Take a fresh look at your lifestyle.

Makanan Penyebab Batuk – Elak Bagi Semasa Anak Sedang Batuk

0 130

Makanan penyebab batuk? Mak-mak semua tahu tak apa makanan itu?

Ha… mesti ada yang masih tidak tahu terdapat beberapa makanan yang boleh sebabkan jadi batuk bertambah teruk.

Batuk adalah penyakit yang sering menyerang anak kecil. Disebabkan ketahan tubuh badan mereka yang masih lemah menyebabkan mereka senang dijangkiti virus.

Dengan pengambilan ubat batuk sahaja tidak akan buat batuk sembuh jika tidak mengamalkan pantang larang terhadap makanan ketika batuk.

Menghindari makanan dan minuman yang dilarang ketika batuk boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Selain, dapat mencegah situasi semakin buruk.

Antara Makanan Penyebab Batuk

Ketika anak sakit nafsu makannya juga semakin berkurang. Selain pemberian ubat, kesembuhan anak juga bergantung pada kadar nutrisi yang diambil.

Namun, kita kena berhati-hati kerana terdapat makanan penyebab batuk bertambah teruk.

Berikut adalah makanan yang boleh menyebabkan batuk anak semakin teruk;

1. Produk tenusu antara makanan penyebab batuk

Susu merupakan sumber protien yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kandungan protien dalam susu boleh meransang pembentukan lendir yang berlebihan di saluran pernafasan dan paru-paru.

Ini akan mengakibatkan anak batuk berkahak. Segala jenis produk tenusu tidak sesuai diberikan pada anak ketika sedang mengalami batuk dan selsema.

Menurut kajian dalam Medical Hypotheses Journal, batuk akan cenderung susah untuk sembuh sekiranya meminum susu dengan kerap ketika batuk.

2. Makanan bergoreng

Selain daripada produk tenusu, makanan bergoreng termasuk makanan penyebab batuk. Ini terjadi kerena makanan bergoreng boleh menyebabkan gatal tekak.

Saat proses menggoreng akan mengeluarkan akrolien. Ini lah yang akan menyebabkan batuk.

Selain itu, penggunaan minyak masak yang berulang juga boleh menyebabkan batuk.

Hal ini akan mengakibatkan anak mengalami gatal pada tekak dan batuk. Oleh itu, hindari memberikan anak makan makanan bergoreng ketika batuk.

3. Makanan penyebab batuk seperti memberi makanan manis perlu dielakkan

Lolipop yang berwarna warni, sudah tentu digemari anak kecil. Ia kelihatan enak, tapi pengambilan yang banyak akan menyebabkan risiko batuk.

Hal ini disebabkan terdapatnya kandungan gula sederhana yang boleh menganggu sistem kekebalan tubuh si kecil.

Terdapat kajian juga mangatakan bahawa anak yang mengalami batuk pada waktu malam disebabkan oleh pengambilan lolipop di siang hari.

4. Makan sejuk penyebab batuk

Siapa je tak suka makan aiskrim?

Apa lagi anak kecil. Hampir semua anak kecil gemar makan aiskrim.

Selain daripada manis dan berlemak serta sedap, aiskrim antara makanan sejuk juga boleh menyebabkan batuk. Ini terjadi apabila berlakunya iritasi atau keradangan pada tekak.

Radang ini akan muncul apabila adanya penurunan daya tahan terhadap udara sejuk.

5. Makanan berasakan Fastfood

Fastfood juga merupakan salah satu makanan yang sebaiknya dihindari dari anak kecil. Terutamanya ketika lagi batuk dan selsema.

Makanan fastfood mengandungi bahan tambahan yang tidak baik untuk pertumbuhan dan perkembangan anak seperti bahan pengawet dan perasa makanan ( MSG ).

6. Buah-buahan tertentu

sumber : faktualnews.co

Pengambilan buah sudah seharusnya menjadi makanan rutin dalam pemakanan kerana mengandungi nutrisi yang tinggi.

Namun terdapat beberapa buah yang perlu dielakkan diberi pada anak yang sedang batuk. Ini kerana buah ini boleh menyebabkan batuk anak semakin berlarutan.

Contoh buah yang harus dihindari adalah anggur, pisang, tembikai, limau dan rambutan.

Ini antara makanan penyebab batuk yang harus dielakkan untuk diberi pada anak kecil ketika sedang batuk dan selsema.

Sebenarnya, pengambilan makanan ini boleh diambil tapi dengan kuantiti yang terkawal.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya batuk tidak beransur pulih?

Secara amnya, batuk adalah gejala yang sering dialami oleh kanak-kanak. Dan boleh berlangsung selama berminggu-minggu.

Batuk kedengaran sangat serius dan boleh mengganggu tidur anak tersebut. Ini menyebabkan ketidakselesaan dan membuat anak meragam.

Segera bawah anak ke klinik atau hospital jika terdapat simptom seperti dibawah;

  • Lesu atau tampak sangat sakit
  • Menunjukkan tanda-tanda kekurangan air
  • Bernafas dengan cepat atau sukar bernafas
  • Bibir, kuku, atau kulit menjadi biru. Menandakan kekurangan oksigen.
  • Batuk berlarutan lebih dari 10 hari
  • Suhu demam mencecah 38 darjah celsius

” Ingat ! Menerapkan pola makanan yang bernutrisi tidak akan dapat menghentikan batuk yang sedang dialami pada anak.

Namun, dengan menghindari makanan penyebab batuk disamping mengambil makanan yang berkhasiat, akan meningkatkan daya tahan tubuh anak.”

Leave A Reply

Your email address will not be published.