10 Tanda Mengandung Anak Kembar
Memiliki anak kembar merupakan satu keistimewaan bagi pasangan yang tidak mempunyai faktor genetik kembar. Ada sesetengah ibu tidak menduga jika ia akan mengandung anak kembar.
10 tanda mengandungkan anak kembar yang korang akan alami sepanjang kehamilan. Hal ini akan membuat korang teruja dengan bakal kehadiran si kembar.
Walaupun korang tidak mempunyai genetik kembar, tetapi korang mempunyai peluang jika korang tergolong dalam kumpulan ini ;
- Berusia 30 tahun ke atas
- hampir menopaus
- BMI melebih 25
- Lebih tinggi daripada wanita sebaya
Jesteru itu, terdapat 10 tanda mengandungkan anak kembar jika korang tergolong dalam kumpulan diatas. Berikut adalah tanda korang atau isteri korang mengandung anak kembar;
Tanda mengandung anak kembar
Sekiranya korang mempunyai genetik kembar, ada kemungkinan korang berpeluang besar melahirkan anak kembar. Selain faktor genetik, terdapat beberapa tanda yang korang mengandungkan anak kembar.
1. Naik berat badan
Berat badan naik secara mendadak tanda korang mengandungkan anak kembar. Berat badan meninggkat hingga 5 kg di trimester pertama.
Malah ukuran rahim dan jumlah darah juga meningkat lebih besar berbanding dengan yang mengandung normal.
Pada trimester kedua akan meninggkat hingga 7 kg ke 12 kg.
2. Perut nampak lebih besar
Tanda mengandungkan anak kembar dapat dilihat apabila perut korang kelihatan lebih besar. Walaupun usia kandungan korang masih baru.
Biasanya, kandungan yang berusia 3-4 bulan masih boleh disembunyikan. Tetapi, bayi kembar akan menampakkan baby bump lebih awal.
Sila lakukan imbasan dengan segera agar penjagaan awal kandungan dapat dilakukan dengan teliti.
3. Gerakan janin lebih awal
Ramai yang percaya bahawa jika kembar, gerakkan janin lebih awal dirasai dan semakin kerap.
Mungkin disebabkan terdapat dua janin, maka pergerakkan janin lebih mudah dirasai.
Tetapi, menurut pakar sakit puan gerakkan yang dirasai tidak menentukan bilangan jumlah janin dalam rahim.
4. AFP sangat tinggi
Biasanya pemeriksaan alfa fetoprotein (AFP) dilakukan pada trimester kedua.
Tujuan Pemeriksaan ini dilakukan untuk melihat sebarang kemungkinan bayi lahir cacat dan melihat jumlah protein yang dikeluarkan oleh jantung bayi.
5. Terdapat dua degupan jantung
Dikenal pasti selepas korang menjalani pemeriksaan kehamilan. Dan menunjukkan terdapat dua degupan jantung bermakna korang mengandungkan anak kembar. Tahniah!
6. Penat yang melampau
Apabila mengandung anak kembar korang akan merasa penat yang melampau. Tubuh badan korang bekerja dua kali ganda berbanding kehamilan biasa.
Tanda yang satu ini korang harus tau. Pastikan dapat rehat secukupnya.
7. Peningkatan hormon HCG
Ini adalah antara salah satu tanda bila mengandungkan anak kembar. Iaitu dengan adanya peningkatan hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang dihasilkan oleh plasenta.
Baca tips bersalin dengan mudah di sini
8. Morning sickness yang teruk
Mengalami morning sickness atau mual dan muntah yang teruk juga merupakan tanda korang mungkin akan dapat anak kembar.
Jika korang terlalu kerap loya serta cepat muntah-muntah walaupun makan sdikit, juga tanda-tandanya.
9. Alami sakit belakang
Korang juga akan merasa sakit belakang dan lenguh pada satu badan. Ini disebabkan oleh, perubahan berat badan yang semakin bertambah dan juga perubahan pada puast graviti korang.
Jika korang tidak membetulkan postur tubuh, korang akan rasa lenguh satu badan yang luar biasa.
10. Bengkak air pada kaki
Bagi yang pertama kali mengandung anak kembar mungkin akan mengalami simptom bengkak air pada kaki atau dikenali sebagai ‘edema’. Ini akan membuat korang rasa tidak selesa.
Oleh itu, pemantauan harus dilakukan bagi mengelakkan terkena komplikasi lain yang lebih serius seperti pre-eclampsia.
Walaupun genetik memang memainkan peranan yang besar untuk kelahiran anak kembar. Namun terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan seseorang itu mengandung anak kembar.
Tak ada yang mustahil, bukan?
Dan sekiranya korang mengalami 10 tanda mengandung anak kembar, sebaiknya korang segera dapatkan nasihat doktor.
Rehat secukupnya sepanjang kehamilan korang.
Ini kerana, setiap ibu yang mengandung kembar dianggap sebagai “kehamilan berisiko”.
Sila jaga kesihatan korang sepajang kehamilan dan sentiasa berhati-hati.
Berharap korang semua bersabar dengan simptom-simptom ini. Tak lama mana pun 9 bulan je.
Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.