Tugas Suri Rumah-Kadang Boleh Sebabkan Depress Dan Darah Tinggi
Kalau korang seorang suri rumah sepenuh masa, sure korang arif dengan tugas suri rumah ni kan…
Penat tau sebenarnya tugas seorang suri rumah ni. Bayangkan je lah dari subuh hingga lewat malam suri rumah masih lagi melakukan kerja rumah.
Tapi, dengan kudrat yang tak seberapa berbanding dengan lelaki, wanita boleh mentadbir rumah tangga dengan cemerlang.
Sebab tu adanya pepatah ni ‘tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncangkan dunia’. Ha…nampak tak betapa hebatnya seorang suri rumah.
Mereka melakukan kerja-kerja rumah tanpa mengeluh dan mengenal erti penat. Disamping itu juga mereka menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri yang baik. Selagi mampu mereka akan memberikan yang terbaik dan sepenuh tenaga pada keluarga tersayang.
Walaupun kurang sihat, mereka tetap gagahkan juga untuk menyiapkan makanan untuk anak-anak dan suami. Jika melayan sakit, jawabnya kebulur seisi rumah.
Melalui perkongsian di akaun TikTok milik @ams_brand, kebanyakkan pesakit darah tinggi, pesakit depression, anxiety atau stress adalah di kalangan suri rumah. Dia juga merasa kagum dengan golongan suri rumah.
Jesteru itu, jangan pandang rendah pada profesion sebagai suri rumah. Walaupun tak membantu dari segi kewangan, namun banyak jasa suri rumah yang tidak mampu terbalas. Jika suami berkemampuan, upah lah seorang pembantu bagi membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
Suri rumah adalah insan yang hebat

Tugas suri rumah tidak akan pernah habis. Mereka melakukan kerja rumah sebaik saja mata celik sehingga lah masuk waktu tidur. Seharian mereka melakukan pelbagai kerja rumah. Namun mereka masih mampu lagi melayan karenah anak-anak, masak untuk suami dan anak-anak serta mengurus rumah.
Ketika suami pulang kerja, mereka masih lagi melakukan kerja. Suami dan anak-anak dah tidur pun, masih lagi buat kerja. Waktu bila mereka rehat? bila masa mereka cuti?
Disebabkan suri rumah tidak mempunyai waktu rehat yang teratur mengakibatkan ramai di kalangan mereka yang mengalami depress, anxiety dan ada darah tinggi.
Jika anak-anak suka memberontak, boleh follow tips mudah ini.
Suami harus memahami tugas suri rumah
Suami perlu memahami tugas suri rumah tidak mudah. Tidak semua orang mampu melakukan tugas ini dengan baik. Terutamanya lelaki.
lelaki kalau dah habis kerja, balik rumah boleh rehat lagi. Tapi kalau isteri, dari suami keluar pergi kerja sehingga suami balik rumah, mereka masih lakukan kerja.
Apa salahnya bantu layan anak-anak atau suap makan pada anak-anak pun dah cukup bagus. Ini tak, duduk depan tv main game.
Mana tak penatnya. Bila dah penat fizikal, sudah tentu emosi dan mental juga turut ikut down.
oleh itu, suami jangan lah asyik fikir penat diri sendiri je. Cubalah fahami tugas suri rumah, hulurkan bantuan untuk ringankan tugas suri rumah.
Jangan lah para suami tambahkan lagi tugas isteri dengan permintaan-permintaan yang tak sepatutnya.
Mana-mana suami yang sayangkan isteri, pasti akan sediakan ini kat rumah. Supaya isteri tak terbeban dan ada masa untuk diri sendiri
Suri rumah perlukan teman untuk meluahkan perasaan
Bagi yang bekerja, mereka boleh bersosial. Mempunyai masa yang lebih teratur. Ada masa makan dan solat. Selain itu, mereka mempunyai kawan sekerja yang boleh diajak bergurau senda dan berbual.
Berlainan pula dengan suri rumah, mereka tidak mempunyai kawan untuk berbual atau meluahkan perasaan yang mereka lalui.
Suami balik kerja dan penat. Tak sempat pun nak dengar apa yang terbuku dalam hati. Sampai kesudahannya hanya pendam perasaan.
Bila terlalu lama pendam menyebabkan mereka mengalami depresi. Cubalah wahai para suami sekalian, genggam lah tangan isteri dan anak lah mereka berbual.
Tanya isteri bagaimana dengan anak-anak hari ini? Okey ke tidak? Percayalah dengan pertanyaan seperti ini pun sudah buat mereka lega.
Kerana dalam dunia isteri hanya ada suami dan anak-anaknya sahaja. Semenjak mereka berkahwin, kawan-kawan semua dah tak rapat macam dulu lagi.
Jadi hanya suami sahaja lah tempat mereka meluahkan perasaan. Jika sebelum berkahwin suami boleh dengar segala luahan perasaan mereka, mengapa bila sudah menjadi isteri tak boleh pula.
Sering dibeza-bezakan dengan menantu yang lain
Jarang berlaku tapi ini antara punca yang menyebabkan suri rumah depress. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk membahagiakan keluarga.
Bagi yang tidak bekerja pula, hanya bergantung kepada suami. Ikut kemampuan suami.
Ada sesetengah dalam masyarakat kita, bersaing secara tidak sihat memenangi hati ibu mertua dengan kebendaan. Astaghfirullahalazim
Hidup ini bukan semuanya boleh dibeli dengan wang ringgit. Bagi ibu mertua yang memahami tugas suri rumah akan mengetahui setiap kebaikan yang dilakukan oleh menantunya.
Melainkan mertua yang tidak pernah pandang semua usaha korang. Itu lain cerita dah.
Jangan rasa rendah diri dengan tugas kita sebagai suri rumah. Kita harus bangga dengan tugas ini, kerana kita rumah tangga terurus dengan baik. Tanpa isteri, suami tak terurus dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Suami dan isteri didatangkan dari cara membesar yang berbeza. Dari peraturan keluarga yang berbeza. Dan setiapnya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam kekeluargaan masing-masing.
Tapi itu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar untuk menerima, menghargai dan menyayangi selagi masih ada. Buatlah seperti apa yang Allah minta.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Semua yang diatur pasti ada hikmahnya. Belajar memahami dan saling melengkapi untuk merasai bahagia.
” Wanita tak sekuat lelaki. Namun lelaki takkan pernah sekuat itu tanpa wanita “.