Take a fresh look at your lifestyle.

5 Jenis Senaman Untuk Betulkan Kedudukan Bayi Songsang

0 49

Risau bila scan doktor beritahu kedudukan bayi songsang. Takut tak boleh nak bersalin secara normal, nak pergi berurut takut tersalah urut pula.

Emm… jangan panik.

Sebenarnya kedudukan bayi songsang adalah normal jika usia kandungan korang belum cukup bulan. Namun ada sesetengah kita mungkin akan berasa ngeri masa bersalin kerana ia melibatkan posisi bayi yang terbalik.

Apakah punca kedudukan bayi songsang?

Sebelum mengetahui jenis senaman, ketahui dahulu punca kenapa situasi ini berlaku. Menurut Dr Muhammad Izzat dalam laman web perubatan ada menerangkan beberapa punca kedudukan bayi songsang.

Berikut adalah;

  • Bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Kes ini paling biasa ditemui, namun kebanyakkan bayi akan berpusing kembali ke kedudukan normal apabila tiba waktunya.
  • Pernah mengalami kehamilan songsang sebelum ini.
  • Ketidaknormlan pada rahim atau uri seperti fibroid dan placenta praevia major
  • Kehamilan kembar
  • Masalah air ketuban terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Sudah mempunyai kehamilan yang banyak. Menyebabkan otot dinding rahim sudah elastik, lalu memberi ruang yang banyak untuk bayi bergerak dan berpusing.

Senaman untuk betulkan kedudukan bayi songsang.

Ada ke senaman untuk betulkan kedudukan bayi supaya dalam kedudukan yang betul?

Sudah tentu ada.

Ikuti perkongsian ini sehingga habis ya ibu-ibu sekalian.

Berikut adalah jenis senaman yang korang boleh lakukan ;

1. Berjalan

Senaman ini antara yang paling mudah dan selamat untuk ibu hamil. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali selama 20-25 minit di trimester akhir kehamilan. Dengan senaman ini dapat meningkatkan peluang untuk mengubah kedudukan kepala bayi ke bawah.

Ini kerana, kepala bayi merupakan bahagian yang berat dari tubuh akan mula turun kebawah dan menyentuh pinggul korang.

Semakin kerap kita berjalan, maka dapat mengurangkan risiko kedudukan bayi songsang.

Wanita lepas bersalin kena tau 4 cara urutan lepas bersalin ini.

2. Merangkak

Merangkak merupakan cara yang boleh dilakukan bagi membetulkan kedudukan bayi songsang. Lakukan gerakan ini selama 10 minit setiap hari. ini membolehkan bayi bergerak dan kembali kepada kedudukan normal.

Pastikan perut tidak menyentuh lantai bagi mengelakkan perut luka.

3. Baring di lantai dan angkat kaki

Senaman ini memerlukan korang berbaring di lantai, dengan kaki diletakkan pada dinding rumah atau sofa. Posisi tubuh 45 darjah selama 15 minit atau sehingga korang merasa tidak selesa.

Bangun dan lakukan semula senaman ini jika badan korang sudah mula selesa.

4. Goyangkan pinggul untuk betulkan kedudukan bayi songsang

Senaman goyangkan pinggul ini merupakan senaman yang selamat. Lakukan senaman ini sambil duduk diatas bola atau pun berdiri kemudian buat gerakan sebanyak 10 kali di setiap arah.

Senaman ini seperti melakukan gerakan tarian. Dengan memusingkan atau menggoyangkan pinggul akan memungkinkan untuk bayi mengubah kedudukan.

5. Betulkan kedudukan bayi songsang dengan berbaring dan angkat sedikit punggung

Lakukan senaman ini dengan berbaring dan angkat sedikit punggung. Lakukan 3 kali selama 10 minit. Korang boleh meletakkan bantal di belakang pinggul dan lutut untuk mengelakkan rasa lenguh.

6. Jangan lupa berdoa

sumber : siraplimau.com

Selain daripada gerakan diatas, korang disarankan untuk bertenang dan memperbanyakkan berdoa. Ini kerana, jika korang tidak dalam keadaan bertenang dan sterss akan menganggu proses bersalin nanti.

Selain baca surah Al-Insyirah, amalkan juga doa ini ;

” Ya Allah yang membalikkan keadaan, balikkan lah semua keadaan itu. Ya Allah yang membalikkan hati, balikkan lah semula hati itu. “

Pada kehamilan normal bayi anak bergerak secara automatik kedudukan kepala di bawah untuk mempersiapkan proses bersalin. Namun ini tidak berlaku kepada kedudukan bayi songsang.

Walaupun begitu, korang jangan kecewa kerana peluang untuk melahirkan secara normal itu pasti ada. Dan cara untuk betulkan kedudukan bayi songsang dengan melakukan senaman telah saya kongsikan diatas.

Menurut Malaysian Medical Gazette, hanya 3 hingga 4% sahaja bayi yang berkududukan songsang pada umur kandungan matang cukup 37 minggu kehamilan.

Dan sekiranya prosedur ECV tidak berjaya memusingkan kedudukan bayi, korang boleh berbincang dengan doktor bagi menentukan proses kelahiran yang sesuai dengan tahap kesihatan korang.

Saya berharap perkongsian ini dapat membantu kurangkan kerisauan korang dan juga dapat memberi manfaat pada korang semua.

Saya doakan korang dipermudahkan segala urusan dan selamat bersalin.

Leave A Reply

Your email address will not be published.