Take a fresh look at your lifestyle.

Susu Untuk Ibu Hamil – 7 Jenama Pilihan Ramai

0 65

Selain asid folik, pengambilan susu untuk ibu hamil diawal tempoh kehamilan juga sangat penting. Ini dapat memastikan korang cukup nutrisi, baik kepada janin mahupun kepada kesihatan korang.

Susu merupakan sumber penting yang membekalkan nutrien penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA, EPA dan zat besi.

Tidak semua ibu gemar minum susu. Walau bagaimanapun ibu hamil perlukan kalsium yang tinggi sepanjang tempoh kehamilan. Kira-kira 1000 – 1300 mg kalsium setiap hari.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu jenama susu hamil yang terbaik dan boleh diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.

7 Jenama Susu Yang Terbaik Dan Jadi Pilihan Ramai

Terdapat banyak susu hamil dipasaran yang korang boleh cuba. Tapi disini saya hanya kongsikan susu hamil yang jadi pilihan ramai.

1. Dumex Mamil Mama

Susu ini mempunyai rumusan bagi menyokong kesihatan korang dan menyusu secara keseluruhan. Selain itu, susu ini boleh menjadi milk booster untuk tambah susu badan.

  • Susu ini dipatenkan peringkat antarabangsa
  • Mempunyai rumus khas dengan Sistem Nutrisi PreciNutri dan kombinasi prebiotik GOS/lcFos
  • kurang manis dan berkhasiat
  • Dapat menyokong kesihatan usus ibu hamil dan memenuhi keperluan pemakanan anak.

2. Enfamama A+

sumber : lazada.com.my

Salah satu susu untuk ibu hamil yang terbaik menyokong tumbesaran dan perkembangan janin dalam kandungan. Baik untuk ibu hamil dalam fasa trimester satu hingga tiga.

  • Kaya dengan asid folik yang membantu tumbesaran dan perkembangan janin.
  • Mengandungi kalsium yang tinggi, zat besi, Vitamin B complex dan Vitamin C
  • Jenama yang dipercayai ramai
  • Kaya dengan nutrisi
  • Mengandungi DHA yang tinggi

3. Frisomum Gold

Merupakan susu untuk ibu hamil yang terbaik dirumus khas bagi membekalkan nutrisi dan pemakanan sepanjang tempoh kehamilan. Susu ibu hamil ini merupakan keluaran daripada dutch lady.

  • Mengandungi ALA, LA, Nucleotides, asid folik, kalsium dan zat besi.
  • Dapat membantu kurangkan rasa mual dan menjadikan korang lebih cergas produktif.
  • Sesuai bagi korang yang ingin menjaga badan dan mengekalkan berat seimbang kerana mengandungi indeks Glisemik (IG) yang rendah.
  • Dapat mengurangkan sembelit
  • Berperisa vanila

4. Anmum Materna

Dikeluarkan oleh Fernleaf bagi menyokong keperluan pemakanan ibu hamil serta membantu perkembangan janin dalam kandungan.

  • Berperisa asli tanpa gula tambahan serta rendah lemak.
  • Mengandungi khasiat seperti Gangliosida, asid lemak, Asid sialik, Asid folik
  • Merupakan jenama susu hamil yang terkenal
  • Diperkaya dengan zat besi, folat, kalsium, probiotik, GA & DHA

5. Karihome Mama Milk

sumber: shopee.com.my

Susu untuk ibu hamil ini dikeluarkan dari New Zealand berasaskan susu kambing. Salah satu susu ibu hamil yang terbaik untuk diamalakan selepas bersalin.

  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Dapat membantu mengurangkan rasa mual
  • Dapat membantu pertumbuhan janin dalam kandungan membesar dengan sihat
  • Mengandungi DHA, Vitamin A & E
  • Tinggi dengan kalsium

6. Momma Pregolact

Dirumuskan khas untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Memberi khasiat lengkap kepada ibu dan bayi.

  • Diperkaya dengan Activ-4 plus seperti DHA, kalsium, asid folik,vitamin, dan mineral tanpa krim
  • Tidak mempunyai gula tambahan, krimer, maltokestrin dan rendah lemak
  • Dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu
  • Dapat membantu menjaga kesihatan dan kecantikan

7. Hi-goat

Jenama susu untu ibu hamil ini memang tidak asing lagi. Mempunyai 3 jenis pilihan untuk ibu mengandung iaitu HiGoat Original, HiGoat HiRich, dan HiGoat Premium (kurma+madu).

  • Membekalkan tenaga yang cukup kepada ibu hamil dan menyusukan bayi
  • Tanpa bahan pewarna tambahan
  • Mengandungi tambahan multivitamin, multimineral, dan kandungan garam bukit
  • Sesuai untuk ibu mengadung yang mempunyai HB rendah
  • Mengandungi serat yang tinggi serta anti-oksidan yang tinggi, yang dapat membantu sistem penghadaman.
  • Mengandungi laktosa yang rendah
  • Halal

Dengan itu, pilih lah susu untuk ibu hamil mengikut kesesuaian selera korang, supaya tubuh korang dapat kalsium dan protein yang mencukupi semasa hamil.

Bagi korang kurang gemar dengan rasa susu original, korang boleh cuba susu yang berperisa.

Semoga perkongsian kali bermanfaat kepada korang semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.