Pasangan Berubah Selepas Berkahwin – Ini 5 Sebab Utama
Pasangan berubah selepas berkahwin, di mana pasangan ini sering mengalami masalah sehingga mengakibatkan keretakan rumath tangga. Dan setiap pasangan pastinya akan menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dari pelbagai sisi seperti faktor kesefahaman yang tidak baik.
Manusia diciptakan berpasangan supaya dapat hidup dalam suasana kekeluargaan yang sangat indah. Namun begitu, perkara ini pula bertentangan dengan pasangan yang belum berkahwin.
Pasangan kekasih yang belum berkahwin menjalani hubungan dengan indah tanpa masalah dan ujian yang banyak. Tambahan lagi, pasangan kekasih menikmati pelbagai keindahan sebagai pasangan kekasih.
Jesteru itu, sebelum berkahwin pastikan korang dan pasangan sudah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing ketika berumahtangga nanti. Selain dapat memberi tangapan korang dan dapat menerima kekurangan pasangan masing-masing.
Mengapa pasangan berubah selepas berkahwin?
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan sikap pasangan berbanding sewaktu hangat bercinta. Antaranya adalah;
1. Pasangan berubah setelah sah menjadi hak milik
Sememangnya sudah menjadi lumrah sikap manusia, menjaga dan sayang pada akan sesuatu yang belum kita miliki itu sebaik yang boleh. Sebaliknya akan berubah setelah kita memiliki.
Begitu lah juga dengan pasangan. Kita akan menjaga dan memberi layanan yang sebaik mungkin untuk menambat hatinya sehingga berjaya. Dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.
2. Tanggungjawab dan komitmen
Tanggungjawab dan komitmen bertambah berat selepas berkahwin.
Komitmen dari segi memberi nafkah zahir dan batin, layanan pada pasangan dan pelbagai aspek lagi. Ianya tidak sama seperti masa bujang.
Jika sebelum berkahwin, hanya perlu uruskan diri sendiri dan kini apabila sudah berkahwin ada perut lain yang perlu isi.
Rasa tanggungjawab ini akan buatkan pasangan kurang bersikap romantik kerana fikiran dibebani dengan perkara-perkara lain.
kalau ada pasangan yang sedang merajuk… cuba pujuk dengan bagi ini. Sure terus hilang merajuknya.. heheh
3. Waktu yang terhad pasangan berubah selepas berkahwin
Sewaktu bercinta mempunyai banyak masa terluang untuk bersama. Seperti keluar shopping sama-sama, menontont wayang, dan juga makan bersama. Dalam proses memenangi hati budi masing-masing perlu pandai mengatur masa sebaiknya.
Masa bekerja pasangan yang tidak menentu menyebabkan mereka jarang bersama. Hal ini disebabkan oleh pasangan yang bekerja keras demi memenuhi keperluan keluarga. Waktu untuk meluangkan masa bersama terpaksa dikorbankan.
4. Berubah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya
Ini mungkin jarang berlaku, tapi pengaruh rakan memainkan peranan besar ye. Adakalanya ia boleh mendatangkan keretakkan rumah tangga.
Apa yang lebih menyedihkan adalah ada kawan yang cemburu dan iri hati lihat kita senang dan bahagia selepas berkahwin.
Ramai yang kecundang dan bercerai kerana tidak ada persefahaman lagi. Dan demi menjaga hubungan ini, pasangan sepatutnya bertolak ansur dan memahami skop pekerjaa pasangan.
Percaya pada kawan baik itu boleh, tapi kita tidak boleh percaya 100% apa yang dia ucapkan. Biasanya kawan yang bersikap seperti ini akan sentiasa menceritakan hal buruk tentang pasangan. Apabila kita terlalu percaya kepada kawan, menjadikan kita kurang percaya pada pasangan.
Hal ini akan menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Sebaiknya bila dapat sesuatu cerita atau berita, selidiki dan siasat dahulu sebelum bertanya kepada kawan.
Alasan kukuh untuk bercerai. Boleh baca di sini
5. Pengaruh media sosial
Kebanyakkan pada zaman sekarang semua life story dimuat naik dalam socmed seperti Instagram, Facebook, Whatsapp story, Tiktok dan lain-lain. Ianya sudah menjadi satu trend pada masa kini.
Perkara ini adakalanya membawa kebaikan kepada pengguna socmed dan tidak kurang juga mempunyai keburukanya.
Misalnya, kawan muat naik gambar kawan bersama suami pergi bercuti atau pun dihadiahkan barangan mahal-mahal, dan kita tahu pasangan kita tidak mampu. Tapi kita tetap paksa, sampai satu tahap kita membanding-bandingkan pasangan kita dengan orang lain.
Ini sangat tak okay !
Kesimpulan
Ini antara 5 sebab yang menyebabkan pasangan berubah selepas berkahwin. Tak macam masa bercinta dahulu. Masa bercinta semua adalah indah. Layanan dan kata-kata cukup mencairkan pasangan dan merasa dia lah pasangan yang tepat.
Sebaik berkahwin, layanan dan kata-kata itu tidak ada lagi. Cuma yang ada hanyalah tanggungjawabb seorang suami pada isteri dan keluarganya. Disebabkan itu, dalam sesebuah kekeluargaan penting ada tolenrasi dan tanggungjawab.
Cubalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Sentiasa bersikap bertolak-ansur dalam menjalankan peranan masing-masing. Cuba cari titik persamaan dan lenyapkan titik perbezaan.
Selalunya, dalam rumah tangga persamaan akan menyatukan pasangan, namun jika perbezaan tidak dapat dilenyapkan akan menimbulkan jurang yang mampu menjauhkan pasangan.
” Living life with a spouse is not always a bed of roses “.