Makanan Penyebab Gout Dan Cara Atasinya
Pantang larang makanan penyebab gout dan yang boleh dimakan oleh pesakit gout adalah penting bagi mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit gout.
Gout adalah satu keradangan sendi yang disebabkan oleh terlalu banyak urik asid. Apabila kepekatan asid urik terlalu tinggi dalam darah urik asid ini akan meresap dalam sendi-sendi kita dan terkumpul menjadi kristal.
Punca gout yang utama adalah dari pengambilan makanan yang akan menghasilakan asid urik dengan banyak (overproduction). Ataupun yang kedua buah pinggang kita ini kurang membuang asid urik dipanggil sebagai undersecretion.
“Dua kesalahan persepsi rakyat Malaysia tentang masalah gout ini, yang pertama serangan gout ini cuma terjadi bila kita banyak makan makanan laut atau ‘seafood. Itu salah secara total.
kita tak makan ubat untuk buang lebihan asid urik dalam badan. kebiasaannya orang yang ada masalah gout ini, dia cuma makan ubat ketika dia dapat serangan gout je!-Dr. Nazreen Nain melalui akun Tiktoknya “
Makanan yang boleh menyebabkan gout
Makanan yang boleh meningkatkan risiko penyakit gout adalah terdiri dari makanan yang mengadungi purine yang sangat tinggi.
Purine adalah bahan yang terkandung dalam sesetengah makanan kita. apabila dicernakan dalam badan, ia akan dihancurkan oleh hati. Dan kemudiannya akan membentuk asid urik.
Jesteru itu, kita kena elakkan mengambil makanan yang tinggi purine. Termasuk lah sebahagian dari ikan, makanan laut yang bercengkerang, daging merah, organ dalaman, dan terdapat juga sayur-sayuran.
Selain itu, pengambilan makanan yang bergula juga harus dielakkan terutamanya dari kategori fraktos. Kumpulan makanan ini juga boleh meningkatkan asid urik dalam badan.
Jom kita cari tahu jenis makanan apa yang boleh meningkatkan risiko gout.
1. Makanan laut penyebab gout
Tidak semua makanan laut sesuai untuk pesakit gout kerana ia mengandungi purine dan plumbum yang tinggi.
Antara jenis makanan laut yang perlu dielakkan adalah ikan bilis, sardin, tuna, kerang, sotong, udang dan ikan tongkol.
Ambillah ikan secara bersederhana.
2. Elakkan daging merah penyebab gout
Kurangkan pengambilan daging merah. Seperti daging lembuh, kambing dan juga haiwan berkaki empat yang lain.
3. Elakkan makanan manis
Makanan dan minuman yang mempunyai kandugan gula tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit gout meningkat.
Elakkan makanan seperti kuih muih manis, roti, kek, dan minuman manis kerana ia mempunyai GI yang tinggi, yang mana akan meningkatkan kadar asid urik dalam darah.
Amalkan minum air nenas macam ni boleh hilangkan dan redakan sakit gout dengan cepat. Petua orang lama yang memang berkesan
4. Hindari pengambilan trans lemak
Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan elakkan makanan makanan yang diproses seperti dalam makanan tin dan plastik.
Selain itu, pesakit gout juga harus elakkan lemak tepu dari daging, lemak ayam dan produk tenusu tinggi lemak.
Disaran perbanyakkan pengambilan minyak yang sihat seperti minyak zaitun.
5. Hindari beberapa sayuran ini boleh menyebabkan gout
Dalam pemakanan seimbang pengambilan sayuran sangat penting. Namun bagi pesakit gout terdapat beberapa jenis sayur yang perlu dihindari kerana ia mengandungi purine yang tinggi.
Sayuran yang tinggi purine ini antaranya ialah, cendawan, kubis bunga, kacang panjang, dan juga tomato yang mempunyai keasidan lebih tinggi serta ph lebih rendah.
Baca juga tentang bahaya berlapar untuk kurus di sini
6. Elakkan organ dalaman haiwan
Bagi pesakit gout elakkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti, hati, perut, paru, dan lain-lain. Ini kerana organ haiwan mempunyai tahap paras purine yang tinggi. Dan juga boleh menyebabkan tahap asid urik dalam darah.
Bagaimana cara atasi penyakit gout ?
Untuk pesakit gout bukan sahaja perlu mengikuti pantang larang makanan, tetapi juga harus melakukan beberapa perkara ini.
Antarnya adalah berikut;
- Disarankan turjunkan berat badan. Ini kerana pesakit gout yang obes mudah mengalami keradangan pada tubuh. Faktor ini disebabkan oleh asid urik yang membentuk kristal pada sendi. Jesteru itu, pesakit obes mudah mendapat serangan gout berbanding dengan yang normal.
- Pilih makanan yang mempunyai karbohidrat yang kompleks seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar dan bijirin penuh.
- Amalkan pengambilan vitamin C dan vitamin E. Ia bukan sahaja dapat membantu turunkan paras asid urik, tapi juga boleh kurangkan keradangan pada tubuh.
- Banyakkan minum air kosong secukupnya. Ini dapat membantu mengeluarkan asid urik melalui urine.
Setiap orang mempunyai ketahanan tubuh yang berbeza-beza dan juga makanan penyebab gout yang berbeza. Sebelum mengambil apa-apa makanan ketahui dahulu makanan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk pesakit gout.
Hindari makanan yang boleh meningkatkan risiko penyebab gout. Dan jangan lupa makan ubat mengikut nasihat dari doktor.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.