Senaman Masa Hamil Supaya Bersalin Tanpa Koyak
Eh, boleh ke bersalin tanpa koyak? Macam mustahil je ada yang bersalin tanpa jahitan.
Jika ada, apa agaknya cara mudah bersalin tanpa koyak yang mereka amalkan.
Memang agak sukar untuk dipercayai ada sesetengah ibu hamil berjaya melahirkan bayi secara normal tanpa jahitan atau koyakan.
Jahitan bersalin atau dalam perubatan disebut sebagai episiotomi adalah potongan yang dibuat pada perineum. Iaitu antara jalan keluar untuk bayi dan anus.
Potongan ini dilakukan bagi memudahkan bayi keluar dan bagi elakkan koyakkan serius terjadi.
walaupun episiotomi ini bukanlah dikategorikan sebagai pembedahan major seperti bersalin secara Caesarean, namun ramai yang cuba mengelakkannya selagi boleh.
Disini saya akan kongsikan kepada korang semua tips dan petua senaman supaya boleh bersalin tanpa koyakkan.
Senaman supaya bersalin tanpa koyakkan semasa hamil
Ada diantara kita mungkin akan terfikir macam mana nak buat senaman, sedangkan nak bergerak pun sudah.
Alahai korang senaman ni, bukannya kena buat senaman berat tak. Senaman ini korang buat kat ruang tamu atau dalam bilik pun boleh. Janji ada ruang dan selesa untuk korang buat senaman.
Lagipun korang sangat digalakkan kekal aktif sewaktu hamil tau. Ini antara berikut senaman yang korang boleh cuba:
Ada banyak lagi tip bersalin tanpa koyak dan jahitan – tengok kat sini
Senaman atas gym ball
Sediakan gym ball untuk melakukan aktiviti ini. Duduk atas bola secara menegak sambil menonton televisyen atau pun membaca buku.
Digalakkan mengguna cara ini ketika masuk trimester ketiga bagi menenangkan diri dan mengurangkan rasa sakit sewaktu kontraksi. Senaman ini juga membantu percepatkan bukaan ketika hampir bersalin.
Bersalin tanpa koyak dengan melakukan squat
Gerakan squat dilakukan berulang secara mencangkung dan berdiri, dengan keadaan kedua-dua tapak kaki menyentuh lantai.
Senaman ini dapat membantu korang dipermudahkan bersalin jika dilakukan secara berterusan.
Selain itu, ia juga dapat membantu menguatkan otot pinggang dan secara tidak langsung akan memudahkan bayi masuk ke lalu keluar.
Jadi senaman ini sesuai untuk dilakukan ketika hampir waktu bersalin. Sekiranya korang sukar melakukan senaman ini seorang diri, minta bantuan dengan suami atau ahli keluarga yang lain.
Angkat punggung dan otot pelvis
Senaman ini mudah dan korang hanya lakukan senaman diatas tikar dalam keadaan baring.
Caranya adalah, baring atas tikar senam. Kemudian bengkokkan kaki dan perlahan-lahan angkat punggung korang dengan menetapkan bahu dan tapak kaki menyentuh tikar.
Lakukan senaman ini dengan tenang dan tidak terburu-buru. Lakukan selama 10 – 15 minit sehari sahaja.
Korang boleh pasang lagu untuk korang lebih aman dan tenang semasa melakukan senaman ini.
Berjalan kaki untuk bersalin tanpa koyak
Berjalan kaki adalah senaman yang paling mudah. Amalkan aktiviti ini pada waktu pagi dan petang.
senaman berjalan ini membantu mempercepatkan bukaan rahim jika kerap dilakukan ketika waktu bersalin semakin hampir.
Mungkin ada sesetengah kita yang rasa sukar dengan senaman ini, namun korang jangan risau senaman ini selamat dilakukan. Malahan, senaman ini juga selamat dilakukan ketika kontraksi.
Aktiviti ini korang boleh buat dimana-mana sahaja, dalam shopping mall pun boleh.
Posisi kupu-kupu
Senaman ini adalah untuk menjadikan pinggul lebih fleksibel dan melancarkan proses bersalin.
Dalam keadaan duduk secara posisi kupu-kupu, korang hanya perlu meregangkan otot bawah punggung, pinggul dan paha.
Rapatkan dengan menyentuh kedua-dua tapak kaki dan pastikan lutut menyentuh lantai. Ini bertujuan untuk melatih otot paha menghilangkan tekanan dari punggung ketika sedang hamil.
Senaman kupu-kupu ini korang boleh lakukan 10 hingga 20 kali dalam sehari.
Bila tibanya saat bersalin jangan lupa berdoa dan memohon keampunan supaya dipermudahkan bersalin, maka perbanyakkan doa berikut;
” Cukuplah Allah bagiku, (Dialah) sebaik-baik wakil, kepada Allah jualah aku bertawakkal.”
InsyaAllah, dengan melakukan senaman ini dapat membantu korang bersalin tanpa koyak dan juga dapat membantu melancarkan proses bersalin dengan mudah.
Untuk pengetahuan semua, senaman ketika hamil boleh dilakukan asalkan tidak terlalu lasak dan membahayakan kandungan.
Sokongan dari suami juga peting, supaya isteri lebih bersemangat melakukan senaman ini. Kalau boleh suami pun buat lah sekali melakukan aktiviti senaman ini.
senaman ini juga sesuai dengan semua orang, bukan ibu hamil je.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang yang mahu bersalin. Dan saya doakan korang dipermudahkan segala urusan dan semoga proses bersalin berjalan dengan lancar.