9 Cara Pelik Turunkan Berat Badan Tapi Berkesan
Memang tidak dinafikan lagi cara pelik turunkan berat badan ini berkesan dan ramai juga yang telah membuktikan kejayaan mereka menurunkan berat dengan cara ini.
Ha, korang nak tak petua pelik turunkan berat badan? Kalau tak tahu meh saya tunjukkan caranya. Tips berat badan ni memang pelik tapi berkesan tau.
Mungkin juga ada antara cara ini korang pernah buat, dan first time tahu cara turunkan berat badan.
Tips pelik turunkan berat badan ni tak ada lah ekstrem sangat. Cara ini mudah je.
Korang jangan risau ye.
Berikut cara turunkan berat badan dengan berkesan
Sememangnya cara turunkan berat badan adalah dengan menjaga pemakanan yang seimbang serta bersenam.
Namun bagi korang yang inginkan proses turunkan berat lebih menarik, Korang boleh cuba cara pelik turunkan berat seperti yang berikut;
Bersarapan dengan makanan manis
Ini merupakan satu salah satu cara turunkan berat badan. Tips ini sesuai bagi untuk korang penggemar makanan manis.
Mengambil makanan manis sewaktu sarapan dapat membantu korang kurangkan keinginan makan makanan manis kemudian nanti.
Boleh tambahkan chips chocolate atau madu pada makanan korang.
Mudah bukan?
Makan makanan berat sewaktu sarapan
Terdapat kajian membuktikan bahawa mereka yang mengambil makanan berat sewaktu bersarapan dapat turunkan berat badan dengan banyak serta berkesan.
Ini kerana, sarapan penting untuk metabolisme korang. Selain, dapat mengurangkan pengambilan makanan pada waktu tengahari nanti.
Amalkan minum air suam
Air suam atau air kosong akan membuatkan korang kenyang dengan lebih cepat. Dan ini akan mengurangkan pengambilan makanan.
Sememangnya air sejuk sedap, tapi saya sarankan korang kena elakkan dahulu air sejuk.
Guna pinggan yang berwarna biru
Tidak sangkak cara pelik turunkan berat dengan berkesan. Warna biru dikatakan warna yang bertentangan dengan nafsu selera makan seseorang.
Jadi, banyakkan penggunaan warna biru untuk mengurangkan selera makan Korang.
Cuba elakkan warna merah, kuning dan oren kerana ia dikatakan mampu merangsang selera makan Korang.
Lilin aromaterapi (Vanila)
Bau vanila lilin aromaterapi buatkan korang berasa tenang dan mampu mengurangkan keinginan makan makanan yang manis.
Korang boleh cuba lakukan cara ini untuk turunkan berat badan, dengan menyalakan lilin beraroma vanila ketika lagi santai. Pasti selera makan korang akan berkurangan.
Mandi dengan air sejuk
Senemangnya tubuh manusia terdiri daripada 2 jenis tisu lemak iaitu, tisu lemak putih dan tisu lemak coklat.
Tisu lemak coklat menghasilkan haba untuk memastikan badan. Terdedah kepada sejuk akan membantu korang mengurangkan ia.
Ikat reben cara pelik turunkan berat
Ikat reben keliling pinggang merupakan cara pelik yang telah digunakan wanita Perancis untuk turunkan berat.
Reben akan diikat pada keliling pinggang dibawah pakaian, dengan cara ini korang mampu mengawal pengambilan makanan.
Jika reben menjadi ketat, ini menandakan korang perlu berhenti makan.
Nak Kurus Tapi Malas Bersenam Berat? Buat Step Mudah Ini.
Turunkan berat badan dengan pudina
Apa yang kita tahu, pudina digunakan sebagai bahan penyegar nafas. Tapi sebenarnya pudina boleh mengurangkan selera makan.
Jadi selepas ini korang boleh lah minum teh pudina sebelum makan. Untuk kurangkan selera.
Cara pelik turunkan berat hindari iklan makanan
Ha, korang mesti tak pernah dengar cara turunkan berat badan yang ini,kan?
Menurut kajian iklan makanan ini bijak mempengaruhi dan merangsang selera , dan seterusnya buat kita membeli makanan tersebut.
Oleh itu, korang kena elakkan iklan-iklan makanan. Cari platform yang tidak mempunyai sebarang iklan, seperti Netflix.
Jika korang suda mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan, namun korang jangan lah berputus asa dan harapan. Teruskan amalan korang itu dan pastikan korang cukup tidur dan rehat.
” Diet dan senaman yang bersungguh-sungguh tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur seseorang itu berada pada tahap yang buruk- Fred Turek, Ahli Fizik, Universiti Northwestern “.
Petua ini mungkin agak nampak pelik, tapi cara ini dapat membantu korang mencapai berat badan yang ideal.
semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat membantu korang menurunkan berat badan tanpa stress.