Take a fresh look at your lifestyle.

Rancang Untuk Dapat Zuriat – Trying To Conceive (TTC) -Kena Ada 5 Benda Ini

0 54

Ada antara pasangan suami isteri yang mula rancang untuk dapat zuriat walaupun sudah bernikah lama tapi belum dikurniakan zuriat.

Ada pasangan yang mula risau 4-5 bulan setelah menikah belum ada tanda-tanda untuk hamil.

Walaupun ia bukan lah satu tempoh yang lama jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4-5 tahun, apatah lagi ada yang menunggu sampai berbelas tahun untuk dapatkan zuriat.

Namun bagi mereka yang mula nak rancang untuk dapat zuriat akan sentiasa melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar untuk dapatkan cahaya mata.

Apa itu TTC?

TTC atau nama penuhnya Trying To Conceive merupakan persediaan yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Dan ramai juga yang terlepas pandang tentang 5 benda keperluaan saat melakukan TTC. Persediaan melakukan TTC adalah untuk membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat.

Oleh itu, terdapat beberapa keperluan benda yang korang perlu amalkan untuk meningkatkan kesuburan korang.

5 benda yang perlu ada ketika buat persediaan TTC

Selain berdoa dan tawakal, usaha pasangan suami isteri juga penting untuk dapatkan cahaya mata. Ini antara senarai barang keperluan bagi korang yang mula rancang untuk dapat zuriat ataupun tengah TTC.

Jom ikuti perkongsian ini sehingga selesai dan ketahui barang keperluan apa yang korang perlu sediakan yang tengah TTC.

Ini antara senarai yang korang perlu lengkapkan;

1. Rancang untuk dapat zuriat guna OPK ( Ovulation Predictor Kit )

Ovulation predictor kit ataupun OPK adalah alat yang digunakan untuk mengesan tahap kesuburan atau ovulasi .

Alat ini boleh didapatkan di farmasi ataupun melalui online ( shopee ). Cara gunanya adalah;

  • Boleh check 2-3 hari selepas haid
  • Bagi yang mempunyai haid tidak teratur boleh check guna BBT
  • untuk haid regular, formula kiraan kitaraan haid -14 = hari dijangka ovulate. Jadi mula korang check OPK 2-3 hari sebelum itu.
  • kena check OPK sehingga -ve semula selepas +ve
  • dijangka bila OPK sudah -ve semula baru ovulation akan berlaku
  • OPK +ve cuma penanda aras atau menunjukkan hormon LH tengah memuncak (peak/surge) iaitu folikel matang. Dimana ovum dijangka dilepaskan dalam tempoh 24-36 jam selepas OPK +ve yang terakhir
  • Biasanya OPK boleh +ve dalam tempoh 1-3 jam

Check sekali sahaja dalam sehari pada waktu yang sama antara jam 11 pagi hingga 7 petang. Pastikan korang puasa air sebelum check supaya urine tak cair.

Ambil gambar keputusan ataupun lekat pada buku untuk buat perbandingan keputusan dari hari ke hari. Hentikan menggunakan OPK selepas dapat keputusan -ve semula apabila dapat 2 line sama terang atau test line lebih terang dari control line.

**2 line sama terang bermaksud menghampiri atau hari subur

**buat test bukan urine yang pertama

2. Pengambilan supplement – Rancang untuk dapat zuriat

Acid folic diambil sebulan sebelum kehamilan dan 3 bulan pertama mengandung. Asid folic berfungsi sebagai meningkatkan kesuburan wanita.

Selain daripada pengambilan folik acid, korang juga disanakan mengambil suplimen tambahan seperti multivitamin blackmores, fish oli blackmores, dan surbex zink.

Bagi untuk suami pula disarankan mengambil supplement Himalaya Speman. Ini adalah supliment yang terbaik untuk TTC.

Bila dah mula pregnant, amalkan minum susu untuk ibu mengandung. Klik sini untuk tengok senarai susu yang terbaik untuk pregnant women

3. Buat Body Basal Temperature ( BBT )

sumber: lazada.com

Selain OPK dan pengambilan acid folik, dengan membuat cara ini juga dapat membantu korang yang tengah TTC. suhu badan pertama saat bangun pagi juga menandakan hari subur korang. Kaedah ini dikenali sebagai BBT.

Dan pastikan korang menggunakan thermometer 2 demical saat melakukan BBT.

4. Jaga pemakanan ketika rancang untuk dapatkan zuriat.

Pengambilan makanan memain peranan penting ketika tengah rancang untuk dapatkan zuriat.

Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat akan mempengaruhi kesuburan korang.

Elakkan makanan fast food dann minuman manis.

Ini kerana bahan pengawet yang terdapat dalam makanan fast food atau jajan mengandugi asid yang boleh menggangu kesuburan.

Oleh itu, banyakkan pengambilan makanan yang sihat dan segar. seperti tauge, brokoli, cauliflower, dan buah kiwi.

5. Lakukan senaman

Kalau obes disarankan untuk turunkan berat badan terlebih dahulu.

Bila berat badan ideal, ia boleh meningkatkan peluang untuk mengandung. Buat senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Buat happy walk selama 30 minit pun okey dah. Elakkan melakukan sit up kerana senaman ini tidak sesuai.

Selepas melakukan kesemua perkara diatas, berdoa bersungguh-sungguh adalah sebagai ikhtiar terakhir. Setiap kali selesai solat doa bersungguh-sungguh untuk minta zuriat. Buat solat taubat, kot ada dosa lama jadi penghalang.

Jangan lupa untuk banyakkan bersedekah pada budak-budak. Sebaiknya doa spesifik dan fokus untuk dapatkan zuriat tahun ini.

Antara contoh yang korang boleh amalkan. Doakan juga buat kawan-kawan yang tengah TTC. Apabila kita mendoakan untuk orang lain, malaikat juga mendoakan untuk kita sekali.

Ya Allah kurniakan kami zuriat secepat mungkin, sebolehnya tahun ini. Semoga kau izinkan hasil utp aku positif menandakan ada zuriat di dalam rahimku. Semoga aku selamat melahirkan anak yang soleh solehah. “

Bagi pasangan yang dah TTC setahun, sila pergi jumpa dengan doktor untuk tahu masalah dulu. Check kalau ada masalah dalaman.

Setelah membuat pemeriksaan, dan semuanya ok. Boleh mula rancang untuk dapat zuriat.

Apa pun ini semua adalah usaha dan semuanya atas izin Allah. Kita berusaha.

Leave A Reply

Your email address will not be published.