal menimang cahaya mata. Dan dapat merasai bergelar menjadi ayah dan ibu.
Jesteru itu, dalam agama Islam, digalakkan untuk mengamalkan surah terpilih seperti ayat suci Al-Quran semasa mengandung.
Menurut kajian di barat, muzik klasik yang dipasang kepada anak dalam kandungan dapat memberi kesan pada perkembangan sosial, emosi dan sistem pendengaran mereka.
Oleh itu, sebagai Muslim, kita boleh gantikan muzik klasik dengan alunan ayat suci al-Quran.
Antara surah terpilih untuk ibu mengandung yang boleh diamalkan
Setiap pasangan suami isteri sudah tentu inginkan anak yang soleh/solehah dan bijaksana. Ini antara surah untuk ibu mengandung yanga korang boleh amalkan.
1. Surah Al-Fatihah
Merupakan surah utama dalam al-Quran. Yang bermaksud pembukaan. Fadilat surah ini adalah sebagai penerang hati dan menguatkan daya ingatan.
2. Surah Maryam
Surah untuk ibu mengandung – Dipermudahkan bersalin
Surah agar ibu dipermudahkan bersalin serta melahirkan anak yang sabar dan taat. Merupakan salah satu surah yang popular dikalangan ibu hamil dan patut diamalkan. Antara surah yang mengisahkan ketika Maryam melahirkan Nabi Isa ditengah padang pasir.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat. Agar sentiasa ingat pada Allah SWT dan bertaubat kepadaNya.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan nanti mempunyai akhlak baik dan cantik rupanya.
Surah ini menceritakan kisah Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanan wajah. Dengan mengamalkan surah ini dengan izin Allah, dikurniakan anak yang berakhlak baik dan tampan seperti Nabi Yusuf.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul iaitu surah Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq serta Ayat Kursi
Dijadikan sebagai perisai kepada kandungan supaya sentiasa dilindungi. ( Lakukan sebelum tidur)
6. Surah Yassin
Surah untuk ibu mengandung – untuk ketenangan jiwa
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak terpelihara daripada godaan syaitan. Selain itu, surah ini juga mempunyai fadilat untuk mempermudahkan urusan.
7. Surah Hujurat
Doa untuk memperbanyakkan susu dan melahirkan anak yang sentiasa bersifat berhati-hati.
8. Surah Luqman
surah untuk ibu mengandung – Dikurniakan anak yang cerdik
Doa agar melahirkan anak yang cerdik akal dan terang hati. Surah mengisahkan tentang nasihat seorang ayah pada anaknya.
9. Surah An-Nahl (ayat 78)
Agar melahirkan anak yang bersikap rajin dan berdisiplin.
Dalam surah ini terdapat banyak hikmah yang boleh dipelajari dari seekor lebah. Elok diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran sentiasa dipermudahkan.
10. Surah Al-Imran (ayat 38)
Doa melahirkan anak yang soleh dan solehah.
11. Surah Al-Imran (ayat 8-9)
Doa untuk memohon rahmat dari Allah s.w.t
12. Surah Al-Imran (ayat 192-194)
Doa memohon keampunan
13. Surah Ibrahim (ayat 40-41)
Doa supaya anak rajin solat
14. Surah Al-Baqarah (ayat 128)
Surah untuk ibu mengandung – Dikurniakan anak yang taat
Doa agar anak patuh pada perintah Allah s.w.t
15. Surah Al-Furqan (ayat 74)
Doa diberikan zuriat yang menyenangkan hati.
Setiap surah yang dibacakan oleh ibu atau pasangan pasti akan didengari oleh anak dalam kandungan.
Malah surah untuk ibu mengandung turut memberi gelombang aura dan tenaga yang akan membesarkan anak agar lebih sihat dan berbudi pekerti.
Kajian mengatakan bahawa anak dalam kandungan dapat memberi tindak balas pada persekitarannya serta dapat mendengar.
Oleh sebab itu, orang tua selalu berpesan sentiasa menjaga perilaku ketika mengandung.