Take a fresh look at your lifestyle.

Anak Selalu Meragam Bila Dengan Ibu, Tapi Ok Jer Dengan Ayah. Ini Sebabnya

0 37

Anak kecil selalu meragam bila bersama dengan ibu, tapi elok je dengan ayah? Situasi sering merisaukan parents, kerana si manja hanya mahu berkepit dengan ibu sahaja.

Malahan hal ini, menyebabkan para ibu sukar melakukan kerja rumah. Ibu hilang je dari pandangan mata, si manja mula lah nak menangis.

Tapi apa yang peliknya, si manja elok pula bila bersama dengan ayah. Boleh pula bermain sendiri tanpa ditemani.

Emm, asal nampak ibu je mula lah meragam. Berbeza sekali bila dengan ayah. Siap tunjuk perangai baik dan tidak nakal bila bersama dengan ayah.

Mesti parents di luar sana tertanya-tanya apa punca anak jadi macam tu.

Anak selalu meragam #Kajian hubungan ibu dan anak

Jika nak tahu, sebenarnya ada kajian dijalankan tentang hubungan ibu dan anak yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi di University of Washington.

Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa prestasi anak-anak akan menuru sehingga 8 kali ganda jika Ibu kehadiran berada didalam bilik yang sama.

Lebih lagi anak-anak yang berumur 10 tahun dan kebawah. Meningkatkan peratus sehingga 16 kali ganda.

Kajian ini telah dilakukan kepada 500 buah keluarga. Bagi mengukurkan kebergantungan anak-anak tersebut.

Pelbagai tingkahlaku yang direkodkan, seperti merengek dan menangis, bertindak kasar, menjerit, bah kan ada yang sampai terlupa berjalan dan bercakap, dan ada juga yang bersikap endah tak endah.

Selain itu, menurut Profesor Dr K.P Leibowitz, dalam bidang perkahwinan dan psikologi keluarga, mengatakan bahawa anak-anak yang berumur 8 bulan, boleh bermain dengan riang dan ceria.

Namun selepas kehadiran ibu didalam ruangan itu, menyebabkan perangai dan sikap mereka berubah 99.9%. Ada yang mula menangis, melepaskan mainan dan cuba meminta perhatian ibunya.

Baki 0.1% pula adalah baki daripada yang mengalami masalah penglihatan. Tetapi apabila mendengarkan suara ibunya,

mereka mula melemparkan barang dan meminta makan. Walhal, mereka baru sahaja makan.

Perbezaan layanan ibu dan ayah terhadap anak

Sumber : siraplimau.com

Terdapat salah seorang ayah yang terlibat dalam kajian ini sangat terkejut apabila melihat laporan kajian tersebut dan berkata;

” Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri tidak dapat menyiapkan tugasan rumah. Rupanya-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana mereka berkelakuan baik bersama saya. – Ayah ( mempunyai 3 orang anak) “

Ada sesetengah ayah atau suami beranggapan bahawa ibu kepada anak-anak sengaja memanjakan mereka, menuruti apa sahaja kemahuan anak-anak sehingga mereka buat perangai.

Apa pun tanggapan ayah atau suami adalah tidak benar. Ini adalah fakta dan kajian yang mana boleh menyangkal segala tanggapan dan sangkaan para ayah-ayah diluar sana.

Apa yang membuatkan kajian ini menarik, adalah kajian ini menunjukkan bukti bahawa dalam mendisiplinkan anak-anak,

kebanyakan daripada mereka lebih cenderung atau responsif terhadap kata-kata yang diucapkan dengan nada yang normal dari orang lain berbanding dengan ibunya.

Bertentangan pula dengan cara seorang ibu, mereka perlu meninggikan suara jika hendak mendisiplinkan anak. Jesteru itu, tidak hairanlah mengapa para ibu sudah tinggikan suara dan ianya bersebab.

Sebabnya adalah anak-anak susah mahu mendengar kata.

Oleh itu, diharapkan para suami sekalian faham dan kena ingat bahawa sebenarnya para ibu tidak terlalu manjakan anak-anak sehingga tidak mendengar kata.

Tetapi ibu sendiri adalah magnet kepada anak-anak. Dan sebab itu lah anak-anak tidak mahu berenggang langsung dengan ibu. Asyik nak berkepit je.

Bagi yang plan untuk jarakkan anak, boleh baca cara elak mengandung di sini ye

Antara yang boleh untuk tenangkan anak meragam

Antara perkara yang diboleh buat untuk meredakan anak yang meragam dan mengamuk;

  • Peluk anak dari belakang
  • Bisik ke telinganya yang ibu dan ayah sayang dan faham perasaannya
  • Bacakan ayat surah Toha ayat 1 hingga 5, kemudian tiup kan ke ubun-ubunnya
  • Tenang dia dengan kata-kata kasih dan ibu ayah sendiri juga perlu bertenang
  • Jangan sesekali menjerit dan marah, atau memukulnya dengan tujuan mendisiplinkan anak. Nanti ia akan menjadi suka memberontak.

Semoga selepas ayah membaca tentang kajian ini akan lebih faham kenapa anak selalu meragam bila bersama dengan ibu.

Pesanan khas untuk ayah, bantu lah ibu untuk tenangkan anak yang sedang meragam. Bagi ibu pula banyakkan bersabar ketika menghadapi situasi seperti ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua !

Leave A Reply

Your email address will not be published.