Cara Untuk Hamil – Buat 7 Perkara Penting Ini
Untuk yang sedang berusaha untuk hamil, boleh cuba 7 cara untuk hamil ini
Rasa tertekan apabila tiap kali buat percubaan cara untuk hamil selalu gagal.
“Hei, dah lama kahwin tak kan tak ada isi lagi?”
Ini antara soalan yang buat kita tertekan.
Lebih-lebih lagi selalu diajukan soalan yang sama tiap kali bertemu ahli keluarga mahupun teman-teman. Adakah terdapat cara untuk hamil yang boleh dicuba?
Sudah tentu ada, cuma keberkesanannya mungkin berbeza bagi setiap orang.
Tetapi tidak salah mencuba, siapa tau rezeki untuk berbadan dua.
Bagi pasangan yang sudah bersedia menjadi ayah dan ibu, boleh lah mencuba cara untuk hamil ini sebagai usaha untuk cepat hamil.
Tapi kena ingat, walaupun korang dah mencuba, tetapi Allah SWT adalah perancang yang hebat.
7 Cara Untuk Hamil
Sememangnya rezeki untuk memiliki zuriat adalah bergatung pada perancangan Allah SWT.
Sebagai manusia biasa, korang perlu berusaha dan ikhtiar bagaimana cara untuk cepat hamil.
Secara umumnya, perubahan gaya hidup seharian korang dapat membantu meningkatkan kesuburan korang dan pasangan.
Berikut adalah cara untuk hamil :
1. Buat pemeriksaan kehamilan
Sebagai langkah pertama, disarankan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Ini adalah untuk mempersiapkan diri dan mengenal perubahan bentuk tubuh badan ketika hamil.
Serta mempelajari tentang vitamin yang perlu diambil ketika hamil. Dan juga tujuan pengambilan vitamin tersebut.
2. Berhenti makan pil perancang
Berhenti makan pil perancang kehamilan adalah cara untuk hamil.
Ini kerana, badan mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan telur dengan teratur
Jesteru itu, pastikan hentikan pengambilan pil perancang beberapa bulan sebelum buat percubaan untuk hamil.
3. Lakukan hubungan intim sebelum ovulasi
Melakukan hubungan intim secara kerap ketika tempoh ovulasi. Ini memberi peluang yang tinggi untuk hamil.
Melakukan hubungan intim bersama pasangan antara 2 hingga 3 kali sehari sudah memadai.
Jangan lakukan hubungan bersama dalam keadaan terpaksa!
Ini akan menyukarkan lagi peluang serta hanya akan menambah tekanan.
Antara tips yang disarankan untuk pasang ketika melakukan hubungan intim;
- Lakukan hubungan bersama beberapa kali dalam seminggu sebaik sahaja habis haid. Ini bagi mengelakkan terlepas waktu subur.
- Lakukan hubungan bersama lebih kerap, pada hari ke 10.
- Lakukan hubungan bersama pada hari ke 12 atau 2 hari selepas ujiian kesuburan. Jika keputusan ujian kesuburan menunjukkan tanda positif.
4. Buat perancangan untuk hamil secara sihat
Pemakanan dan kesuburan saling berkaitan. Oleh itu, disarankan mengikuti diet pemakanan yang seimbang, dipercayai dapat meningkatkan peluang untuk hamil.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu untuk hamil dalam keadaan tubuh badan yang sihat.
Selain itu, dinasihatkan untuk meninggalkan tabiat tidak baik seperti merokok dan meminum alkohol.
Kedua-dua tabiat ini bukan sahaja boleh jejaskan kesihatan, malah boleh mengurangkan kesuburan pada wanita mahu pun lelaki.
Baca juga tentang surah terpilih yang boleh dibaca waktu mengandung di sini
5. Teknik hubungan intim
Selepas melakukan hubungan intim, disarankan terus berbaring telentang bagi memudah sprema pasangan berkumpul dan berenang kearah telur dengan mudah.
Hal ini kerana, bentuk faraj yang mencerun kebawah.
6. Ketahui waktu subur
Bagi para isteri, digalakkan mencatat kitaran haid supaya tahu bila waktu subur.
Hal ini kerana ramai yang tidak tahu waktu subur dan ini akan berlaku kesilapan ketika mula percubaan untuk hamil.
Jesteru itu, ini sangat penting untuk kita ambil tahu.
Boleh buat ujian kesuburan dengan menggunakan kit ujian kesuburan dan carta suhu badan asas.
7. Honeymoon
Ada kalanya apa yang diperlukan adalah meluangkan waktu bersama pasangan. Bercuti bersama pasangan dapat menghilangkan tekanan dan bersantai bersama.
Dengan keadaan yang santai dan tenang akan meningkatkan peluang untuk hamil. Dan ramai pasangan yang mengakui, percutian adalah kunci utama cara untuk hamil.
Jadi, tak ada salahnya mencuba, bukan?
Sekiranya, sudah mencuba semua cara untuk hamil diatas namun masih belum berhasil, mohon jangan bersedih.
Jangan mudah berputus asa dan cuba lagi yang terbaik.
Saya doakan semoga ada rezeki untuk korang menimang cahaya mata.
Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.