Ukur Saiz Cincin-Follow Step Mudah Ini
Ada lagi ke yang masih tak tahu cara nak ukur saiz cincin yang betul?
Korang jangan risau, jangan pening-pening perkongsian kali ini tepat untuk korang.
Pada masa kini ramai yang memilih membeli cincin secara online berbanding walk in. Ini kerana pembelian secara online lebih jauh murah jika dibandingkan dengan harga di pasaran.
Lagi pun pembelian secara online juga dapat membantu menjimatkan masa dan kos. Betul tak?
Cumanya dalam online kita hanya boleh melihat gambar dan details cincin tersebut sahaja. Hal ini menyukarkan kita untuk menentukan ukuran saiz yang tepat.
Oleh itu, kita digalakkan membuat ukuran saiz cincin sebelum membuat sebarang pembayaran atau pembelian. Ini bagi mengelakkan berlakunya kesalahan ketika membeli cincin.
5 Cara ukur saiz cincin dengan betul
Sebelum itu, saya ingin kongsikan purata ukuran saiz yang supaya kita boleh agak saiz cincin yang sesuai kita pakai.
- Bagi saiz jari perempuan biasanya bersaiz antara 3 hingga 9. Saiz kebanyakan yang dibeli antara 5 hingga 7.
- Bagi saiz lelaki pula antara 6 hingga 13. Ukuran saiz yang biasa dibeli antara 8 hingga 10 ½.
Untuk mendapatkan ukuran saiz yang tepat. Korang boleh menggunakan step berikut;
Betul ke orang kata suami handsome tu lebih setia?
1.Ukur menggunakan cincin yang sedia ada
Jika nak cari cincin tunang, boleh terus cari di sini. Emas 916. Murah pulak tu
Jika korang mempunyai cincin yang sedia ada dan tidak tahu saiznya berapa?
Korang boleh buat ukuran saiz cincin menggunakan cincin tersebut sebagai rujukan.
Caranya adalah;
- Sediakan kertas, pembaris dan pensil yang tajam
- Kemudian lukis satu bulatan dari bahagian dalam cincin. Pastikan bulatan dilukis dengan tepat.
- Setelah itu, ambil pembaris dan ukur diameter bulatan yang telah dilukis atas kertas tadi.
- Selepas mendapat ukuran diameter, sila rujuk pada carta dibawah untuk mengetahui saiz ukuran cincin yang tepat.
2. Ukur saiz cincin menggunakan kertas
Sekiranya korang tidak mempunyai cincin sebagai rujukan. Korang boleh menggunakan kertas untuk dapatkan ukuran yang tepat.
Cara ini sesuai bagi mereka yang first time nak beli cincin. Caranya adalah;
- Sediakan kertas, pembaris dan gunting
- Gunting kertas menjadi satu strip yang panjang
- Kemudian, lilit kertas pada jari yang disarungkan cincin. Dan tandakan pada tempat hujung kertas bertemu.
- Tanggalkan lilitan dan kemudian ukur panjang kertas tadi menggunakan pembaris.
- Pastikan ukuran dalam unit mm
- Setelah selesai membuat ukuran, sila rujuk carta ukuran saiz cincin.
3. Ukur guna pita pengukur
Selain daripada cara diatas, korang juga boleh buat ukuran saiz cincin menggunakan pita pengukur. Caranya adalah;
- Lilitan pita pengukur dijari yang diinginkan
- Pastikan lilitan korang tidak ketat dan tidak longgar
- Kemudian, tandakan pada bahagian pita pengukur itu bertemu
- Catat ukuran panjang dalam unit mm
- Semak carta ukuran untuk ketahui saiz cincin korang
4. Ukur menggunakan pembaris
Mengukur saiz cincin menggunakan pembaris juga merupakan salah satu cara yang mudah.
Korang hanya perlukan cincin dan pembaris. Dan pastikan cincin tersebut korang selesa pakai dan masih muat dipakai.
Ambil cincin dan pembaris. Kemudian letakkan cincin diatas pembaris dan ukur diameter bahagian dalam cincin tersebut. Senang bukan?
5. Guna aplikasi Ring Sizer
Cara ini jarang yang tahu. Kebanyakkannya mengukur saiz cincin menggunakan kaedah di atas.
Ukur guna aplikasi ini lebih mudah dan cepat. Korang hanya perlu download aplikasi Ring Sizer di PlayStore. Kemudian ukur diameter cincin yang sedia ada menggunakan aplikasi ini.
Pastikan cincin yang hendak di ukur, masih muat dan selesa untuk korang pakai. Mudah bukan?
Carta ukuran cincin
Jika nak lagi mudah gunakan pengukur cincin ini. Harga pun baru RM10 sahaja
Tip mendapatkan ukuran yang tepat
- Lakukan pada waktu siang untuk dapatkan ukuran saiz yang tepat. Kerana jari mengembang pada siang hari.
- Pastikan korang lakukan berulang kali untuk dapatkan saiz yang betul
- Ukur pada jari yang korang selesa pakai cincin.
- Sekiranya ruas jari ( knuckle ) korang lebih besar dari dasar jari, tambahkan saiz ½. Bagi elakkan cincin tersangkut di ruas ketika sarung cincin.
- Biasanya, saiz berbeza mengikut jenis cincin. Contohnya, cincin belah rotan lebih besar ½ atau 1 saiz berbanding cincin bercorak keliling.
Dengan cara ini, korang boleh mengukur siap-siap di rumah untuk mengetahui saiz ukuran cincin korang. Tak lah takut salah saiz kan?
Jadi lepas ini, jika korang nak beli secara online pun boleh. Nak buat kejutan sebagai hadiah pun tak jadi masalah.
Pastikan korang mengukur dengan tepat dan sesuai dengan jari. Lakukan membuat ukuran berulangkali untuk dapatkan saiz cincin yang betul.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu korang.