Take a fresh look at your lifestyle.

Bersalin Tanpa Koyak Dan Jahitan – Ini Tips Mudah Untuk Elak Keduanya

0 49

Bersalin tanpa koyak?

Sekali dengar memang sukar untuk dipercayai ada segelintir wanita hamil yang melahirkan tanpa memerlukan jahitan.

Jahitan bersalin ataupun dalam medikal disebut sebagai episiotomi adalah potogan yang dilakukan pada perineum.

Perineum terletak diantara laluan bayi keluar dan anus.

Potongan ini dilakukan bagi memudahkan bayi keluar tanpa koyak yang serius dengan melebarkan laluan pada bahagian tersebut.

Walaupun episiotomi tidak dikategorikan sebagai pembedahan major seperti pembedahan czer, namun kebanyakkan wanita ingin mengelak selagi boleh.

Disini saya akan kongsikan petua mudah bersalin tanpa memerlukan jahitan, yang mana amalan ini selalu diamalkan oleh ibu-ibu yang mahu bersalin.

Berikut adalah tips bersalin tanpa koyak dan jahitan.

1. Kuasai teknik pernafasan dengan betul

Ketika menjelang saat melahirkan, korang perlu menyimpan tenaga sebanyak mana yang boleh. Menurut BabyCentre, teknik pernafasan beritma dapat membantu ibu menghadapi proses bersalin dengan mudah.

Dengan cara ini juga dapat membekalkan oksigen kepada bayi dan membantunya menghadai stress semasa dilahirkan.

Cara teknik pernafasan yang korang boleh praktis adalah;

Tarik nafas dalam kiraan 5, dan hembus dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan seperti ini, elakkan tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan nafas.

2. Cara meneran dengan betul

Belajar cara meneran dengan betul penting untuk mengelakkan berlakunya koyak perineum. Korang kekalkan teknik pernafasan dan tidak meneran selagi belum mendapat isyarat daripada doktor atau jururawat. Jika tidak koyakan perineum akan terjadi.

Praktiskan cara ini ketika hampir bersalin. Korang boleh lakukan bersama suami, dan suami akan membantu korang melakukan teknik yang betul.

Caranya adalah;

  • Rapatkan dagu ke dada dan posisi korang seperti udang yang membongkok.
  • Biarkan belakangkan badan korang menyentuh katil.
  • Fokus ke arah perut, teran dari abdomen dan ke bawah seperti yang diarahkan oleh doktor dan jururawat.
  • Saat kontraksi datang, tarik nafas dan teran selama yang boleh. Lakukan dalam 2-3 kali dalam tempoh satu kontraksi.
  • Meneranlah dari abdomen ke punggung seperti membuang air besar. Saat kepala bayi mulai kelihatan, teruskan meneran dan kawal secara perlahan-lahan untuk elakkan koyak.

Tapi ingat! jangan mengangkat punggung ketika meneran kerana ia boleh menyebabkan koyakan!. Pegang pergelangan kaki supaya punggung tidak terangkat saat meneran.

Inilah urutan selepas bersalin yang semua wanita kena tau…

3. Bersalin tanpa koyak #Urutan perineum

Penelitian dari kesihatan menunjukkan bahawa urutan pada bahagian perineum ini dapat mengurangkan risiko episiotomi. Urutan ini dilakukan beberapa minggu sebelum menjelang tarikh jangkaan bersalin.

Dilakukan dua kali seminggu dengan memasukkan satu atau dua jari ke bahagian vagina. Kemudian tekan tekan ke arah perineum. Teknik ini boleh dilakukan sendiri di rumah.

Caranya adalah;

  • Cuci tangan bersih dengan mengunakan air suam dan sabun. Dan pastikan kuku korang pendek dan bersih.
  • Cari posisi yang korang selesa. Sama ada secara duduk, baring, atau meletakkan satu kaki diatas kerusi. Teknik ini juga korang boleh lakukan ketika dalam tab mandi atau dibawah pancuran air hangat. Hal ini kerana kehangatan air boleh bantu melembutkan tisu dikawasan tersebut.
  • Seterusnya, letakkan jari dibahagian vagina dan tekan sedikit sehingga korang merasai sensasi. Korang boleh menggunakan minyak kelapa dara untuk memudahakan pembukaan.
  • Seterusnya lakukan urutan dengan gerakan U disekitar dinding vagina. Bagi untuk pertama kalinya lakukan selama seminit dan tingkatkan masa sehingga 5 minit bagi setiap sesi urutan.

4. Bersalin tanpa koyak #Lakukan senam kagel

Tips seterusnya adalah senaman kagel atau senaman lantai pelvik. Senaman ini memfokuskan pada bahagian peranakan wanita. Selain ia dapat membantu bina kekuatan dan tingkatkan stamina.

Cara senaman ini mudah dan korang boleh lakukan di rumah. Berikut adalah cara untuk melakukannya;

  • Kemutkan otot pelvik seperti menahan air kencing
  • Tahan selama 5 saat
  • Kemudian korang lepaskan perlahan-lahan dan rehat.
  • Ulangi dengan 25 kali untuk setiap sesi. Lakukan 2-3 kali sehari
  • Jangan kecutkan otot perut dan punggung ketika melakukan teknik ini. Kerana ia tidak diperlukan ketika melakukan teknik senaman ini

Senaman lantai pelvik seperti posisi the bridge amat bermanfaat untuk korang yang bakal akan melahirkan.

Demikian merupakan petua dan tips untuk bersalin tanpa koyak. Apa pun jangan panik, sememangnya proses melahirkan sangat menyakitkan.

Namun tidak mustahil jika korang sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani dengan cukup. Sekiranya masih takut dan ragu, ikuti kelas pra-natal yang dianjurkan oleh pihak hospital kerajaan.

Semoga tips ini memberi manfaat dan dapat membantu.

Selamat beramal.

Leave A Reply

Your email address will not be published.