Cara Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil – Ini Cara Yang Betul
Ramai ibu hamil yang tidak tahu cara pakai tali pinggang keledar semasa hamil dengan betul. Malahan ada juga yang rimas dan malas pakai tali pinggang keledar semasa hamil.
Pemakaian tali pinggang keledar ketika menaiki kenderaan penting ye ibu-ibu.
Jika berlaku kemalangan, tali pinggang keledar dapat menyelamatkan ibu dari tercampak keluar dari kenderaan – yang boleh mengakibatkan kecederaan pada ibu dan bayi dalam kandungan.
Jadi nak tak nak, selesa ataupun tidak, kena juga pakai tali pinggang keledar demi keselamatan ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Sekurang-kurangnya jika memakai tali pinggang keledar tidak akan memburukkan lagi keadaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga.
Berikut adalah cara pakai tali pinggang keledar semasa hamil dengan betul
Pekongsian kali ini adalah tentang cara pakai tali pinggang keledar yang betul semasa hamil. Meskipun ia dilihat sebagai perkara yang remeh, namun jangan sesekali abaikan aspek keselamatan yang satu ini.
Pakai saja tak cukup!
Kena pastikan ibu mengandung pakai dengan cara yang betul dan tepat supaya ia dapat berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kemalangan.
Ingat ye! Ibu mengandung bawa satu lagi nyawa dalam perut.
Ini antara cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul semasa hamil.
1. Pakai tali pinggang keledar dibahagian bawah perut
Bahagian melintang tali pinggang keledar sepatutnya berada di bahagian bawah perut. Pastikan tali pinggang keledar itu lurus dan tidak berbelit.
Ini bagi memastikan tali pinggang keledar itu memegang tulang punggung / pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.
Jika kemalangan berlaku dan tali pinggang keledar berada diatas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, usus, limpa dan juga rahim.
2. Cara pemakaian tali pinggang di seat belakang
Walaupun memilih untuk duduk di bahagian seat belakang sebagai penumpang, pemakaian tali pinggang juga amat penting.
Ketika nak adjust tali pinggang angkat sedikit perut dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada diatas paha tetapi di bahagian bawah perut.
4. Cara pemakaian tali pinggang ketika memandu
Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sedikit. Tegakkan kerusi seboleh mungkin.
Ini kerana kerusi yang terlalu rendah akan meningkatkan risiko tali pinggang mencederakan rahim sekiranya berlaku kemalangan.
Pastikan kedudukan kerusi pemandu hendaklah kebelakang sedikit dan jauh dari beg udara ( airbag ). Elakkan perut menyentuh stereng kereta. Perut yang besar tu tak berfungsi sebagai ‘ airbag ‘.
5. Kedudukan tali pinggang yang betul
Ketatkan tali pinggang keledar dan pastikan tali pinggang keledar yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat dan berada di kedudukan yang betul.
Bagi tali pinggang belah atas pula ataupun pada bahu, pastikan berada di tengah-tengah dada atau di celah buah dada.
” TIDAK perlu beli pelbagai produk atau span untuk cover perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.- Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita dan Kehamilan “.
“Ini adalah cara pakai tali pinggang keledar semasa hamil yang betul dan tepat. Saya berharap dengan perkongsian kali ini dapat memberi kesedaran para ibu di luar sana tentang pentingnya penggunaan tali pinggang keledar ketika menaiki kenderaan.”
Penggunan tali pinggang keledar bukan sahaja penting untuk ibu hamil, tapi juga penting bagi setiap orang yang menaiki kenderaan demi menjaga keselamatan individu tersebut.
Kesimpulan
Jangan lah semasa hamil je sibuk pakai tali pinggang keledar, tak mengandung pun kena pakai juga tau.
Tak pasal-pasal kang nanti terkial-kial pula nak pakai tali pinggang keledar bila jumpa abam polis dan JPJ di jalan.
Pastikan sentiasa utamakan keselamatan walau di mana pun berada. Malang tak berbau, kita tak akan boleh jangka sekiranya berlaku sesuatu kejadiaan tanpa diduga.
Oleh itu, kita sentiasa diingatkan tentang penggunaan tali pinggang keledar yang betul.
Tali pinggang keledar ini dicipta bukan saja-saja tau, tapi untuk keselamatan kita sewaktu menaiki kenderaan. So, lepas ini pakailah tali pinggang keledar untuk keselamatan dan juga bayi dalam kandungan.