Petua Hilangkan Selsema Bayi Tanpa Ke Klinik
Tak tahu cara hilangkan selsema bayi tanpa ke klinik? Risau anak selalu selsema dan susah nak makan ubat?
Bila anak-anak dapat demam selsema, rasa kesian sangat kan .Anak-anak jadi kurang selesa dan meragam. Kita sebagai orang dewasa pun tidak selesa bila hidung tersumbat dan badan turut lemah serta lesu.
Ketidakselesaan ini menyebabkan bayi tidak dapat tidur lena dan meragam. Jesteru itu kita harus cari alternatif lain untuk hilangkan selsema bayi.
Lebih-lebih lagi kalau bayi bawah usia 6 bulan, yang mana belum digalakkan untuk diberi ubat.
Apakah selsema bahaya pada bayi?
Secara amnya, selsema tidak berbahaya kepada bayi. Tetapi ia harus dipandang serius kerana bayi belum tahu cara menenganinya. Ini kerana selsema boleh menyukarkan bayi untuk bernafas dengan baik.
Jesteru itu, ibu dan ayah harus membantu menyedut hingus bayi sekerap yang mungkin bagi melegakan saluran pernafasan mereka.
Bayi sememangnya kerap diserang selsema kerana antibodi mereka masih lemah. Apabila mereka jatuh sakit, mesti akan disertai dengan batuk, sakit tekak dan demam panas hingga mencapai suhu 38 darjah celcius.
Hal ini menyebabkan, mereka kurang selera makan dan kurang menyusu.
Petua hilangkan selsema bayi tanpa ke klinik
Bagi ibu-ibu yang mencari petua hilangkan selsema bayi, perkongsian kali ini adalah tepat. Lebih-lebih lagi jika anak sukar makan ubat. Ini adalah pilihan yang terbaik untuk redakan selsema.
Berikut adalah antara cara hilangkan selsema bayi tanpa ubat:
1. Gunakan bawang merah
Gunakan bawang merah untuk hilangkan selsema bayi.
Kaedah ini juga boleh dilakukan pada orang dewasa.
Kupas bersih bawang merah kemudian tumbuk sehingga mengeluarkan air. Dan letakkan bawang merah tadi berdekatan dengan bayi.
Boleh juga dihidukan pada bayi, kerana bawang boleh keringkan selsema.
2. Tukar posis tidur bayi
Tukar tidur posis bayi dan pastikan tinggi sedikit pada bahagian kepala bayi. letak tuala dikepala untuk tinggikannya. Dengan cara ini akan membolehkan bayi mudah bernafas.
Disarankan pakaikan bayi baju yang nipis, diperbuat daripada kapas dan kurangkan penggunaan selimut. Ini adalah untuk mengelakkan bayi tersebut demam.
Karena bayi selsema yang disertai demam memberikan rasa tidak selesa.
3. Susukan bayi sekerap mungkin
Susukan bayi sekerap yang boleh, kerana susu ibu mempunyai khasiat yang boleh membantu pulihkan selsema.
Bagi anak yang sudah besar atas 6 bulan, boleh berikan air minum. Bagi mengelakkan anak kekurangan air.
4. Air kunyit untuk hilangkan selsema
Kunyit mempunyai khasiat untuk membantu pulihkan selsema. kunyit merupakan antibodi untuk selsema. Ambil beberapa inci kunyit hidup, tumbuk kemudian sapukan pada bahagian belakang dan dada.
Ataupun oleskan kunyit pada batang hidung bayi dan bahagian dahi. Seperti berbentuk T.
5. Stim bawang putih
Sediakan 3 cawan air panas dan masukkan ke dalam besen. Selepas itu masukkan 1 ulas bawang putih kedalam besen tersebut.
Tunggu hingga aroma bawang putih mulai naik. Balut bayi korang dengan kain supaya mudah dipegang. kemudian halakan kepala bayi dalam 12 inci dari permukaan air panas.
Pastikan tahap kepanasan wap sesuai untuk bayi. Sambil itu lakukan tepuk percussion di belakang bayi bagi mengeluarkan hingus bayi yang mulai cair.
Lakukan pengewapaan ini selama 15 minit.
Baca juga tentang bahaya tindik telinga bayi terlalu awal di sini
6. Mandikan dengan lemon.
Ini petua menghilangkan batuk akibat selsema, mandian ini dapat membantu mengeringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan buah lemon kedalam air mandiaan.
Bau lemon yang keluar dipercayaai dapat mengeringkan hingus bayi.
7. Sapukan balm selsema
Sapukan balm selsema di luar hidung bayi dan juga dibahagian dada, bagi membantu bayi bernafas dengan lebih selesa.
Elakkan dari meletakkan balm ke dalam lubang hidung bayi, karena iayan berkemungkinan akan memberi kesan masa panjang pada paru-paru bayi.
Pastikan balm yang digunakan tidak mengandungi bahan ini iaitu, champor atau kapur barus. Untuk elakkan risiko bayi terkena sawan.
Sekiranya selsema bayi masih belum berkurang selepas mencuba petua ini, dan suhu demamnya semakin meningkat. Sila bawa berjumpa dengan doktor. Pastikan beri makan ubat mengikut masa yang ditetapkan , jika doktor bagi ubat.
Saya berharap perkongsian ini dapat membantu hilangkan selsema bayi korang.
” Beri keselesaan semulajadi pada bayi korang dan selamat beramal.”