Take a fresh look at your lifestyle.

Perlu Letak Anak Dalam Car Seat-Ini Sebab Utamanya

0 172

Apakah perlu letak anak dalam car seat?

Ya, sudah tentu ia sangat perlu. kerana ini melibatkan aspek keselamatan anak ketika menaiki kenderaan. Letak anak dalam car seat lebih selamat daripada duduk dalam pangkuan ibu.

Pelbagai pandangan dan kritikan yang dilontarkan selepas pihak berkuasa menetapkan penggunaan car seat di dalam kenderaan.

Menurut laporan kes kemalangan melibatkan kanak-kanak disebabkan oleh tidak adanya kesedaran tentang keutamaan penggunaan car seat. Kes kemalangan jalan raya adalah pembunuh no.1 kanak-kanak selepas dari mati lemas dan tercekik.

Fungsi utama car seat adalah melindungi kepala, leher dan tulang belakang anak dari risiko cedera semasa berlaku kemalangan. Tubuh si kecil masih tak kuat. saat ibu ayah menekan break secara tiba-tiba misalnya, si kecil boleh terlempar ke depan.

Hal ini akan memburukkan lagi keadaan bukan?

Dengan penggunaan car seat dapat mengurangkan risiko kecederaan pada kanak-kanak dari 71 -82% menjadi 28%. Ini kerana ciri khas pada car seat dapat menyelamatkan badan kanak-kanak dari tercampak ke hadapan.

Sebab utama perlu letak anak dalam car seat

Kepada ibubapa yang ada anak kecil pastikan sudah masukkan bajet untuk membeli car seat dalam senarai utama. Sebab-sebab berikut ini perlu diberi perhatian oleh ibubapa:

1. Letak anak dalam car seat untuk elakkan risiko anak tercampak

Faktor keselamatan dalam kenderaan mestilah diberi keutamaan terutamanya yang mempunyai anak kecil. Kita memang sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kemalangan tetapi malang tak berbau.

Sekurang-kurangnya jika berlaku kemalangan atau pun memaksa kita menekan brek kecemasan, anak tidak berisiko tercampak dan terjatuh sekiranya dia duduk dalam car seat.

” saya sebenarnya memuat naik status ini untuk keluarga dan rakan-rakan. Tetapi saya juga berharap ia mampu menyelamatkan nyawa dengan membuat seseorang berfikir dua kali tentang memakai car seat untuk anak mereka.- Jenna “

2. Memudahkan tugas ibu dan ayah memandu

sumber : anakperak.com

Pada masa kini ramai ibu yang memandu sendirian untuk pelbagai urusan dan dalam masa yang sama perlu membawa anak bersama.

Dengan adanya car seat yang mementingkan ciri keselamatan anak, ibu ayah boleh memandu bersendirian dan membawa anak tanpa risau.

3. Anak boleh tidur dengan selesa dan selamat

Dalam perjalanan yang jauh anak biasanya akan letih dan tertidur. Kalau tidur dalam pangkuan ibu sudah tentu anak tidak akan selesa dan kurang selamat. Apa lagi jika ibu pun tertidur, ada kemungkinan risiko anak jatuh.

Sekiranya dalam car seat, anak akan lebih selesa tidur dan sudah pastinya selamat.

4. Displinkan anak tentang rutin dalam kenderaan.

Ajar anak duduk dalam car seat sejak bayi lagi. Kerana bayi mudah diajar untuk disiplin sekiranya ibu bapa membiasakan mereka dengan rutin tersebut.

Biasakan dia duduk dalam car seat setiap kali menaiki kenderaan. Dengan ini, masalah meraung dan mengamuk setiap kali diletakkan di car seat tiada lagi.

Bak kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.

5. Letak anak dalam car seat untuk memudahkan ibubapa ketika memandu jauh.

Apabila anak duduk di dalam car seat akan memudahkan tugas memandu tanpa raungan dan jerit pekik anak yang meragam. Selain itu ibu juga tidak penat pangku anak disepanjang perjalanan yang jauh.

Percayalah anak yang sudah biasakan diri dengan car seat lebih mudah tertidur sepanjang perjalanan, kerana mereka terlalu leka dengan pemandangan luar tingkap kereta.

sumber : safwanamran.my

Tips keselamatan car seat untuk kanak-kanak.

Beikut adalah tips keselamatan car seat yang dikongsikan oleh Jenna;

  • Carseat anak harus lah sentiasa dipasang pada tempat duduk belakang
  • Jangan sesekali duduk di tempat belakang sambil memegan atau menyusukan anak kecil.
  • Dapatkan bantuan pakar, jika pertama kali menggunakan car seat
  • Jangan guna car seat yang telah digunakan ( kerana tidak tahu sejarah car seat tersebut )
  • Bayi yang baru lahir hingga setahun ( lebih kurang 10kg ) harus diletakkan memandang kebelakang
  • Pastikan tali pinggang keledar dipasang dengan betul
  • Tali pinggang keledar mestilah berada di atas bahu anak. tidak terlalu longgar dan tidak ketat. Pastikan muat hanya satu jari pada dada anak
  • kanak-kanak yang besar haruslah menggunakan booster car seat. karena tali pinggang keledar kenderaan hanya sesuai untuk dewasa ( sekurang-kurangnya tinggi 5 kaki dan berat 35 kg)
  • Jangan sesekali meletakan tali pinggang keledar dibawah ketiak atau belekang anak.

Memanglah kita tidak mampu menolak takdir yang berlaku tetapi kita masih boleh ikhtiar untuk mengelak. Dengan cara menyediakan aspek keselamatan terhadap anak ketika berada di dalam kenderaan.

Kalau di luar negara, ada peruntukan undang-undang ke atas ibubapa yang tidak menyediakan car seat untuk anak mereka semasa dalam kenderaan. Mereka sangat mementingkan keselamatan terhadap anak kecil.

Namun, berlain pula dengan di negara kita. Ramai yang masih mempertikaikan penggunaan car seat di dalam kenderaan. Mereka menganggap penggunaan car seat didalam kenderaan hanya akan menguntungkan beberapa pihak sahaja.

Sebagai ibubapa yang prihatin tentang keselamatan anak, pilihan ada ditangan kita. Anak meraung dan menagis bukan lah satu alasan yang bijak untuk ibubapa, sekiranya ingin membiasakan anak duduk dalam car seat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.