
Hati-hati Tindik Telinga Bayi-Ini Sebabnya
Melakukan tindik telinga bayi merupakan satu kelaziman yang dilakukan para ibu di seluruh dunia. Ia juga tidak asing lagi bagi masyarakat kita.
Tak hairanlah zaman sekarang ramai ibubapa yang mahu tindik telinga anak mereka di awal usia bayi.
Namun begitu ramai yang tidak tahu akan risiko yang bayi mereka hadapi jika tindik telinga dilakukan di awal usia mereka.
Ha… mesti ada diantara kita yang suka tindik telinga anak. Betul tak?
Ye, tahu cantik, comel tapi kena lah ambil tahu kesan buruk tindik telinga di awal usia mereka.
Sebelum kita mengetahui risiko tindik telinga bayi, kita juga kena tahu dahulu usia bayi yang sesuai untuk tindik telinga bayi.
Usia yang sesuai untuk tindik telinga pada bayi.

Ada ibubapa yang menindik telinga bayi di awal usia mereka, tetapi ada juga yang memilih ketika usia sudah menginjak usia kanak-kanak.
Hal ini sebenarnya tergantung kepada ibu bapa itu sendiri. Namun, tidak dinafikan akan adanya risiko sekiranya melakukan tindik telinga seawal usia mereka.
Menurut Wendy Sue Swanson yang merupakan pakar pediatrik di Seattle Children’s Hospital, Amerika Syarikat, usia yang paling sesuai untuk anak ditindik adalah 6 bulan ke atas.
Sekiranya kita inginkan prosedur yang betul dan selamat serta mengikut kemahuan anak itu sendiri adalah sekurang-kurangnya umur 10 tahun. Ini kerana, di usia ini mereka sudah mampu menjaga kebersihan dan mengurus diri mereka sendiri.
Risiko tindik telinga pada bayi
Proses tindik telinga dilakukan dengan mencucuk jarum sepanjang 12 hingga 18cm ke dalam cuping telinga bagi menebuk lubang pada cuping telinga.
Dan selepas ditebuk, subang akan dimasukkan ke dalam. Apa yang perlu diambil perhatian adalah koyakkan pada bahagian cuping telinga tadi kesan daripada tebukan jarum.
Koyakkan ini akan menyebabkan;
- Luka dan pendarahan
- Pembengkakan
- Gatal-gatal
- Alahan terhadap jarum ataupun subang yang menyentuh kulit
- Terjadi infeksi jangkitan kuman seperti bernanah
- Meningkatkan pertumbuhan keloids.
” Satu kajian yang dijalankan pada tahu 2005 telah menunjukkan kebanyakan pesakit yang mengalami keloid pernah tindik telinga ketika berumur 11 tahun.- Dr. Rossi ”
Jika gejala ini terjadi selepas melakukan tindik telinga pada bayi dan semakin teruk, sila dapatkan rawatan segera dan doktor mungkin akan memberikan antibiotik.
Sekiranya terdapat sebarang alahan pada subang tersebut, doktor akan memberi tahu untuk menanggalkan subang dan boleh pasang semula selepas 6 bulan setelah kesan tindik itu sembuh.
Cara penjagaan selepas melakukan tindik telinga
Kalau nak selamat, ibu ayah boleh pakaikan subang macam ni ke anak-anak. Ada ruang dan tak terkepit.
Selepas selesai proses tindik telinga dilakukan, kita perlu beri perhatian terhadap cara penjagaannya dan merawat supaya telinga bayi tidak dijangkiti kuman.
Berikut adalah cara penjagaan dan rawatan yang berkesan;
- Jauhkan daripada produk seperti minyak wangi, minyak rambut, syampu dan lain-lain produk yang berbahaya kepada subang.
- Pastikan baju dan rambut anak tidak mengganggu atau terlekat pada subang.
- Elakkan anak mandi di laut, kolam, sungai bagi mengelakkan telinga mereka dijangkiti bakteria. Sekurang-kurangnya 2 minggu selepas melakukan tindik telinga.
- Tanggalkan subang anak jika mereka melakukan aktiviti yang memerlukan mereka memakai helmet, kerana ini akan memberi tekanan kepada telinga mereka.
Tips keselamatan ketika menindik telinga pada bayi

Setelah mengetahui risiko melakukan tindik telinga ini, kita tidak boleh abaikan tentang aspek keselamatan. Keselamatan kepada bayi adalah penting.
Berikut adalah aspek keselamatan yang kita perlu tahu sebelum melakukan tindik telinga pada bayi;
- Gunakan subang emas, kerana ia dapat mengurangkan keradangan dan alergi pada kulit bayi
- Sila pastikan mereka yang berpengalaman sahaja yang melakukan tindik telinga pada bayi.
- Jika diberi ubat antibiotik, pastikan beri pada bayi mengikut arahan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan jangkitan
- Pantau setiap masa subang dan telinga anak, dengan mengubah posisi subang setiap hari.
Baca juga – Isteri minta duduk rumah sendiri lepas kahwin, ini sebabnya
Waktu bila perlu jumpa doktor?
Perlu berjumpa dengan doktor sekiranya situasi ini berlaku selepas melakukan tindik telinga pada bayi. Antara situasinya adalah;
- Subang telinga tidak boleh digerakkan
- Gelang subang tertanam dalam kulit telinga
- Jangkitan tidak menunjukkan pulih walaupun sudah mendapat rawatan dalam tempoh 2 hari
- Anak mengalami demam
- Jangkitan merebak dan menunjukkan kesan merah.
Sentiasa dapat khidmat nasihat doktor selepas melakukan tindik telinga pada bayi, bagi mengelakkan jangkitan kecil berlaku.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.