Take a fresh look at your lifestyle.

Alasan Kukuh Untuk Bercerai – Antara 7 Alasan Yang Dibenarkan

0 167

Alasan kukuh untuk bercerai – di mana membenarkan para isteri mendapatkan hak mereka agar dilepaskan daripada permasalahaan rumahtangga yang membelengu mereka.

Sebenarnya tiada siapa yang inginkan perkahwinan berakhir dengan penceraian. Namun, apabila datangnya pelbagai ujian dan hanya satu pihak saja yang bertahan, maka itu dalam Islam membenarkan para isteri bercerai.

Sememangnya rasa sedih apabila hubungan yang sudah susah payah kita bina sejak sekian lama terkandas di tengah jalan.

Tetapi, secara kenyataan tidak semua hubungan dapat diselamatkan. Ada beberapa pasangan yang sebenarnya akan lebih bahagia apabila tidak bersama lagi.

Antara Alasan Kukuh Untuk Bercerai Menurut Islam

Penceraian dalam Islam di antara suami isteri tidak digalakkan.

Namun para isteri boleh meminta cerai jika mempunyai alasan yang munasabah. Dan hukumnya adalah harus.

Sekiranya suami memiliki tanda seperti di bawah ini, para isteri boleh buat keputusan untuk diri sendiri. Mulakan langkah kita sebagai isteri jika inginkan kehidupan yang lebih baik.

1. Suami tinggalkan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga

Jika suami meninggalkan tanggungjawabnya maka isteri boleh dan diharuskan minta cerai. Sebagai ketua keluarga suami harus mendidik isteri dan mengajar kearah kebaikan.

Suami adalah cermin bagi isteri, jika suami terpesong maka isteri juga mungkin turut sama terpesong.

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk menjaga solat lima waktu serta khusyuk, membayar zakat, menjauhi zina, menjaga kehormatan dan pelihara amanah dan janji.

2. Suami tidak menyediakan nafkah

Pemberian nafkah kepada isteri adalah wajib bagi seorang suami mengikut kemampuannya.

Nafkah terdiri daripada semua perkara yang diperlukan oleh manusia seperti tempat tinggal, makanan, minuman dan pakaian.

” Hendaklah orang yang mampu nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan oleh Allah kepadanya. Allah tidak memikul beban kepada seseorng melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangann sesudah kesempitan ” – Firman Allah s.w.t ( surah Al-Talaq: 7 )”

Ayat di atas terang dan jelas tentang kewajiban seorang suami memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Meskipun suami itu jatuh miskin, nafkah wajib dilaksanakan oleh suami.

3. Suami tidak mampu melaksanakan hak batin

Permintaa untuk bercerai oleh isteri akan dibenarkan sekiranya suami mempunyai kekurangan dalam melaksanakan hak batin isteri.

Sama ada organ seks suami tidak berfungsi, dilahirkan tanpa zakar atau kehilangan zakar disebabkan oleh kemalangan ataupun mengalami isu kesihatan lainnya.

4. Menghidap penyakit berbahaya alasan kukuh untuk bercerai

Penyakit berbahaya seperti AIDS dan HIV adalah penyakit yang berjangkit serta boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan isteri.

Isteri boleh meminta cerai untuk menghindari daripada jangkitan ketika bersama dan juga untuk melindungi diri.

Tambahan pula penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan hanya bergantung dengan ubat-ubatan.

5. Menghalang isteri menutup aurat

Sebagai seorang suami, seharusnya mendidik isteri menutup aurat dengan sempurna.

Allah telah perintahkan wajib bagi setiap wanita muslimah menutup aurat. Namun, ada segelintir suami yang tidak suka apabila isterinya menutup aurat.

Selain itu, mereka juga turut menggalakkan isteri meninggalkan perintah Allah.

Demi menjaga kehormatan diri, isteri dibenarkan untuk meminta cerai.

6. Suami sering mendera isteri alasan kukuh untuk bercerai

Penderaan seperti dari segi fizikal, mental mahupun seksual sering kali berlaku dalam rumahtangga.

Isteri dijadikan sebagai tempat suami melempiaskan amarah. Mereka mengeluarkan kata-kata kasar dan memukul isteri.

Isteri perlu berani melindung diri dari penderaan seperti ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

7. Suami tidak pulang rumah

Isu suami tidak pulang ke rumah sudah sinonim dengan kes curang.

Jikalau tidak pulang ke rumah disebabkan bekerja, itu dibenarkan kerana ia adalah tanggungjawab dalam mencari nafkah.

Tetapi jika suami tidak pulang ke rumah dalam tempoh yang lama tanpa sebarang alasan kukuh, dan isteri ditinggalkan bersendirian. Isteri dibenarkan untuk meminta cerai.

Penganiayaan yang berlaku terhadap isteri oleh suami dalam sebarang bentuk sama ada fizikal atau emosi adalah dharar.

Isteri wajar diberikan hak dan perlindungan. Dalam undang-undang, penganiayaan termasuk dari segi emosi seperti menyakiti hati isteri dengan mengeluarkan kata-kata kesat, menghina dan mengeji boleh menyebabkan hati isteri tersinggung.

Jika tidak tahan lagi, isteri boleh mengemukakan permintaan cerai dengan mempunyai alasan kukuh untuk bercerai.

Sekiranya alasan fasakh yang dinyatakan sukar dibuktikan, boleh lakukan penceraian secara khuluk.

Leave A Reply

Your email address will not be published.