Cara Rawat Ulser Pada Mulut Anak – Ini Saranan Pakar
Bingung mencari cara rawat ulser? Lagi tambah risau jika ulser mulut kena pada anak kecil, betul tak?
Ulser di kalangan anak kecil memang amat merisaukan ibubapa.
Apabila mulut sakit, anak akan tidak mahu makan dan minum kerana ketidakselesaan dan kesakitan. Bah kan anak akan meragam kerana ulser pada mulut.
Tapi jangan risau, kali ini saya akan berkongsi dengan korang cara rawat ulser yang disarankan oleh pakar.
Tapi sebelum itu, kita kena ketahui dahulu apakah itu ulser?
Ulser atau dikenali sebagai mata ikan kebiasaannya menyerang kanak-kanak. Ia berpunca dari kesakitan dari dalam mulut atau sekitar bibir. Ulser ini boleh disebabkan oleh jangkitan atau bukan dari jangkitan.
ulser disebabkan oleh jangkitan seperti mulut melepuh ,Mulut pecah-pecah kerana demam atau suhu badan yang tinggi dan Herpetic gingivostomatitis dalam istilah perubatan.
Bagi ulser yang disebabkan bukan jangkitan adalah seperti gigi susu sedang tumbuh, keradangan pada gusi kerana mulut tidak bersih, terdapat kecederaan dalam mulut, alahan pada makanan atau bahan kimia yang terdapat pada ubat gigi dan pencuci mulut, serta tekanan.
Ini antara gejala yang dialami sekiranya anak sakit mulut atau ulser;
- sakit-sakit otot
- Kesukaran makan dan minum
- air liru meleleh
- sakit kepala atau demam
- kelesuan
- Merengek dan meragam
Baca juga cara membanyakkan susu badan melalui kaedah urutan di sini
Cara rawat Ulser atau sakit mulut
Untuk merawat ulser korang boleh lakukan secara tradisional mahupun ikut cara perubatan. Berikut adalah beberapa cara rawat Ulser ;
1- Makanan sejuk
Cara rawat Ulser menggunakan kaedah ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Beri anak makanan berbentuk sejuk, cecair dan lembut. Seperti jeli, aiskrim, susu kocak, bubur sejuk atau cendol
2- Minum air kelapa
Ambil buah kelapa dan cuba minum air nya. Kemudian kumur untuk menghilangkan ulser yang menyebabkan rasa ketidakselesaan dan rasa agak pedih.
3- Cara rawat ulser dengan air garam
Air garam yang bersifat asidik, membuatkan bakteria tidak dapat berkembang biak dan tidak hidup. Kaedah ini berkesan kerana air garam boleh membunuh ulser dalam mulut. Cara ini adalah antara rawatan tradisional yang popular untuk menghilangkan ulser pada mulut.
4- Lemon atau limau
Perah jus air limau atau lemon kemudian sapukan pada ulser sebelum dan selepas makan makanan berat. Pastikan jari korang bersih atau gunakan kapas yang bersih.
5- Yoghurt
Yoghurt dapat menjaga keseimbangan bakteria dalam mulut dan badan kerana ia mengandungi acidopjilus. Oleh itu, yoghurt dapat membantu hilangkan ulser dengan cepat.
6- Serbuk kopi
kaedah ini jarang didengar, tapi korang boleh cuba. Caranya adalah ambil sedikit serbuk kopi dan letakkan pada ulser. Kemudian kumur dengan segelas air kosong.
7- Cara rawat ulser menggunakan Mouth wash
Selain air garam, korang boleh menggunakan mouth wash seperti Listerine dan Colgate plax untuk menghilangkan ulser. Cara penggunaannya adalah sama seperti biasa, berkumur kemudian ludah.
Sekiranya korang mempunyai ulser di bahagian tekak, maka lakukan gaggle mouth wash. Kaedah ini dapat membantu hilangkan ulser pada bahagian tersebut. Lakukan sebanyak 2-3 kali sehari .Tapi berhati-hati jangan sampai tertelan!
8- Gel atau spray ulser
Gel atau spray ulser ini banyak dijual di pasaran. Penggunaan gel atau spray ini boleh dilakukan keatas bayi. Tapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan produk gel atau spray ulser.
Dan jangan guna gel atau spray ulser dalam masa yang terdekat kerana ini boleh menyebabkan overdos dan menyukarkan bayi bernafas.
kes ini pernah berlaku dimana ibubapa kanak-kanak tersebut telah sapu ubat gel ulser pada mulutnya dengan waktu yang terdekat. Hal ini, menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran bernafas dan dikejarkan ke hospital.
” Punca ulser ini ada banyak. Ada kemungkinan kekurangan Vitamin B12, vitamin C atau kurang zat besi – Rohaya Dental surgery “
Cara elakkan ulser datang kembali
- Rendam berus gigi selepas guna dengan menggunakan air suam. Untuk membunuh bakteria.
- Banyakkan minum air kosong. Bagi membantu proses penyembuhan
- Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelakkan kecederaan dalam mulut. Korang juga boleh bersihkan mulut menggunakan kain yang lembut dan gosok perlahan di bahagian dalam mulut.
Cara rawat ulser yang saya kongsikan diatas mungkin hanya sesuai untuk orang dewasa. Namun sebelum korang ingin mencuba untuk pada bayi sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
kebiasanya ulser mulut akan sembuh sendiri dan mengambil masa antara 1-2 minggu.
Sekiranya, gejala ulser mulut ini masih berlarutan sila bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan dikhuatiri mempunyai komplikasi lain.