Permainan Untuk Bayi 4-6 Bulan-Penting Untuk Perkembangan Si Manja
Permainan untuk bayi usia 4-6 bulan sangat penting dalam perkembangan si manja. Ini kerana dalam usia mereka, dengan bermain bayi boleh belajar tentang persekitarannya dan juga dirinya.
Disamping itu juga, dengan bermain bayi boleh belajar tentang kemahiran emosi dan sosial, perkembangan bahasa dan fizikal melalui sentuhan terhadap benda.
Ini tidak bermaksud ibu ayah perlu hantar ke kelas khas, tak. Tapi cukup dengan hanya melibatkan diri bermain bersama bayi tersayang. Ini akan meningkatkan lagi keakraban antara ibu dan ayah dengan anak.
Oleh itu, lakukan aktiviti bermain bersama bayi untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan juga otak mereka. Dan pilih lah permainan yang bersesuaian dengan usia mereka.
Jenis main yang selamat untuk bayi
Bayi setelah mencapai usia 4 bulan, akan mencari sesuatu benda untuk dijadikan mainan. Kerana sifat mereka yang ingin tahu dan belajar apa-apa benda depan mata dijadikan sebagai mainan.
Ini akan mendorong ibu ayah untuk membeli mainan untuk si manja. Tetapi sebelum beli mainan, perlu menitikberatkan beberapa perkara sebelum membeli mainan. Antaranya adalah;
- Cari main yang selamat untuk bayi dan sesuai dengan usianya. Pastikan tidak keras,berat dan tajam.
- Cari mainan yang boleh merangsang perkembangan bayi. Seperti perkembangan deria, dan fizikal. Yang membolehkan bayi bergerak.
- Pilih mainan yang bebas BPA dan bahan kimia
Jenis permainan bayi usia 4 hingga 6 bulan
Terdapat banyak pilihan mainan bayi yang ada di pasaran. Ini membuatkan ibu ayah bertambah rambang mata ketika membeli permainan bayi.
Apalagi kita semua sebagai ibu bapa sudah tentu mahukan permainan yang terbaik dan boleh menarik perhatian bayi untuk sentiasa bermain.
Untuk perkongsian kali ini, saya akan senaraikan beberapa permainan yang boleh dipertimbangkan ketika ingin membeli permainan bayi 4-6 bulan.
Berikut adalah beberapa permainan yang bersesuaian dengan usia 4 hingga 6 bulan;
Jollybaby touch and feel animals tails 3D cloth book

Ini adalah merupakan permainan terbaik untuk bayi 4 bulan bagi memupuk minat membaca. Aktiviti seperti ini sememangnya amat digemari oleh ibubapa dan bayi.
Walaupun bayi tidak tahu membaca, tetapi dengan perincian dan tekstur buku itu sendiri membuat bayi tertarik dengan buku tersebut. Selain mempunyai gambar dan warna yang menarik.
Hal ini akan memupuk minat membaca terhadap si manja.
Sozzy baby musical inchworm

Permainan ini pula baik untuk meningkatkan perkembangan fizikal bayi. Sekali pandang pun sudah mampu menarik perhatian bayi.
Disebabkan mainan ini mempunyai pelbagai warna yang menarik membuatkan bayi teruja untuk dapatkannya.
Selain daripada mempunyai warna yang menarik, mainan ini juga mengeluarkan bunyi. Seperti loceng, bunyi gemersik dan deru yang mampu menarik minat bayi.
Melalui permainan ini bayi dapat meningkatkan perkembangan deria pendengaran dan juga sentuhan terutama dibahagian pergelangan tangan.
Dan apa yang penting permainan ini selamat untuk bayi.
Baca juga tentang cara hilangkan selsema bayi tanpa perlu ke klinik di sini
Fisher-price five senses aktiviti ball

Mainan yang sesuai untuk pancaindera bayi usia 4 bulan keatas. Set 5 bola senses ini mempunyai ciri khas masing-masing. Dan setiap ciri itu membantu merangsang perkembangan deria dan mengembirakan bayi.
Setiap bola ini tekstur dan fungsi yang berbeza. Dengan hanya 1 produk mampu meningkatkan perkembangan bayi.
Warna yang terdapat pada main ini mampu merangsang visual dan imaginasi kepada anak-anak.
Dan apa yang penting adalah mainan ini bebas dari BPA.
Permainan untuk bayi 4-6 bulan #Lightweight rattle

Seterusnya jenis permainan rattle. Jenis permainan rattle untuk digoncang atau dipegang bayi.
Rattle ini sesuai untuk bayi kerana ia tidak terlalu besar dan ringan supaya tidak berbahaya jika jatuh ke muka bayi.
Selain itu, mainan ini sesuai untuk pergerakan otot di pergelangan tangan bayi, disamping ia akan mengeluarkan bunyi loceng jika digoncang.
Soft block permainan untuk bayi 4-6 bulan

Soft block merupakan permainan yang berbentuk empat segi. Dan diperbuat daripada bahan kain yang lembut dan sesuai untuk bayi 4-6 bulan.
Dengan meletakkan block ini depan mata anak boleh menarik perhatiannya. Kerana block ini mempunyai warna yang menarik dan mengeluarkan bunyi.
Ini akan meningkatkan lagi keterampilan fizikal bayi ketika mencapai block tersebut.
Baby play gym

Jenis permainan baby plat gym pada dasarnya adalah sebuah alas tempat tidur bayi, yang dilengkapi dengan lengkungan di bahagian atasnya.
Lengkungan tersebut dihiasi dengan pelbagai mainan yang digantung sehingga menarik perhatian si manja.
Dengan mainan tersebut bayi dapat belajar cara menendang dan mencapai mainan.
Terdapat beberapa jenis baby play gym yang dilengkapi dengan muzik. Ini akan lebih menyorokkan ketika bayi sedang bermain.
Jika bayi meragam letakkan saja dia dalam baby play gym dan ajak bermain. Meranik bukan?
Ha, itu lah antara permainan untuk bayi 4-6 bulan yang sesuai untuk tunjang perkembangan bayi. Selain dapat menyenangkan si manja.
Banyak sekali permainan bayi yang boleh didapati di pasaran sama ada beli secara online atau pun pasaraya. Pastikan dahulu mainan tersebut selamat dan sesuai untuk bayi.
Semoga informasi ini membantu semua!