Pakej Bersalin Di Hospital KPJ Johor
Nak tau pakej bersalin di Hospital KPJ Johor? Baca info details kat bawah ni ye…
Secara umumnya pemilihan hospital ketika bersalin adalah sangat penting bagi ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Dan untuk dapatkan pengalaman bersalin yang terbaik, korang juga perlu buat anggaran kos bersalian di hospital tersebut.
Untuk artikel kali ini khas untuk orang Johor dan sekitarnya, saya akan berkongsi pada korang tentang pakej bersalin di hospital KPJ Johor. Hospital KPJ Johor merupakan hospital swasta dibawah jenama KPJ Healthcare BHD.
Kenapa Perlu Pilih Pakej Bersalin Di Hospital KPJ Johor
1. Harga / kos yang berpatutan

Sebelum membuat tempahan bersalin di hospital KPJ Johor, sudah tentunya korang akan melihat terlebih dahulu harga yang ditawarkan dalam pakej bersalin di hospital KPJ Johor.
Dengan ini akan memudahkan korang untuk membuat anggaran kos bersalin. Berikut adalah harga pakej bersalin di hospital KPJ Johor;
Kos bersalin:
- Bersalin normal delivery RM 5,000
- 2 hari 1 malam ( bilik single )
- Consultation fee
- New born
- ujian darah, BCG, Vitamin k dan suntikan Hepatitis B
- New born
- Bersalin C-Section RM 10,000
- 3 hari 2 malam ( bilik single )
- Consultation fee
- New born
- ujian darah, BCG, Vitamin K dan suntikan Hepatitis B
- New born
Deposit di bawah kemasukkan;
- Premier VIP RM 850.00
- Premier single deluxe 2 RM 390.00
- Premier single deluxe 1 RM 350.00
- Premier single deluxe RM 290.00
- Premier single standard RM 250.00
- Double room RM 120.00
- Single room Rm 205.00
- 4 bedded RM 100
- Nursery ( newborn ) RM 70.00
- Special care nursery RM 110.00
- Nursery isolation RM 75.00
- CICU RM 195.00
- ICU/CCU ( dalam bilik ) RM 185.00
- ICU/ CCU RM 160.00
- Day care RM 100.00
Kesemua bilik adalah termasuk penghawa dingin melainkan dinyatakan sebaliknya. Dan semua bilik mempunyai bilik mandi yang bersambung dengan bilik wad.
* Sila ambil perhatian bahawa kadar harga bilik mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Baca juga tentang cara mudah bersalin di sini
2. Pakar Obstetrical & Gynaecology
Untuk pengalaman bersalin yang terbaik. Korang boleh pilih doktor mana yang akan menyambut kelahiran bayi ketika bersalin nanti.
Pakej bersalin di hospital KPJ Johor menawarkan keselesaan dan kepuasan hati ketika bersalin nanti.
Untuk maklumat mengenai booking bersalin korang boleh hubungi pakar O&G seperti dibawah:
- Dr HAFETZ AHMAD ( 07-2253001 )
- Dr MOHANRAJ KRISHNASAMY ( 07-2253184 )
- Dr SHARIFA SHAHIRA SYED HASHIM ( 07-2253118 )
- Dr NOORASHIKIN BINTI MAAN ( 07-2253701 )
3. Waktu Melawat

Masa melawat memainkan peranan penting dalam setiap pengurusan hospital. Hospital yang mempunyai masa melawat yang teratur akan memudahkan urusan pelawat dan juga dapat memberi pesakit rehat secukupnya.
waktu Melawat:
- 12:00 pm – 2:00 pm
- 4:00 pm – 9:00 pm
Tiada pelawat selepas jam 9.00 malam.
Dan atas sebab keselamatan kesihatan, pelawat dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun ke wad.
Pelawat juga tidak digalakkan untuk melawat pada waktu lawatan luar kerana ia boleh mengganggu semakan wad perunding dan prosedur penjagaan kejururawatan yang dijalankan ke atas pesakit.
Bagi pesakit ICU/CCU/CICU di unit rawatan rapi/ rawatan rapi kononari hanya dibenarkan seorang pelawat pada satu masa dengan maksimum dua pelawat bagi setiap tempoh lawatan.
4. Service Makanan
Menyediakan masakan tempatan dan barat dan penyediaan makanan diseliakan oleh pakar diet klinikal hospital ini.
Terdapat beberapa pilihan untuk dipilih setiap hari untuk sarapan, makan tengahari, dan makan malam.
Masa makan :
- Sarapan 8:00 pagi
- Makan tengahari 12:30 tengahari
- Minum petang 3:30 petang
- Makan malam 6:00 petang
Dapat pengalaman bersalin yang terbaik akan memberi kesan yang sangat besar dalam hidup seorang wanita yang bergelar ibu. Jesteru itu, saya sarankan korang membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum memilih hospital bersalin.
Ingat! pemilihan hospital bersalin sememangnya penting untuk dapatkan pengalaman bersalin yang terbaik, tapi korang kena tahu juga berapa anggaran kos bersalin yang diperlukan agar proses tempahan hospital bersalin dapat dilakukan.
Pakej bersalin di hospital KPJ Johor sememangnya sesuai bagi korang yang inginkan keselesaan dan pengalaman bersalin yang terbaik. Selain mempunyai bilik bersalin peribadi, korang juga akan mendapat service perkhidmatan yang tiptop.
Semoga artikal kali dapat membantu korang yang masih lagi mencari atau keliru buat pilihan hospital bersalin.
Saya doakan korang dipermudahkan segala urusan sebelum dan selepas bersalin nanti.
Untuk sebarang maklumat lebih lanjut, boleh berhubung terus di sini
” we are baby-friendly Hospital Initiative ( BFHI ) accredited hospital by Ministry Of Health (MOH) Malaysia ” – KPJ
Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.