Kurang Keyakinan Diri? Buat 9 Step Ini
Menghadapi masalah rasa kurang keyakinan diri? Bila nak buat sesuatu je mesti rasa tak konfiden.
Takut jika melakukan kesalahan, ragu-ragu dan juga tidak percaya dengan dengan kebolehan diri sendiri. paling di takuti adalah apabila orang kecam atau kritik dengan apa yang kita buat.
Bagaimana cara mengatasi kurang keyakinan diri?
1. Jangan bandingkan diri korang dengan orang lain
Sering membandingkan diri dengan kehidupan orang lain akan membuat kita down.
Membandingkan diri dengan apa yang mereka lakukan, mereka travel dimana, hubungan kekeluargaan mereka jauh lebih baik atau mesra. Ini semua sebenarnya boleh merosakkan diri korang.
Hal ini akan menyebabkan korang try hard untuk buat benda yang sama sehingga mengalami tekanan dan boleh jadi mengabaikan diri sendiri.
Dalam dunia ini, kita tidak menjalani kehidupan yang sama dengan setiap orang. Sebaliknya, kita menjalani kehidupan yang berbeza, cara yang berbeza dan juga masa depan yang berbeza.
Jika mereka boleh mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Seharusnya, korang juga boleh berjaya dan bahagia dengan cara korang sendiri.
2. Cintai diri sendiri – tips untuk yang kurang keyakinan diri
Ambil masa untuk mengenali diri sendiri, muhasabah diri. Buat pemerhatian secara keseluruhan tentang diri sendiri.
Tak kira lah dari segi fizikal, mental mahupun emosi yang kita tidak suka dalam diri. Terima lah kekurangan yang ada dalam diri dan cari kelebihan yang terdapat dalam diri kita.
Dengan kelebihan yang ada akan melengkapi diri kita tanpa merasa mempunyai kekurangan.
” Love yourself. It is important to stay positive because beauty comes from the inside out.- Jenn Proske “
Kurang keyakinan diri juga boleh sebabkan stress. Genggam ini kuat-kuat untuk kurangkan stress korang. Nak gigit pun boleh.
3. Buat keputusan yang terbaik untuk diri korang
Dalam membuat keputusan sememangnya kita memerlukan pendapat atau cadangan daripada orang lain, seperti sahabat atau keluarga.
Tak salah meminta pendapat daripada orang lain, yang salah adalah kita mengikuti setiap cadangan mereka tanpa berfikir panjang. Sehinggakan apa yang kita nak tak seperti yang kita harapkan.
Kerana terlalu bergantung kepada orang lain menyebabkan kita sukar untuk mencapai matlamat yang kita inginkan.
Jesteru itu kita tidak perlu cadangan atau keputusan daripada orang lain, melainkan diri sendiri. Ini kerana diri kita sendiri yang akan melalui semuanya, bukan mereka.
Namun tak bermakna, kita tidak memerlukan mereka dalam hidup kita, tak. Korang boleh menghargai dan menerima mereka, begitu juga sebaliknya mereka akan menerima korang dengan seadanya.
4. Bina kepercayaan diri
Start bina kepercayaan terhadap diri sendiri adalah satu perkara yang lebih baik untuk korang. Ketahui dimana kekuatan dan potensi dalam diri untuk dapatkan peluang untuk capai impian.
Belajar melihat dari sudut pandangan yang berbeza. Setelah mengetahui tahap keupayaan dan kemampuan dalam diri kita akan merasa bebas dari lingkungan yang membelenggu diri.
Dan akhirnya akan menjadikan kita sebagai insan yang sepertimana yang kita mahukan. Rasa kurang keyakinan diri kini hanya sekadar sejarah dalam kehidupan korang.
5. Menjadi diri sendiri
Untuk membina keyakinan dalam diri adalah penting menjadi diri sendiri. Tidak perlu mengikuti atau terlalu obses dengan orang lain sehingga cuba mengubah kehidupan korang.
Keterlaluan ini akan mempengaruhi korang untuk menjadi sempurna dan akhirnya akan menyukarkan hidup korang. Hal ini menyebabkan korang terlepas menikmati perkara yang mengembirakan korang.
Oleh itu, sebaiknya korang jadi diri sendiri dan cari cara untuk meningkatkan keyakinan diri. Dengan ini, akan membuat korang lebih rasa bahagia.
6. Menjaga penampilan diri
Dengan menjaga penampilan diri tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia mampu meningkatkan keyakinan dalam diri. Kata orang penampilan seseorang mengambarkan sifat seseorang.
Jika korang berpakaian kemas dan bersih, persepsi masyarakat terhadap korang juga akan berubah. Berpenampilan kemas dan bersih dapat meningkatkan semangat, sekaligus menunjukkan imej seorang yang berjaya.
Dan hal ini menyebabkan korang lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai.
Untuk yang naik berat badan lepas bersalin dan rasa kurang keyakinan diri, boleh follow tips mudah ini.
7. Lakukan aktiviti yang disukai
Selain dapat memberi keyakinan terhadap diri korang saat melakukan aktivit atau hobi, ia juga dapat membantu menaikkan mood korang.
Sudah tentu ini akan buat korang teruja dan yakin dengan apa yang korang lakukan. Hal ini, kerana korang akan berjumpa dengan orang yang mempunyai minat atau hobi yang sama.
Ini akan lebih menyorokkan dan membuatkan korang lebih berkeyakinan serta selesa melakukan aktiviti tersebut.
8. Pilih circle yang positif
Pemilihan dalam lingkungan yang positif memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.
Orang yang positif sentiasa akan memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk setiap tindakan yang kita lakukan.
Sebaliknya jika berada dalam circle negatif akan memberi kritikan yang kurang menyenangkan, ini akan menyebabkan korang kurang berkeyakinan dan rasa rendah diri.
Berada dalam kelompok yang positif dapat memberi impak yang besar dalam hidup korang. Ini akan menjadi pemangkin untuk korang mencuba sesuatu yang baru, tanpa rasa ragu dan kurang yakin.
9. Beri self-reward tingkatkan keyakinan diri
Memberi penghargaan kepada diri sendiri adalah salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan.
Dengan memberi self-reward akan meningkatkan semangat kita selepas menyelesaikan kerja atau tugasan dengan baik.
Dengan ini korang akan merasa diri dihargai, walaupun itu bukan dari orang lain.
Dengan cara ini membuatkan korang gembira, serta percaya kepada diri bahawa korang boleh melakukan tugasan tersebut dengan baik. Tidak perlu yang mahal-mahal, cukup mengikut kemampuan masing-masing.
Dengan perkongsian cara atasi kurang yakin terhadap diri ini, dapat membantu korang meningkatkan keyakinan dan juga kepercayaan terhadap diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
Apa yang penting adalah korang kena yakin dengan kebolehan diri sendiri dan jadi diri sendiri.
Jangan terlalu mendesak diri untuk kelihatan lebih sempurna, kerana hal itu akan merosakkan diri korang sendiri.
Semoga tips ini membantu dan bermanfaat untuk korang!