Take a fresh look at your lifestyle.

Khasiat Lada Hijau- Bagus Untuk Kesihatan Rupanya.

0 124

Selain rempah ratus, khasiat lada hijau juga mempunyai kebaikan untuk kesihatan tubuh kita. 

Namun ramai yang tidak tahu bahawa lada hijau mempunyai manfaat yang banyak terhadap kesihatan. 

Lada hijau sangat penting dalam diet seharian tau!

” Tahukah anda cili hijau kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk lebih enam kali ganda vitamin C yang terdapat dalam buah oren. Ia juga memberi kita vitamin A, B2, B6 dan Niasin serta folate yang penting dalam tubuh badan. – Tulis Dr. Harsh Vardhan dalam akuan Twitter nya.” 

So, lepas ini korang boleh letak lada hijau dalam masakan mengikut selera masing-masing ye.

Okey jom kita ulas apakah kebaikan lada hijau dalam diet harian kita?

Manfaat khasiat lada hijau untuk kesihatan

1. kaya dengan nutrisi dan fiber

Sumber: mstar.com

Lada hijau mengandungi nutrisi yang tinggi seperti magnesium, Iron, potassium, vitamin A, B, C,E dan P serta fiber.

2. Merupakan sumber antioksidan

Selain daripada nutrisi diatas, lada hijau juga adalah salah satu sumber antioksidan.

Kandungan vitamin A, B kompleks dan C yang terdapat dalam lada hijau menjadi sumber antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Dengan adanya, sumber vitamin ini dapat membantu memperbaiki sel-sel badan yang disebabkan oleh bakteria serta dapat mencegah pembekuan darah.

3. Khasiat lada hijau untuk mencegah keradangan

Disebabkan lada hijau adalah sumber antioksidan yang tinggi. Ia dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak akibat daripada keradangan.

Penyakit keradangan adalah seperti reumatik, osteoarthritis dan arthritis.

4. Kuatkan tulang dan gigi

Kandungan kalsium yang tinggi dalam lada hijau mampu menguatkan tulang dan gigi.

Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan pendarahan jika berlakunya kecederaan.

Lada hijau ini sedap dibuat ulam. Rangup dan tak terlalu pedas.

5. Bantu jaga kesihatan mata

Disamping itu juga, khasiat lada hijau dapat meningkatkan sistem penglihatan dan mengurangkan risiko penyakit katarak mata serta rabun yang disebabkan oleh peningkatan usia.

Ini kerana dalam pengambilan lada hijau mengandungi sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

6. Membantu turunkan berat badan

sumber: pexel.com

Kandungan air yang tinggi dan mempunyai tahap kalori yang bagus untuk mengawal berat badan. Hal ini menyebabkan dapat meningkatkan kadar metabolisma untuk membuat membakar lemak dalam badan.

7. khasiat lada hijau #Bantu atasi tekanan

Seterusnya, lada hijau juga membekalkan endorphin yang baik untuk kekal emosi yang positif.

8. Bermanfaat untuk sistem pernafasan

Selain itu, pengambilan lada hijau juga mempunyai kebaikan terhadap saluran pernafasan kita. Ini kerana ia mengandungi phytonutrient yang baik untuk pernafasan.

Dengan secara tidak langsungnya akan melindungi paru-paru daripada serangan penyakit seperti kanser, batuk dan juga asma.

9. Menjaga kesihatan jantung

Lada hijau juga mempunyai khasiat terhadap jantung. Ia kaya dengan kandungan sumber beta seperti karotina, antioksidan dan juga endorphin.

Kandungan sumber beta ini dapat membantu menjaga tahap kesihatan jantung jika mengamalkan pengambilan lada hijau dalam diet harian.

10. Lada hijau baik untuk kulit

Ha, korang jangan tak tahu lada hijau mengandungi kaya dengan vitamin C dan vitamin E.

Korang sendiri tahu apa kebaikan kedua-dua vitamin ini. Kedua-dua vitamin ini baik untuk kesihatan kulit tau. Terutamanya, bagi kulit yang mempunyai masalah seperti jerawat dan kulit kusam.

Vitamin C yang terdapat dalam lada hijau akan memperbaiki sel kulit yang rosak akibat daripada radikal bebas.

Selain itu juga, kandungan vitamin yang terdapat pada lada hijau dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Lepas ini boleh la korang tambahkan lada hijau dalam sajian korang.

Baca juga tips turunkan berat badan untuk yang baru bersalin di sini

11. Bantu legakan selsema.

Capsaicin yang terdapat dalam lada akan merangsang pada membran mukus hidung. Ia akan membantu cairkan mukus hidung supaya mudah mengalir keluar dengan cepat serta dapat sembuhkan selsema.

Hal ini akan membuatkan saluran pernafasan korang lebih lega dan selesa. Ia buatkan korang jadi lebih baik.

Korang boleh campurkan lada hijau dalam sup ataupun bubur.

12. Dapat meningkatkan imunisasi

Disebabkan terdapat pelbagai jenis vitamin dalam lada hijau, ia memainkan peranan penting bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan untuk melawan penyakit.

Itulah antaranya kebaikan dan kelebihan jika makan lada hijau. Rugi tau kalau korang tak makan lada hijau.

Bak kata peribahasa Melayu ‘siapa makan cili dia rasa pedas’.

Begitu lah juga sebaliknya, siapa yang mengamalkan makan lada hijau dialah yang mendapat khasiatnya.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat untuk korang semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.