Take a fresh look at your lifestyle.

Tips Untuk Awasi Anak-Anak Remaja

0 279

Awasi anak-anak remaja wajar ke? Perlu ke kena awasi mereka?

Tenang para ibubapa sekalian.

Saya tahu ini bukan lah hal yang mudah dan lebih-lebih lagi kita sebagai ibubapa yang bekerja sudah tentu tidak mempunyai masa yang banyak bukan.

Tetapi memelihara dan mendidik anak adalah tanggungjawab bagi ibubapa untuk menyempurnakan amanah supaya anak-anak menjadi insan yang berguna kelak.

Mengurus dan awasi anak-anak remaja tidak lah mudah. Dan sekiranya anak tidak dididik dengan sempurna padahnya sangat berat. Terutamanya anak-anak yang sedang meningkat remaja.

Pada tahap ini mereka akan melalui fasa ke alam dewasa yang biasanya karenah dan emosi mereka sukar difahami.

Bagi menjamin keperibadian yang tinggi dikalangan anak remaja, jadi wajarlah sebagai ibubapa kita harus berperanan sebagai sahabat kepada anak-anak.

Pelbagai cara untuk awasi anak-anak remaja yang boleh kita lakukan.

Tips Membantu Awasi Anak-Anak Remaja

1. Pantau gerak geri harian

Kita hendaklah sentiasa memerhati perilaku dan gerak geri harian anak remaja. Ambil masa yang sesuai untuk bertanyakan masalah yang mereka hadapi.

Dengan cara ini, kita akan tahu masalah apa yang dihapai oleh anak-anak.

Apabila masalah dan jiwa anak dapat diselami, mudah lah bagi kita sebagai ibubapa mendampingi dan menjadi kawan kepada mereka.

2. Jadi sahabat mereka cara untuk awasi anak-anak remaja

Ketika anak-anak semakin meningkat remaja, keperluan mereka juga ikut berubah. Mereka tidak gemar dikawal, malah mereka mahukan ‘kuasa’ untuk mengawal hidup mereka sendiri.

Dan bagi memastikan tiada jurang di antara ibubapa dan anak, kita hendaklan menjadi sahabat mereka. Selain daripada mengetahui masalah anak-anak, dengan cara mengenal pasti kesukaan dan hobi mereka dapat membantu kita kekal rapat dengan anak-anak.

Hal ini juga akan membuat mereka selesa dan tidak ragu berkongsi apa pun cerita atau masalah tanpa perlu menyorokkan daripada kita.

3. Kenali kawan mereka juga dapat awasi anak-anak remaja

Dengan mengenali kawan mereka kita dapat tahu dengan siapa mereka berkawan dan bagaimana kawan-kawannya. Ini kerana, pengaruh rakan sebaya sangat besar pengaruhnya di dalam lingkungan usia mereka.

Jemput kawan-kawan mereka datang ke rumah, dan kita akan ketahui sedikit sebanyak cara bagaimana pergaulan mereka.

4. Bicara dari hati ke hati

Jadi lah ibubapa yang berani memulai perbualan dan melakukan pendekatan personal kepada anak-anak.

Kenali anak secara mendalam dengan cara mengajak berbual berdua selain dapat mengeratkan kasih antara ibubapa dan anak.

Sekiranya anak menolak untuk berbicara, berilah mereka masa untuk mengubah fikirannya dan tetaplah konsisten untuk meluangkan waktu berbicara secara empat mata dengan mereka.

Bermula dari perkara biasa dan lama-kelamaan akan berbicara tentang perkara yang kita tahu apa yang mereka lakukan.

5. Tunjukkan empati dari pengalaman peribadi

Setiap kita pernah melalui masa remaja di masa lalu.

Ceritakan pengalaman saat remaja pada anak-anak. Tunjukkan empati dari kesamaan pengalaman kita dalam proses mencari jati diri.

Dengan adanya kesamaan pada kita dan anak, akan mengeratkan keakraban dan membuat mereka tidak bersendirian kerana mempunyai masalah yang hampir serupa.

Namun jangan membanding-bandingkan apalagi mengkritik masalah yang mereka hadapi.

6. Menjadi pendengar yang baik

Di usia yang meningkat, pelbagai isu yang mereka akan lalui. Akibat daripada perubahan fizikal ketika akil baligh hingga perubahan emosi, mereka perlukan seseorang yang boleh dijadikan sebagai tempat meluah.

Seseorang yang boleh menjadi pendengar yang baik tanpa mengkritik dan mengadili mereka.

Ini dapat membina kepercayaan yang lebih terhadap ibubapa mereka.

Nak kurus tapi malam bersenam? Jom buat step mudah ini

7. Tidak berkasar

Mendidik anak dengan kasar akan mengakibatkan mereka memberontak. Kerana di fasa ini anak remaja mudah memberontak.

Ketahui masa yang sesuai untuk menggunakan pendekatan kasar atau lembut.

8. Berikan contoh yang baik

Dalam situasai apa pun, kesan terbesar dalam hidup mereka adalah kita sebagai ibubapa.

Sebaiknya, kita sendiri yang akan menunjukkan batas pergaulan antara tetamu atau rakan-rakan. Supaya mereka lebih tahu mana yang betul dan salah.

Sekiranya kita kurang memberi perhatian dan masa, maka berikan lebih. Supaya apa yang mereka perlukan terpenuhi kerana segala masalah remaja berpunca dari rumah.

Kesimpulan

Kita semua tahu, sebagai ibubapa setiap anak mempunyai cabaran yang tersendiri.

Jesteru itu, anak merupakan amanah dari tuhan yang harus kita jaga dengan baik.

Sesibuk apa pun kita dengan kerja, kita harus bersabar dan tetap konsisten semua pendekatan jika ingin membentuk anak remaja yang baik.

Lakukan pendekatan dengan cara diatas dan diharapkan dapat membantu ibubapa yang buntu untuk cara awasi anak-anak remaja mereka.

Sekiranya, masih buntu dan perlukan khidmat kaunseling, terdapat banyak badan NGO yang menawarkan khidmat kaunseling untuk anak dan ibubapa.

” Sama-sama kita doakan anak remaja kita semua dikelilingi kawan-kawan dan circle yang baik hati “

Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.