Take a fresh look at your lifestyle.

5 Senaman Untuk Ibu Hamil Supaya Senang Kurus Lepas Bersalin

0 63

Pasti korang terfikir kan apa senaman untuk ibu hamil agar senang kurus selepas bersalin? Ingin dapatkan semula bentuk badan yang langsing selepas bersalin adalah idaman setiap ibu hamil.

Namun korang tak berapa pasti apakah senaman yang sesuai dilakukan selepas bersalin. Takut nanti akan memudaratkan lagi kesihatan jika melakukan senaman.

Korang jangan risau, jenis senaman yang saya kongsikan ini selamat dan mudah untuk dilakukan. Apa yang penting adalah sentiasa konsisten dan banyakkan bersabar ketika melakukan senaman ini.

Ianya mungkin tidak akan menunjukkan perubahan secara drastik, tapi akan menunjukkan perubahan dalam jangka masa yang panjang. Semuanya bergantung terhadap usaha korang.

Jenis senaman ibu hamil untuk kembali langsing

sumber: facebook.com

Setiap ibu yang baru lepas bersalin pasti ingin kembali langsing seperti sebelumnya.

Jom ikuti step senaman yang mudah ini untuk korang dapatkan semula bentuk tubuh yang cantik.

Antara senaman yang korang boleh cuba lakukan adalah seperti berikut;

Kayuhan basikal

Senaman ini bukan senaman naik basikal ye. Senaman ini korang kena mengayuh tanpa basikal. Caranya ialah baring dipermukaan lantai yang rata.

Kemudian letakkan tangan dibawah kepala. Dan naikkan kedua-dua kaki ke atas, kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal.

Pastikan korang buat dengan cara yang betul dan bayangkan seolah-olah korang sedang mengayuh basikal di taman.

Senaman untuk ibu hamil, yoga

Pakar menyokong senaman yoga dapat membantu menguatkan kembali badan selain dapat memberi ketenangan. Ini merupakan senaman yang mudah, dan ringkas.

Korang boleh lakukan senaman ini dirumah tanpa pergi ke gym. Buka YouTube dan ikuti step tutorial yang diberikan. Mudah bukan?

Senaman masa hamil supaya bersalin tanpa koyak boleh tengok di sini

Cross mountain climber

Gerakan senaman ini seakan sedang mendaki gunung. Salah satu senaman yang mempunyai banyak kelebihan.

Pastikan kedudukan korang seakan-akan merangkak, dengan bengkokkan satu kaki kehadapan dan sebelah kaki lagi lurus kebelakang.

Kemudian tolak pinggul korang kehadapan, lanjutkan kaki kiri dan kanan silih berganti kehadapan dan kebelakang.

Senaman untuk ibu hamil #bridge crunch

sumber: hmetro.com

Untuk aktiviti ini korang juga boleh lakukan bersama bayi. Caranya adalah korang baring atas permukaan yang rata, kemudian bengkokkan kedua-dua lutut.

Letakkan bayi korang diatas pelvis. Dan mulakan gerakkan dengan mengangkat pinggul secara perlahan-lahan. Sambil memegang bayi. Kemudian turunkan pinggul.

Buat berulang kali secara selang seli.

Kegel atau senaman lantai pelvik

Seterusnya, korang juga melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot perut dan mengembalikan kedudukan lantai pelvik.

Korang boleh lakukan ketika bayi sedang tidur. Gerakkan ini korang boleh lakukan di atas katil , 20 kali senaman kegel dan 20 kali senaman perut.

Melakukan aktiviti berjalan bersama bayi

Aktiviti ini akan lebih menyorokkan apabila bayi dibawa bersama. Paling mudah letak bayi dalam stroller dan bawa berjalan kaki di taman. Ambil udara segar.

Terdapat kajian mengatakan bahawa senaman di kawasan luar rumah memberi kesegaran, dapat meningkatkan tenaga dan juga dapat membentuk hubungan yang positif.

Namun didalam keseronokan melakukan senaman, korang perlu berhati-hati. Dinasihatkan tidak melakukan senaman berat sebelum 6 minggu hingga 7 minggu tanpa nasihat doktor terlebih dahulu.

Ini disebabkan oleh hormon relaxin ketika mengandung, menyebabkan otot longgar dan belum pulih sepenuhnya.

Jesteru itu, korang perlu extra berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti. Sebaiknya eakkan melakukan senaman berat terlebih dahulu.

Sekiranya korang mendapati tanda-tanda ini ketika melakukan aktiviti senaman, segera berjumpa dengan doktor,

  • Terdapat pendarahan ketika senaman
  • Sakit dibahagian pelvik dan perut
  • Mengalami sesak nafas
  • Cepat berasa penat walaupun bersenam sedikit
  • Mengalami sakit badan yang tidak beransur pulih selepas 2 hari.

Ini antara senaman yang korang boleh cuba dirumah. Tapi kena ingat dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti senaman.

Pastikan aktiviti senaman yang korang lakukan tidak terlalu ekstrem dan membahayakan kesihatan korang.

Ha, macam mana mudah bukan step senaman untuk ibu hamil ini? Jadi korang tak mempunyai alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti.

Jom sama-sama kembali langsing selepas bersalin. Tapi jangan lupa pemakanan juga harus dijaga ya!

Semoga berjaya !

Leave A Reply

Your email address will not be published.