Take a fresh look at your lifestyle.

Pakej Bersalin Di Hospital KPJ Seremban – Booking Awal Supaya Tak Penuh.

0 1,164

Pakej Bersalin Di Hospital KPJ Seremban boleh dapatkan details di bawah ni ye…

Secara umumnya pemilihan hospital ketika bersalin adalah sangat penting bagi ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Untuk dapatkan pengalaman bersalin yang terbaik, bakal ibu perlu membuat anggaran kos bersalin di hospital tersebut.

Tapi jangan risau, kerana sememangnya pakej bersalin di Hospital KPJ Seremban adalah yang terbaik untuk semua.

Terutamanya, bagi yang berada di Seremban Negeri Sembilan dan yang berdekatan dengannya.

KPJ Seremban merupakan hospital swasta dibawah jenama KPJ Healthcare BHD.

Kenapa Perlu Pilih Bersalin Di Hospital KPJ Seremban?

Berikut adalah antara sebab mengapa perlu pilih pakej bersalin di hospital KPJ Seremban;

1. Kos bersalin yang berpatutan

Sebelum membuat tempahan bersalin di hospital KPJ Seremban, sudah pasti kita akan melihat setiap pakej bersalin yang ditawarkan oleh hospital tersebut.

Ini antara pakej bersalin di hospital KPJ Seremban;

  • Kos bersalin normal
    • Pakej A: Bilik single, 2hari 1malam – RM 3,500
    • Pakej B: Bilik 2 katil, 2hari 1malam – RM 3,450
    • Pakej C: Bilik 4 katil, 2hari 1malam -RM 3,400
  • Kos bersalin C-Section
    • Pakej A: Bilik single, 3hari 2malam – RM 8,800 (General Anesthesia)
    • Pakej B: Bilik 2 katil, 3hari 2malam – Rm 8,700
    • Pakej C: Bilik 4 katil, 3hari 2malam – RM 7,900 (Spinal)

Namun harga yang dinyatakan adalah tertakluk pada terma dan syarat.

Baca juga tentang jenis urusan bersalin yang wanita kena tau di sini

2. Harga bilik yang murah

Sekiranya menginginkan pengalaman bersalin yang terbaik, KPJ Seremban juga menawarkan pakej lain untuk keselesaan. Antaranya adalah;

  • VIP Suite 1 RM 750
  • VIP Suite 2 RM 700
  • VIP Deluxe RM 600
  • Deluxe Single RM 320
  • Labour Room Deluxe RM 350
  • Labour Room Standard RM 250
  • Nursery RM 80
  • Nursery Maternity RM 40

3. Pakar Obstetrical & Gynaecology

Di hospital KPJ Seremban juga mempunyai pakar O&G yang terbaik bagi membantu bakal ibu bersalin.

Pemilihan doktor ketika bersalin adalah hal yang penting bagi dapatkan pengalaman bersalin yang terbaik dari hospital tersebut.

Ini antara doktor pakar O&G KPJ Seremban;

  • Dr IVAN LEE KICK KIT
    • MD (UKM), MRCOG (UK), FRCOG (UK)
    • Suite 5 KPJ Seremban Specialist Hospital
  • Dr KHAIRUN NIZA BTE CHE NYAN
    • MBBS (Malaya), Dr.ObGyn (UKM)
    • Suite 26 KPJ Seremban Specialist Hospital
  • DATUK Dr SUBRAMANIAM NACHIMUTHU
    • MBBS, FAGE, M.Med O&G, AM (MAL)
    • Suite 15 KPJ Seremban Specialist Hospital
  • Dr ROSY ANAK JAWAN
    • MBBS (Malaya), MOG (Malaya), MSC (London)
    • Suite 22 KPJ Seremban Specialist Hospital
  • Dr ISHAK ABDUL SAMAD
    • MD (UKM), M.Med O&G (USM)
    • Suite 20 KPJ Seremban Specialist Hospital

4. Waktu melawat

Secara umumnya, masa melawat di hospital juga memainkan peranan penting. Jesteru itu, dengan adanya masa melawat yang teratur akan memudahkan urusan pelawat dan juga memberi pesakit berehat dengan cukup.

WAKTU MELAWAT:

GENERAL WARD & MATERNITY WARD

12.00pm hingga 3.00pm

5.00pm hingga 9.50pm

  • Hanya 1 (SATU) orang pelawat dibenarkan dalam satu masa. ( max. 2 pelawat dalam sehari )
  • Pelawat yang mempunyai komplikasi tinggi dinasihatkan untuk tidak melawat. ( Orang yang berumur lebih dari 65 tahun, lain-lain keadaan perubatan, imunosupres dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah ).
  • Pelawat yang mempunyai ILI / simptoms SARI tidak dibenarkan melawat.

Selain itu, dalam pakej bersalin di hospital KPJ Seremaban juga menawarkan 1 (satu) set baby car seat percuma. Dengan satu lawatan ke rumah dalam lingkungan 15km dari hospital KPJ Seremban.

Mendapat pengalaman bersalin yang terbaik akan memberi kesan yang besar sepanjang hidup seorang yang bergelar ibu. Oleh itu, buat lah penyelidikan tentang hospital tersebut terlebih dahulu.

Pemilihan hospital yang tepat akan memberikan perkhidmatan yang terbaik, serta pengalaman bersalin yang terbaik.

Ingat! pemilihan hospital bersalin memang penting supaya bakal ibu dapat pengalaman bersalin yang terbaik, tapi pastikan sudah membuat anggaran kos bersalin supaya proses untuk booking berjalan dengan lancar.

Untuk pertanyaan lebih lanjut tentang pakej bersalin di hospital KPJ Seremban, sila klik link di sini

” Hospital swasta pertama yang diiktiraf sebagai hospital rakan bayi di Negeri Sembilan “.

Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.