Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Elak Mengandung – 8 Cara Yang Berkesan

0 135

Masih ramai lagi sebenarnya yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Dan sudah sememangnya ada yang mencari info tentang cara elak mengandung.

Selain daripada tidak bersedia menimang cahaya mata, ada juga yang menghindari mengandung disebabkan oleh struktur kekeluargaan yang tidak stabil.

Sebagai contoh dari segi faktor masalah kesihatan, kehamilan yang terlalu rapat, dan masalah psikologi dalam kekeluargaan termasuk perbelanjaan dan lain-lain.

Jangan risau!

Sebab korang semua sedang membaca perkongsian yang paling tepat dan teliti berkenaan cara elak mengandung.

8 Cara Elak Mengandung Yang berkesan

Ini antara cara elak mengandung yang korang boleh cuba untuk merancang struktur kekeluargaan yang lebih baik. Berikut adalah:

1. Mengira dan mengenal waktu subur.

Dengan cara mengira dan mengenal waktu subur adalah cara secara semulajadi untuk mengelakkan mengandung. Disarankan tidak melakukan hubungan intim bersama pasangan pada waktu subur isteri.

Korang boleh mengesan waktu subur dengan melihat bentuk cecair yang keluar dari faraj. Sewaktu subur bentuk cecari kelihatan lebih jernih seperti putih telur.

Hal ini, biasanya berlaku antara hari ke-8 hingga ke-24 selepas haid.

2. Makan buah betik separuh masak.

Memakan buah betik separuh masak merupakan salah satu cara elak mengandung secara semula jadi. Ini kenara buah betik yang separu masak atau masih mentah mengandungi getah.

kandungan getah yang tinggi akan mencetuskan kontraksi pada rahim.

Caranya adalah dengan memakan buah betik separah masak selama 3 hingga 4 hari dalam kadar 2 kali sehari.

3. Pil perancang keluarga

Mengamalkan mengambil pil perancang keluarga juga dapat membantu untuk elak mengandung. Pil perancang ini diambil pada hari pertama kitaran haid sehinggalah pada hari ke 21 haid.

Selepas itu, stop makan pil ini selama 7 hari. Jika penggunaan pil perancang ini diamalkan dengan betul akan memberi keberkesanan hampir 99%.

Pil ini boleh didapatkan di setiap farmasi yang berdekatan, namun korang hendaklah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Untuk yangs edang berpantang, korang semu akena tau cara urutan bersalin yang sesuai. Baca kat sini

4. Cincin perancang keluarga

sunber : unsplash.com

Mencegah kehamilan melalui cincin perancang keluarga juga satu cara elak mengandung. Cincin perancang keluarga ini juga dikenali sebagai NuvaRing.

Alat ini bersaiz kecil namun mampu mencegah risiko kehamilan. NuvaRing bertujuan untuk menghalang sperma daripada bertemu dengan telur ovari.

Alat ini akan dimasukkan ke dalam vagina.

5. Kaedah suntikan

Melalui kaedah ini dapat menghalang pengeluran telur dari ovari dan menghasilkan lenderyang pekat supaya sperma tidak berjaya berenang ke dalam ovari.

Keadah sutikan ini menggunakan hormon progesterone. Dan korang akan diberi suntikan 2 bulan seakali. Selepas itu dapatkan semula suntikan baru selepas 2 bulan tersebut.

6. Spermisida

Spermisida mengandungi bahan kimia yang boleh mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur, serta boleh merencatkan pergerakan sperma.

Oleh sebab itu, spermisida ini dikenali sebagai pembunuh sperma. Ia boleh didapati dalam bentuk krim ataupun tablet.

Caranya adalah dibiarkan selama 6 jam hingga 8 jam dalam faraj tanpa dibasuh selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.

7. Penggunaan kondom

Kondom terbahagi kepada dua iaitu, kondom untuk lelaki dan kondom wanita. Penggunaan kondom adalah cara yang sudah diketahui secara umum apa fungsi kondom tersebut.

Pengesahan daripada Centers Of Disease Control and Pervention ( CDC ) mengatakan bahawa kondom wanita mampu mencegah kehamilan sehingga 79%.

8. Intra-Utrine Device ( IUD )

Penggunaan alat ini sangat popular dan kerap dilakukan oleh para isteri yang ingin merancang atau menghindari mengandung.

Kelebihan memakai alat ini adalah sesuai untuk korang yang lupa untuk makan pil perancang kehamilan secara konsisten.

Pemakaian alat ini sudah terbukti berkesan kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi di klinik mahupun hospital.

Ia ini berbentuk T dan diperbuat daripada plastik. Alat ini kemudian akan dipasang ke dalam rahim.

Ia mempunyai jangka hayat yang tersendiri. Ia mampu berfungsi selama 5 tahun dan memerlukan pemantauan khusus daripada doktor. Hal ini kerana, alat ini berisiko terkena jangkitan.

Setiap pasangan inginkan yang terbaik dalam membina rumah tangga. Maka , lakukan lah pilihan yang terbaik demi kebahagiaan keluarga korang. Jika perlu, berbincang lah secara damai.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada korang yang belum bersedia menimang cahaya mata dan ingin mengetahui cara elak mengandung.

” Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang dan ikhtiar. Allah yang akan menentukan segalanya “

Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.