Take a fresh look at your lifestyle.

Berat Badan Anak Tak Naik Dan Makin Kurus-Ini Sebabnya

0 37

Risau apabila berat badan anak tak naik dan semakin kurus. Dan sering kali juga ditegur oleh nurse di Klinik Kesihatan kerana berat badan anak tak naik. Malahan semakin kurus.

Walaupun kita sudah cuba pelbagai cara untuk naikkan berat badan anak, menjaga segala pemakanannya namun tetap tidak menunjukkan tanda berat badannya naik.

Ha, masa ini lah kita kena tahu apa punca anak makin kurus. Apakah dia tidak cukup nutrisi atau bagaimana?

Mari baca apa yang saya kongsikan ini mengapa anak semakin kurus dan berat badan menurun.

Apakah berat badan anak tak naik itu perkara biasa?

Secara amnya turun naik berat badan anak itu adalah perkara yang biasa ataupun normal. Tetapi apa yang tidak normal adalah penurunan berat badan anak secara mendadak. Ha, ini tidak normal.

Tetapi hal ini bertentangan pula dengan anak yang sudah mencapai akil baligh. Kerana hormon ketika akil baligh mempengaruhi perubahan fizikal bagi anak perempuan dan juga lelaki.

Selain itu, pemakanan yang tidak sihat, mempunyai penyakit atau pun metabolisme rendah juga boleh menyebabkan penurunan berat badan anak.

Penurunan berat badan secara drastik boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan dan perkembangan tumbesaran anak.

Jesteru itu, kita sebagai ibubapa kena fahami bagaimana berat badan boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

Cara nak tahu berat badan yang sihat.

Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu cara memeriksa berat badan yang ideal untuk anak. Dan untuk memeriksa berat badan, ibu ayah harus memeriksa jisim badan terlebih dahulu. Ia dikenali sebagai carta BMI.

Setiap carta BMI mempunyai persentil. Sekiranya bacaan persentil anak kurang daripada 5 (<5), ini menunjukkan anak kurang berat badan.

Tapi sekiranya anak sakit dan turun berat badan. Ada kemungkinan doktor akan meminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui sakitnya.

Punca berat badan anak tidak naik

Normal bagi seorang anak yang tengah membesar mengalami perubahan berat badan. Namun ada juga yang mengalami perubahan berat badan secara drastik disebabkan sakit.

Antara simptom yang perlu ambil perhatian adalah seperti berikut;

  • Demam
  • Dehidrasi
  • Kurang buang air kecil
  • Muntah dan cirit-birit
  • Batuk, sakit tekak dan selsema
  • Sakit telinga atau dada
  • Insomnia atau kerap tertidur
  • Aneroksia atau Bulimia
  • Menghidap kanser
  • Mempunyai masalah usus
  • Kemurungan

Sekiranya dapati gejala-gejala ini ada pada anak, segera lah bawah ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal.

Dan jika tidak mempunyai sebarang apa-apa gejala seperti diatas, disarankan untuk berikan anak pemakanan yang sihat dan dan seimbang.

Selain daripada gejala diatas, ada kemungkinan anak mengalami proses pembesaran yang terjejas atau perkataan mudahnya adalah pertumbuhan terbantut. Hal ini, juga amat merisaukan ibubapa.

Pertumbuhan terbantut ini bukan sahaja mengakibatkan penurunan berat badan, malah ia juga mempengaruhi tahap kecergasan kognitif anak dan melumpuhkan kemandiriannya.

Tips untuk awasi anak remaja boleh tengok di sini

Cara menaikkan berat badan dengan sihat

Ibu ayah boleh cuba tukar menu diet yang sesuai untuk naikkan berat badan anak.

Mungkin boleh berikan lemak yang sihat dalam setiap hidangan anak.

Berikut adalah beberapa cara untuk naikkan berat badan;

  • Minimumkan lima menu sayuran dan buah-buahan diberi kepada anak
  • Pastikan sajian lengkap dengan karbohidrat seperti nasi, roti atau pasta
  • Perbanyakkan sumber protein dalam setiap pengambilan makanan seperti daging, ikan, telur dan kekacang
  • Berikan susu segar sebagai tambahan dalam pengambilan makanan
  • Beri anak minum air secukupnya

Selain daripada itu, amalan gaya hidup sihat juga penting bagi perkembangan dan pertumbuhan anak-anak.

Pastikan mereka juga melakukan aktiviti senaman atau pun bermain di luar rumah, bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal mereka.

Dan kena pastikan juga anak-anak tidak berada dalam tertekan. Jika emosi dan mental terganggu mereka ini akan mempengaruhi proses tumbesaran dan juga berat badan.

Jangan cakap orang dewasa je yang mengalami stress, anak-anak pun boleh stress jika berada dalam persekitaran yang tidak sihat. Jadi ibubapa kena main peranan supaya anak-anak sentiasa ceria.

Walaupun berat badan anak tak naik bukan lah satu hal yang serius, namun ibubapa tetap berwaspada terhadap silent disease yang hadir tiba-tiba menyebabkan penurunan berat badan anak secara mendadak.

Leave A Reply

Your email address will not be published.