Take a fresh look at your lifestyle.

13 Jenis Sayur Dan Buah Yang Anak Ekzema Tak Boleh Makan-Parents Kena Alert

0 37

Tahukah ayah ibu, anak ekzema tak boleh makan beberapa jenis sayur dan buah?

Ayah ibu kena alert tentang perkara ini jika tidak mahu ekzema anak semakin melarat.

Dengan melakukan pantang larang ketika mengalami ekzema dapat mengurangkan keradangan dan kegatalan pada kulit.

Namun persoalannya apakah ada antara jenis makanan yang tidak boleh makan oleh penderita ekzema? jawapannya sudah tentu ada. Jom ikuti perkongsian ini.

Senarai pantang larang anak ekzema tak boleh makan

Ada beberapa jenis sayur dan buah yang boleh jadi punca menyebabkan keadaan ekzema menjadi lebih teruk. Ini akan mengakibatkan keradangan pada kulit jadi lebih teruk atau dinamakan sebagai flare-up.

Sebagai seorang penderita ekzema, berikut adalah senarai buah dan sayur yang perlu dielakkan. Apa yang diberikan pada anak mungkin tidak menyebabkan ekzema secara langsung, namun akan mengakibatkan ekzema bertambah teruk.

Sayur dan buah anak ekzema tak boleh makan

1. Elakkan beri tomato pada anak ekzema

Walaupun tomato sangat bagus untuk pesakit kanser, tetapi tidak bagi penderita ekzema. Tomato mengandungi histamine yang tinggi. Yang mana akan menyebabkan kegatalan.

2. Brokoli

sumber: unsplash.coom

Brokoli merupakan antara makanan yang sihat. Dan ramai diantara kita semua yang beranggapan brokoli sesuai dengan ekzema. Tetapi ia sebenarnya tidak sesuai.

Ini kerana brokoli mengandungi MSG dan sulfites yang tinggi. Kandungan ini sangat kepada usus penderita ekzema. Dan menyebabkan ekzema bertambah teruk atau lambat sembuh.

3. Jagung

Jagung boleh mencetuskan keradangan dan kegatalan bagi penghidap ekzema. Jika ekzema belum pulih sepenuhnya.

4. Anak ekzema tak boleh makan cendawan

sumber: unsplash.com

Anak ekzema tidak boleh makan cendawan. Elakkan daripada mengambil apa pun jenis cendawan. Ini kerana cendawan mengandungi histamine yang menyebabkan kegatalan.

5. Lada benggala

Selain itu, bagi penghidap ekzema sebaiknya elakkan makan lada benggala. Kerana lada benggala mengandungi GMO dan alkaloid serta solanine yang boleh menyebabkan keradangan kulit.

Tidak menjadi masalah mengambil lada benggala, jika ekzema sudah pulih atau sembuh.

6. Nenas

Nenas merupakan salah satu buah yang mengandungi sitrus. Sitrus trigger kepada ekzema dan menyebabkan ekzema susah untuk sembuh.

Elakkan beri anak makan nenas.

7. Anak ekzema tak boleh makan anggur

sumber : unsplash.com

Buah anggur merupakan buah yang sihat dan mengandungi antioksidan yang tinggi. Namun anak ekzema tidak boleh makan buah anggur. Anggur sangat berbahaya kepada penderita ekzema.

Begitu juga dengan buah kiwi, harus elakkan beri pada anak ekzema. kerana kedua-dua buah ini mempunyai histamine yang tinggi.

Jika anak ada masalah batuk-batuk, elakkan dari bagi makanan ini

8. Buah longan

Buah longan antara buah tempatan yang sedap dimakan. Namun buah ini tidak baik untuk penderita ekzema kerana ia akan melambatkan proses penyembuhan ekzema.

9. Elakkan anak ekzema makan berries

Berries merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran anak-anak selain buah anggur. Namun berries tidak sesuai untuk penghidap ekzema. Kerana berries meangandungi histamine yang tinggi.

Tak kira apa pun segala kategori berries termasuk strawberry, blueberry, raspberry. Anak ekzema tak boleh makan.

10. Buah kering

Selain daripada buah dan sayur diatas, anak ekzema tak boleh makan buah kering. Contoh buah kering adalah aprikot, buah tin, kismis, prune dan kurma.

Penderita ekzema dilarang makan buah kering kerana ia mengandungi gula yang tinggi dan sulfites, sekitar 500 hingga 2,500. Ia lebih tinggi dari arak.

Kandungan sulfites dalam buah kering akan menyebabkan ekzema gatal dan radang.

11. Sayur kobis

Sayur kobis mungkin antara sayur yang sering kita semua masak.

Mulai hari ini ibu ayah berhenti masak kobis atau makan kobis. Kerana kobis mengandungi histamine yang tinggi, dan boleh mengakibatkan kegatalan.

Ha, mungkin ada yang baru tahu bukan ?

Selama ini kita ingat sayur dan buah baik untuk dimakan oleh anak ekzema. Sebenarnya, tidak semua yang sesuai.

Dan ini lah masa yang sesuai untuk elakkan beri anak yang menghidap ekzema makan sayur dan buah seperti yang telah saya kongsikan di atas.

Menjaga pemakanan dan pantang larang sangat penting bagi anak ekzema.

Ibubapa kena alert setiap apa pun makanan yang masuk kedalam mulut mereka. Ini bagi mengelakkan keradangan dan gatal bertambah teruk.

Selain menjaga pemakanan ibubapa juga perlu menjaga kebersihan anak supaya keradangan dan gatal dapat diatasi.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.