Take a fresh look at your lifestyle.

‘Kiamat Iklim’ Diramal Pada 2040, Malaysia Pun Akan Merasa

0 54

‘Kiamat Iklim’ Diramal Pada 2040, Malaysia Pun Akan Merasa

Masa baca pasal kiamat iklim di Astro Awani ni, rasa gerun sangat. Macam-macam gambaran hadir dan sangat menakutkan.

Ikut apa yang saya tengok di Astro Awani tu, dalam 18 tahun lagi, negara kita Malaysia dijangka antara negara dunia yang akan terjejas akibat kiamat iklim yang akan berlaku

Menurut Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir – dari pemerhatian beliau yang sudah beberapa kali ke Kutub Utara dan Antartika, banyak bongkah-bongkah air telah pecah dan mencair.

Bayangkan apa akan jadi kalau semua bongkah air tu mencair kan…

Selain dari itu, kawasan yang ada gunung berapi di Antartika pun dah mula aktif.

Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi semakin panas dan dah tak ada salji dah di kawasan itu.

Ini semua kesan dari pemanasan global.

Kurang 20 tahun lagi, dunia kita mungkin akan berdepan dengan iklim yang paling ekstrem.

Malaysia pun turut terjejas dan terlibat sebab negara kita berada di bawah garisan khatulistiwa.

Bukan Dr Sharifah Mazlina saja yang perasan pasal ni, tapi saintis-saintis dunia yang lain termasuk dari Rusia dan Amerika Syarikat pun memperkatakan benda yang sama.

Jika bongkas ais di Antartika mencair, akan berlaku limpahan ombak, tsunami, banjir dan macam-macam bencana alam yang lain lagi.

Tengok cuaca sekarnag pun tak menentu kan… banjir makin kerap berlaku, kawasan yang tak pernah naik air pun boleh tenggelam. Apa lagi 18 tahun yang akan datang kan.

Keadaan semakin menakutkan. Ramai yang mengaitkan dengan akhir zaman. Allah lah yang lebih mngetahui segalanya.

Apa yang kita boleh bantu dan buat sekarang ialah, dengar dan ikut nasihat dari Dr Sharifah Mazlina ni.

Beliau meminta kita semua ambil berat isu pemanasan global ni.

Mulakan kitar semual secara bersungguh-sungguh, tanam pokok-pokok di sekeliling kita dan juga kurangkan penggunaan plastik dan karbon.

Beri pendedahan pada anak-anak dan galakkan mereka buat benda yang sama juga.

Biarpun usaha itu nampak biasa-biasa sahaja, tapi sebenarnya ia membawa kesan yang besar kepada permasalahan pemanasan global ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.