Take a fresh look at your lifestyle.

Anak Suka Memberontak. Follow 5 Tips Penting Ini

0 149

Anak suka memberontak? Sudah mencuba pelbagai cara namun tidak membuahkan hasil. Memang sungguh mengecewakan jika berada dalam situasi seperti ini. Kita akan cenderung lebih marah dan kesal saat memujuk anak.

Marah ketika anak sedang memberontak bagaikan mecurah minyak ke dalam api. Semakin kita marah, semakin itu anak memberontak dan mengamuk.

Kunci utama adalah ‘ sabar ‘.

Banyakkan bersabar saat menghadapi anak ketika memberontak kerana mereka memerlukan masa.

5 Cara Menghadapi Anak Suka Memberontak

Bagi cara menghadapi dan mendekati anak suka memberontak atau melawan, terdapat beberapa perkara yang perlu korang lakukan;

1. Kenal pasti punca anak suka memberontak

Kenal pasti punca anak suka memberontak. Apakah perilaku itu berpunca dari apa-apa perubahan seperti penambahan ahli keluarga baru, sekolah baru dan rumah baru?

Kerana ada kalanya persekitaran yang baru boleh mempengaruhi perangai mereka. Jesteru itu, kita perlu peka dan ambil tahu apa yang memyebabkan anak suka memberontak.

Cuba letakkan diri kita berada ditempat mereka supaya kita tahu apa yang harus kita lakukan terhadap anak yang suka memberontak.

2. Jangan ambil hati

Adakalanya anak-anak melawan atau suka memberontak bukan sebab mereka benci atau tidak suka. Tetapi ada kemungkinan mereka marah pada diri sendiri kerana tidak tahu bagaimana mahu mengeksperasikan apa yang mereka rasa.

Jadi sebagai ibubapa kita harus bersabar, ambil berat tentang mereka dan percaya cepat atau lambat mereka pasti akan berubah.

3. Sentiasa bertolak ansur untuk elakkan anak suka memberontak

Fahami setiap perwatakan anak-anak dan cari tahu apa perkara yang mereka minat. Dan bimbing lah mereka mencapainya.

Jangan terlalu memaksa anak mengikut kehendak kita kerana ia tidak akan pernah mendatangkan kebaikan.

Terlalu tegas dalam mendidik cara sendiri sehinggah terlupa untuk mempertimbangkan cara orang lain yang mungkin lebih berkesan.

4. Jangan berputus asa

Mendidik anak untuk menjadi manusia yang berguna sememangnya tidak mudah. Tapi sebagai ibubapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Jika bukan kita, siapa lagi yang mereka percaya.

5. Berikan teguran halus

Ketika anak-anak melaukan kesalahan, tugas kita sebagai orang tua untuk menegur dan mengingatikan mereka tentang kesalahan yang mereka lakukan.

Teguran kita sebaiknya tidak diucapkan dalam kemarahan, tapi tegur lah dengan kelembutan dan gunakan tutur kata yang baik.

Elakkan sumpah serapah dan makian yang hanya akan membuat emosi dan perasaan anak terluka. Itu hanya akan membangkitkan amarah dan dendam dalam diri anak-anak.

Baca juga tips untuk mendidik anak remaja di sini

Cara mendisplinkan anak yang suka memberontak atau melawan

Menurut Ben Martin, seorang ahli psikologi terdapat 5 C yang perlu ibubapa lakukan untuk mendispilinkan anak yang suka melawan. Berikut adalah;

1. Clarity ( jelas )

Kita kena jelaskan peraturan kepada mereka secara spesifikasi tentang had peraturan dan apa yang kita mahukan daripada mereka.

Korang boleh tuliskan dalam bentuk note supaya anak boleh membacanya. Dan jelaskan peraturan korang tapi jangan melampaui had.

2. Communication ( komunikasi )

Libatkan anak-anak ketika membuat peraturan. Dalam rumahtangga peranan ibu bapa sangat dominan, namun bukan bermaksud apa yang dicadangkan oleh anak-anak diketepikan.

Setelah mendapat kata sepakat bersama, maka minta lah mereka melaksanakan sesuai peraturan yang telah ditetapkan.

3. Caring ( ambil berat )

Sikap ambil berat sangat penting dalam mendisplinkan anak yang suka melawan. Dengan menunjukkan sikap caring akan membuat mereka percaya pada kita.

Jangan biarkan mereka merasa kita tidak suka pada diri mereka.

4. Consistency ( konsisten )

Jika kita sudah memberikan arahan yang jelas. Kita perlu lah kekalkan momentum itu.

Begitu juga dengan akibat tidak mengikuti ataupun mengikuti arahan. Tapi jangan terlalu tegas dan memaksa sehingga mengabaikan emosi anak-anak.

5. Creating ( membina rasa tanggungjawab )

Secara amnya, rasa tanggungjawab akan membuatkan mereka lebih mudah mendengar kata. Jadi terapkan rasa tanggungjawab dalam diri anak.

Biarkan mereka menyelesaikan tugasan sendiri tanpa bantuan dan percaya mereka boleh selesaikan tugasan.

Seharusnya hubungan antara ibubapa dan anak tidak ada jurang pemisah. Kerana kedekatan ibubapa dan anak adalah satu keutamaan yang penting.

Jika hubungan ibubapa dan anak terjalin harmoni maka komunikasi dua arah akan terjalin dengan baik.

” Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anak untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu- Sayyiduna Umar Al-Khattab “.

Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.